Assalamualaikum..
AMALAN-AMALAN SUNNAH PADA HARI RAYA 'EIDUL ADHA DAN ADAB-ADABNYA.
1) Bertakbir secara menyaringkan suara bermula dari Subuh 9 Zulhijjah dan berakhir sehingga tenggelam matahari pada Hari Tasyriq yang terakhir.
2) Mandi sebelum pergi mendirikan Solat Sunat Hari Raya.
3) Memakai pakaian yang paling baik dan berwangi-wangian.
4) Makan selepas balik mendirikan Solat Sunat Hari Raya. Seelok-eloknya makan masakan daripada daging korban jika ada menyertai ibadah Korban.
5) Pergi ke tempat solat melalui jalan lain dan pulang melalui jalan yang lain.
6) Mendirikan Solat Sunat Hari Raya di musolla (tempat solat) di kawasan lapang. Namun, boleh juga didirikan solat di masjid.
7) Membawa kaum wanita dan kanak-kanak ke tempat solat tanpa dikecualikan wanita yang sedang haid.
8) Menunaikan Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbah selepas menunaikan solat.
9) Saling mengucapkan tahniah pada Hari Raya sepertimana yang diungkapkan oleh para Sahabat Nabi Radhiyallahu 'Anhum :
تقبل الله منا ومنك
Taqabbalallahu minna wa minka.
(Semoga Allah menerima amal kami dan kalian semua).
BACA, AMAL DAN SEBARKAN.
Semoga bermanfaat untuk semua.
أخوكم في الله،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.
Semenyih, Selangor.
Khamis, 10 Zulhijjah 1436H - 24 September 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.