JDT Part 6

Assalamualaikum..

Najla sampai terlena kat lantai..umi dok sembanh2 ngan Tok Tokwan n Maknjang Azma, dia dok atas umi pastu melorot ke lantai terus lena.hehe
Ni pulak dalam kete..dok kat lantai makan biskut..adik..adik.
Rania Zahra leh kawan ngan Najla dalam kete. Yg lain sume kat Exora
Wefie kat belakang
Ni depa dok bergambar dlm Exora..kecoh la penuh budak dalam ni kan.hehe
Tunggu Tokwan beli tikar. Tok tak sabar nak jalan tempat tudung lak nun..hihi
Syok Tokwan..bape banyak kedai Tokwan masuk survey dapatkan harga yg paling murah
Nin diaaa..tikar2 kami semua, Tokwan borong. Silap tak pi beli tambah noo..dah murah sepatutnya kena beli lg. Tanya kat Putrajaya sekeping RM40..ni dpt sekeping RM25 sapa nak bagi??
Bebudak2 lepak kat buai Marrybrown
Najla nak gak. Umi mai masuk Marrybrown cari bebudak, abis tak sempat nak beli tudung. Awat semua Bangla ke Pakistan tah la..penuh kat Nilai 3 ni.huhu. Marrybrown pun langsung takda Melayu..aduhaii..
Taraaa...bebudak ni rasmi tikar yg Tokwan belikan utk umah kami. Umi amek kaler lebih kurang ngan tikar lama tu la. Sebab tema umah kaler ceklat. Sesuai sgt la tu kan. Malam tu Tokwan tido atas tikar tu la. Boleh guna dua belah atas bawah. Bawah kaler lain lak. Tima kasih bebanyak Tokwan. Tikar sebelah tu kitorang beli sebelum raya. Hampeh..tipu kot karpet kat Bangi. RM100 dia jual kat kami. Tanya kat kedai lain RM60 je.

Ok, last ye..Part 6. Terpaksa juga asingkan sebab gambar banyak. Nak masukkan gak sume gambar yg ada..kenangan bercuti di Johor.

Hari terakhir di Johor. Bangun pagi bersembang sekejap dgn Tok, Tokwan dan Maknjang Azma. Bukan selalu pun dapat lepak sembang sama2..pastu berkemas..bersiap nak gerak balik la.

Maksu dah kat UTM, so umi naik kete Almera ngan Tokwan Tok. Exora biar Paknjang Najib ngan bebudak semua la..anak ramai depa tu.hihi.. Kitorang gerak ke Giant dulu, belikan Maksu Yayah kettle jug..senang nak masak minum air nnt. Terus breakfast+lunch sekali kat medan selera Giant. Pastu masuk ke UTM semula nak anta kettle, tikar, penyapu tah hape lagi la..beli semalam utk maksu.

Maksu kat masjid masa tu. Kitorang nak ke masjid pun sesat barat la.haha. Berpusing2 kot dalam UTM ni. Umi memang penah pergi masjid UTM dulu masa abah konvo sebab dewan konvo sebelah je ngan masjid tp jalan lain kan..memang tak tau la nak ke sana. Last..jumpa juga. Bawa maksu ke bilik dia pastu anta ke masjid semula. Nak ke masjid sesat barat lagi..hahaha. Kenangan betul la. Pastu nak kuar UTM pun sesat barat juga. Jadi U sesat la camni.haha.. Aduhaii.

Kitorang gerak balik ke Putrajaya dalam kul 2.30 ptg camtu. Dah lewat, so Tokwan cakap tak larat la nak teruskan perjalanan ke Ipoh, umah Achik. Kena rest tido semalam lagi kat umah Putrajaya kitorang. Lagipun kalo drive malam Tokwan tak bape reti cari jalan. Ikutkan sampai Putrajaya pun dalam kul 6 petang dah kan. Tanya Tokwan, dah tak jadi balik Ipoh arini..kita singgah Nilai 3 dulu la ye..sebab Tokwan plan nak beli tikar.

Dah lama Tokwan Tok tak datang Nilai 3. Tokwan berkenan tgk tikar kat umah buat marhaban bentang tikar beli kat Nilai 3.hehe. So ok la..dalam kul 6 camtu la kitorang sampai Nilai 3. Solat jamak pastu berjalan la cari kedai tikar yg tawarkan harga tikar paling murah pada Tokwan.hehe. Hepi betul Tokwan..

Akhirnya, selepas tawar menawar dapat la beli 5, tikar dengan harga sekeping RM25 daripada harga asal RM35-40. Tokwan plan nak belikan umah kitorang sekeping, umah Paknjang Najib sekeping, umah Achik Azah sekeping. Lagi 3 keping bawa balik Kulim. Alang2 dapat free pilih la yg sesuai kaler dengan tema umah ye.hehe. Sekarang ni rasa rugi tak amek sekeping lagi alang2 dah dapat murah tu kan. Kalo beli sekeping dah la mahai..huhu.. Tok beli syok berjalan tgk tudung..dapat la membeli selai dua tudung. Umi tak sempat dah la..dekat nak Maghrib dah..tak boleh lama2. Ikut ati nak gak rembat selai dua kan.hihi

Sampai umah Putrajaya time Maghrib. Abah dah belikan lauk tomyam, paprik, sayur kailan dan ikan kembung 3 rasa. Umi masak nasi je la. Alhamdulillah setel dinner, Paknjang Najib sekeluarga pun gerak balik. Tinggal la Tokwan, Tok dan Damia Rania bermalam di Putrajaya semalam lagi.

Esoknya, breakfast di kedai mamak Presint Diplomatik. Masa nak antar Afiq sekolah kul 12 lebih tu, umi antar Tokwan Tok kat tol UPM sebab diorang nak gerak balik ke Ipoh pulak. Berpisah dah semua..huhu. Bila nak berkumpul reramai lagi ni?? Rindu Tokwan ngan Tok.huhu..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform