Bersedia nak kuar jalan2..naik 1 kete je semua..senang takde yg tertinggal ke apa |
Wefie 4 beranak..Afiq dah terlentok lena. 2 badik atas riba umi..uihhh sakit pinggang umi |
Singapore jelas di seberang laut sana..sgt dekat. |
Kawan baru Tokwan..punya lama bersembang tah apa yg diceritakan tak tau la. Pakcik tu tunggu isterinya balik keje.. |
Puteri kecik umi yg suka berjalan |
Najla meronta nak turun |
Sepupu sepapat |
Fun fair |
1st sekali naik ketapi |
Naik cawan..penin pala umi teman bebudak naik |
2 badik..Rania ngan Damia..tanpa ummi dan abah. Tokwan ngan Tok yg bawa diorang dari Kulim pastu nak anta ke umah diorang di Ipoh..sebab ummi berkursus. |
Layan aje la ye part by part..hihi. Senang umi asingkan sebab nak susun ikut gambar2 yang ada.
Ok, confirm kitorang semua akan tambah percutian di JDT ni sehari lagi. Bila lagi kan..dah dapat berkumpul reramai camni, boleh gak jalan2 tengok tempat orang kat selatan semenanjung ni. Bab baju pun dah setel..mujur dah biasa dok dry baju kat Putrajaya kan, itu pun mujur abah ingatkan..kalo tak, umi dok berfikir gak..kering ke tak la baju2 aku ni..nak pakai malam kang takde baju pulak.hehe..
Ok, destinasi pertama kitorang..berjalan2 kat Johor Bahru..apa nama tempat lagi umi pun lupa. Maknjang Azma yang dok guide jalan sebab dia penah 3, 4 tahun juga la bermastautin di Johor sebelum kawen dulu. Masih ingat sket2 jalan kat sana. Dia kata dulu kat tepi pantai Danga Bay boleh lepak2 rileks beriadah..tapi sekarang langsung tak boleh.sepanjang pantai tu semuanya sedang buat pembangunan. Ha..sebelum lupa..aritu 1st time kitorang datang UTM tu memang tak lalu langsung tepi laut tu sebab memang tak tau menahu jalan. Tu yang kitorang hanya berjalan ke Legoland, balik tu singgah JPO..itu je la.
Jadi, datang kali ni..ada orang tunjuk jalan pulak..dapatlah kitorang semua tengok laut dan negara kecik Singapura yang gah di seberang lautan tu..dekat sangat. Selalu tengok di Penang punya jauh..sayup2 je nampak bangunan kan, ini Singapore sangat dekat rupanya. Sayang pulak rasa Singapore kuar dari Malaysia.kihkih..
Sebelum lupa sekali lagi, kena kabor la jugak..umi penah dah melawat negara kecik Singapore tu..tahun bila ye..2003 atau 2004 camtu la. Masa keje kat JB Jurunilai Bersekutu Sdn. Bhd. dulu. Syarikat tu setiap tahun akan buat lawatan ke merata tempat, jadi berpeluang la juga menjejakkan kaki ke sana. Naik bas aje nak ke seberang tambak nun. Umi ingat2 lupa mata wang dolar masa tu dalam RM1 bersamaan Dolar 1.50. Sekarang ni..alahaiii.. Dolar 4.00 kott.huhu..
Ok, sambung bab berjalan tepi laut tu. Umi ingat nama Danga Bay, Lido dengan Stulang kot..lain tak ingat.. Kitorang berjalan2 tengok pemandangan dari atas kete je..naik semua orang termasuk Tokwan dan Tok dlm 1 kete Exora. Almera berehat di umah dulu ye.. Muat la sebab barang2 takde, maksu pun dah orientasi kat UTM. Tokwan ajak singgah cari makan petang..minum2 sket. Terjumpa kedai goreng pisang yg dah nak tutup. Takpe, lepak la sekejap.. Nanti malam baru nak bawa anak2 main kat fun fair dekat Danga Bay kalo tak silap.
Lepak kat gerai tu, Tokwan dapat kawan berborak lak..sembang punya lama macam dah kenal lama.hihi. Kitorang yg lain melepak2 je la situ. Umi sempat g kedai depan tu beli pampes utk Najla..tak cukup la sebab sambung percutian semalam lg kan.
Lepas tu kitorang gerak ke Istana Johor..tak tau la nak sebut apa..yg ada mahkota besar depannya tu. Bergambar, berselfie bagai..gambar2 sangatlah banyak, kita kumpul kat entri seterusnya ye.. Entri ni kita masukkan gambar main kat fun fair malam tu. Hepi sangat anak2 umi dapat main fun fair. Ni pertama kali la diorang main fn fair..sebelum ni tak penah lagi rasanya. Dapat lak main beramai2 ngan kengkawan, lagiiii la hepi.
Tiket setiap mainan fun fair tu berharga start dari RM4 seorang rasanya. Umi belikan utk bebudak ni bape mainan tah..tp rezeki..Maknjang Azma ada belanja juga beberapa mainan. Adik Najla yg kecik lg ni dapat naik gak..tp dia tak bape paham sangat lg. Eh, kalo ikut mainan camni, kat Legoland tu dikira fun fair ke tak ek??hihi.. Lebih kurang la kan.. Penah la kalo camtu.hahaha.. Tp fun fair sebenar belum penah lg la.
Sebelum stop entri ni dan bersambung ke entri seterusnya..Part 5, umi nak habaq la jugak..masa dok tanya2 kat kaunter tiket sempat jugak la umi kamu ni sound pekerja kaunter tiket tu..layan cakap ngan orang acuh tak acuh je..dgn muka serius bosan tak senyum langsung..mmg mau kena sound la jawabnya kan. Nampak je umi hangpa camni (konon lembut la..), sekali keluar sound jangan terkejut beruk ye..haha.
Umi cakap kat dia "cakap elok2 tak boleh ke? Orang tanya elok2, jawab la elok2.. dari jauh orang datang sini, dapat layanan camni pulak!".. Ha, ambik ko! Tak kuasa umi nak ngadap dia beli tiket lagi. Maknjang Azma la yg belikan pastu. Budak tu sempat la minta maaf melalui Maknjang Azma.
Ok, sambung..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.