JDT Mu Tunggu Kami Datang

Assalamualaikum..

Member2 dalam Exora
Umi ngan Najla pun nak join
Sofea ngan ibu pun nak join
Anak dara umi
Tengok rusa di pintu masuk utama UTM Skudai
Ni la umah sewa kami..yeayyy hepi bebudak leh kumpul reramai 1 umah
Tokwan layan citer ape tu?
Hall
Bilik master
Bilik ke 2
Ruang makan ke dapur
Pintu bilik 3 dan 4
Dapur
Toilet 2
Bilik 3..bilik umi la ni. Najla lena dapat la umi snap gambar dgn aman.hehe
Bilik 4..penuh ngan katil dan tilam

Selepas seminggu sunyi..tak update blog, jom kita rajin2kan diri meng'update' ye.. Memang ada banyak citer dan gambar sedang menunggu di'upload' masuk ke sini.

JDT - Johor Darul Takzim. Umi sekeluarga kecuali abah baru je balik dari Johor, Rabu kelmarin. Abah tak join sebab ada kursus kat Intan, PJ..2 minggu. So, umi ngan anak2 je la berjalan ke Johor.

Nape kitorang g Johor?? Sebenarnya, kitorang join Tok Tokwan nak anta Maksu Yayah (adik bongsu umi) daftar kemasukan ke UTM Skudai, Johor dlm bidang Ijazah Sarjana Muda, Kejuruteraan Kimia pada 1 September 2015, Selasa. Kitorang gerak ke Johor pada Hari Kemerdekaan negara, 31 Ogos.

Turut join kitorang ialah Paknjang Najib sekeluarga. Disebabkan abah tak boleh ikut, so umi minta Paknjang Najib drive Exora..family kitorang ngan family diorang cukup la 1 Exora kan. Nak harap umi drive sendiri memang tak la. Kaco budak tencik umi ni..wajib mai dok atas riba umi punya la.

Tokwan, Tok dan Maksu Yayah gerak dari Kulim pada Ahad, 30/8..tido semalam kat umah Putrajaya kitorang dl. Esok pagi lepas Paknjang Najib dtg, baru la kitorang gerak dlm kul 10.30 pg camtu. Abah lak, lepas kitorang gerak, dia pun balik Keramat..bosan kitorang takde kan..lagi pun esoknya nak ke Intan dekat sket dari Keramat.

Kitorang sampai UTM Skudai dlm kul 2 petang camtu. Masuk ke UTM sebab tunggu member Achik yg keje kastam kat Johor..dia tolong pasal umah sewa yg akan kami tido nanti..nak amek kunci la. Sementara tunggu dia sampai, kitorang turun kete bawa bebudak tgk rusa dulu.

Ok, sebelum lupa..ini kali ke 2 umi sekeluarga jejakkan kaki ke UTM Skudai. 1st time masa g konvo master abah tahun lepas. Dok ingat tak datang dah la kan..rupanya kena dtg lg, maksu dpt sambung belajar sini pulak.hehe.

Masa dtg 1st time umi pasan sekor rusa ada kat pintu masuk UTM, so ajak diorang lepak situ bg budak2 ni tgk rusa. Pastu masuk cari kolej maksu akan stay nnt iaitu Kolej Tun Hussein Onn. Sesat barat juga ye nak datang kolej n nak keluar ke luar UTM.hihihi.. Pengalaman tul. UTM luas besar..pintu masuk kuar pun banyak..naik konfius kitorg..

Lepas dah jumpa member Achik tu, dia bawa ke umah sewa..bukan homestay ye..ni umah sewa so dapat la harga murah sket, semalam cuma RM150 saja..4 bilik. 1 bilik je ada katil, lg 2 bilik ada tilam saja. Bilik last tu penuh dgn besi, kayu ngan tilam yg lum pasang. Toilet ada 2..so ok la, selesa buat kitorang semua. Cuma agak panas sebab air cond cuma ada kat hall, tu pun tak rasa sgt angin sejuknya. Takpe la, buat tempat berteduh..mandi, tido..Alhamdulillah.

Bersambung ke entri seterusnya ye..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform