Assalamualaikum..
Hari Raya Haji, Khamis 24 September 2015..umi dan abah awal2 lagi dah mandi bersiap lepas Subuh, nak ke Masjid As Sobirin utk solat sunat raya. Awal, pukul 8 pg dah start. Anak2 lena biar je la..tak kejutkan pun. Memang tak sama cam kat kampung. Raya pagi2 dah ken kejut mandi sunat raya..tp raya haji kat kampung pun lepas balik solat sunat pun macam biasa, takde apa dah.
Sebelum ke masjid, angkat Najla usung sekali dlm keadaan tak mandi pun.hehe. Just salin baju saja..bagi semenggah sket. Nanti balik solat, baru mandi sunat raya ok.
Mujur kat masjid, Najla lena sedap je..kat sebelah umi. So, dapat la buat solat sunat dgn aman. Masa mula2 sampai je die nak rapat ngan umi..ngantuk lagi kena kejut katakann..hehe..
Balik umah, salin baju..kejut budak2 mandi sunat raya dan pakai baju umah je. Tak jalan ke mana2 pun kali ni. Pakcik Latip awal2 lg dah bgtau nak buat BBQ pagi.. Tghari boleh makan..petang, kitorang sekeluarga nak gerak balik Kulim dah.
Pukul 11 mcm tu start..tengahari dah boleh duduk lunch sama2. Abah ngan ank2 kuar pergi amek daging korban dari masjid dan surau. Umi bersiap pek baju barang segala. Dalam pukul 4.30 ptg kitorang pun bergerak balik ke Kulim. Yeaayyyy... Hohoho Balik Kampungggg...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.