Tahnik bb girl

Assalamualaikum..

Pertama sekali umi minta maaf sebab belum update pasal kelahiran bb girl kitorang..nama pun still tak masukkan dalam blog ni setakat ni kan. Just sebut bb girl dulu. InsyaAllah lepas abis pantang nnt, umi akan update semua pasal our new bb girl ye. Buat masa ni gambar pun sipi2 lah dulu. Tak kisah la orang nak cakap ape pun..janji umi cuba tunaikan hasrat perkenalkan bb girl kat blog lepas abis pantang nnt. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tuah bb girl dilahirkan dalam bulan Ramadhan. Kitorang sekeluarga pun bertarawih di Masjid Besi yg ada 2 imam dari luar negara..jadi syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada abah dan umi untuk melakukan tahnik bb girl oleh imam tarawih dari Mesir iaitu Imam Syeikh Dr Samy Abdul Rahman Al-Fakky. Bukan senang nak dapat peluang camni kan. Sebelum ni 3 anak2 umi semuanya ditahnikkan oleh imam masjid di kampung.

Mula2 abah ke pejabat Masjid Besi berjumpa dengan ustaz di sana, maklumkan nak buat tahnik seperti dirancangkan. Bincang juga pasal akikah..plan nak buat jamu makan pada jemaah masjid berbuka puasa tapi takde rezki, stok kambing pada bulan puasa ni takde..order penuh. Jadi, kitorang hanya boleh buat tahnik saja la. Bercukur tak mungkin imam boleh buatkan..nanti minta Atuk cukurkan cam abg kakak sebelum ni la. Atuk pakar cukur rambut bb..licin.hehe.. Bab akikah bb girl lak, InsyaAllah ujung bulan 8 ni, tepat2 umi abis pantang..Atuk Nenek akan buat kat Keramat majlis kendurinya. Tak jadi jugak la plan asal kitorang nak buat kat Masjid Besi atau Masjid Putra (akikah beramai2)..

Tepat hari ke 7 bb girl dilahirkan..Hari Khamis malam Jumaat di mana siangnya abah ke JPN mendaftarkan nama bb girl..kami skeluarga ke Masjid Besi sebelum waktu berbuka puasa lebih awal daripada biasa sebab tahnik akan dilakukan sebelum buka puasa bertempat di ruangan menunggu pejabat. Ustaz Huzaifah menjemput Imam Besar Masjid Besi iaitu Hj Hazaruddin bin Baharuddin utk turut serta dalam tahnik ni. Imam Syeikh Dr Samy ambil wuduk dulu. Utk pengetahuan, Imam Syeikh ni tak pandai berbahasa Inggeris, jadi beliau hanya berbahasa Arab. Imam Besar Masjid Besi yg tolong translatekan utk kitorang..kalo tak, mau melopong la tak faham ape.hehe. Bila mau belajar bahasa syurga ni??

Imam Besar minta Imam Syeih Dr Samy doakan agar bb girl menjadi anak yg solehah, pintar..dapat masuk ke Universiti Al Azhar sebagaimana Imam Syeikh..InsyaAllah..Amin.. Mula2 Imam Syeikh ada bacakan sesuatu, dan kemudian bb girl menguap. Masa ni die tunjuk mulut bb girl kat abah sambil cakap arab. Abah ingat suruh tutup mulut bb sebab menguap.hehe. Ropenya, die nak bgtau selepas bacakan doa tu, benda yg tak baik akan kuar dengan cara bb menguap tadi la. Gitu.

Alhamdulillah bb girl pun baik, langsung tak nangis ke apa. Senyap je dari mula sampai abis tahnik. Abah ada berikan sumbangan sket pada Imam Syeikh atas kesudian beliau tahnikkan bb girl kitorang. Rezki kitorang dapat buat benda yg tak semua orang dapat peluang buat kan. Alhamdulillah.

Ni ada beberapa gambar kenangan masa tahnik tu. Moga tahun depan diberi peluang untuk bertarawih dengan Imam Syeikh lagi. InsyaAllah..

Kurma dan air zam zam
Abah dan Imam Syeikh Dr Samy
Alhamdulillah Imam dari Mesir dah tahnikkan bb girl
Majlis berbuka puasa. Umi tunggu sekejap je..sampai abis solat Maghrib..pastu abah balik anta kitorang la. Then abah datang semula solat Tarawih
Kakak bb yg sayang sgt kat adik bb die..
Edit : Gambar2 bb girl ni umi masukkan pas abis pantang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform