Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya telah menganugerahkan kepada umi dan abah, cahayamata ke 4 kami, seorang puteri pada bulan yg penuh keberkatan, Ramadhan yg lalu..tanggal 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435 Hijrah pada pukul 6.55 petang, lg setengah jam akan masuk waktu berbuka puasa..yang mana akan masuk 10 Ramadhan terakhir pd malam tu. (Tarikh ni gak akan buatkan rakyat Malaysia ingat peristiwa kapal terbang MAS MH17 yg terhempas akibat ditembak jatuh oleh pengganas Ukraine. Umi tau berita tu masa di wad la..beberapa jam selepas melahirkan bb ni.huhu. Al Fatihah dan salam takziah pada keluarga penumpang dan anak kapal MH17..)
Bayi perempuan yg kami sepakat menamakannya sebagai Nur Najla binti Muhammad Razif (maksud dalam bahasa Arab ialah Yang bermata elok, Yang baik keturunannya)..mudah-mudahan akan berakhlak dan berperibadi baik sebagaimana maksud namanya. InsyaAllah.. Amin. Sebenarnya nama ni umi dah simpan sejak umi mengandung lagi seandainya dapat bb girl. Utk bb boy pun umi ada simpankan sekali sebab sampai ke saat akhir bersalin belum confirm akan jantina bayi disebabkan umi hanya berpeluang scan sebanyak 2x, itupun hanya scan hitam putih 2D. Masa tahnikkan bb Najla kat Masjid Besi aritu, imam besar dan imam terawih pun cakap bagus la, nama Arab..ada maksudnya. Umi dan abah memang seboleh2nya nak namakan anak yg ringkas dan ada maksud baik..seterusnya akan memanggil anak dengan nama penuh diorang..supaya panggilan itu akan menjadi doa semoga diorang akan menjadi baik sebagaimana maksud namanya. InsyaAllah.
2x scan tu doktor yg berlainan jangkakan bb girl tp umi tak nak la confirm terus sbb scan 2D tak jelas, kadang cakap girl tp kuar nnt boy pulak. Sedangkan masa Afiq scan tak nampak biasanya org cakap girl, tp kuarnya boy. Lagipun, perut umi kecik bujur orang kata cam bb boy, mmg ramai yg jangka bb boy pun. Cuma yg pelik prgnt kali ni, trimester pertama umi alah teruk, tak penah2 pun sebelum ni pregnant 3 badik. So, surprise kita tunggu masa bersalin je la. Masa dah kuar tu baru confirm perempuan dan umumkan. Persiapan bb cam baju tu umi belikan yg unisex la, lebih kepada biru sebenarnya..tu yg bb Najla asyik pakai baju biru aje.hehe..
Kalo nak ikutkan diri umi ni, teringinkan anak perempuan pulak la kan sebab baru ada sorang perempuan, kakak Jannah ni..lelaki dah ada dua, Luqman n Afiq..tp seandainya dikurniakan lelaki lg pun tak pe la, bukan kerja kita nak tetapkan nak bb apa, nak bersalin bila kan, semuanya dah ditetapkan oleh Allah, tp sebagai hambaNya kita hendaklah sentiasa berdoa mudah-mudahan apa yg kita hajatkan menjadi kenyataan. Jadi, sebelum mengandung lagi sehinggalah dekat nak bersalin, umi sentiasa berdoa momohon supaya dikurniakan anak perempuan pula (juga rajin membaca surah Maryam).
Alhamdulillah..berkat usaha, doa dan tawakal umi yg bersungguh-sungguh, Allah telah menganugerahkan bayi perempuan pada kami..dan bonusnya anak2 adalah mengikut susunan 'selang bunga' orang panggil, ye. Yg sulung lelaki diikuti perempuan - lelaki - perempuan. Alhamdulillah..bukan senang nak dpt susunan anak selang camni kan. Semuanya Allah dah tentukan di Luh Mahfuz lg. Umi nak share juga, sebenarnya memang umi abah merancang utk menambah zuriat lagi selepas Afiq berumur 2 tahun..dah jarak sket kan. Alhamdulillah Allah bg peluang umi pregnant lg pada Ramadhan tahun lepas (bulan 7) tp sekejap je Allah pinjamkan..dlm usia kandungan 6 minggu umi keguguran, waktu kitorang sibuk beraya lg. Redha je la, mungkin ada hikmah di sebaliknya kan. Selepas tu, Alhamdulillah 3 bulan lepas tu (bulan 10), Allah bagi peluang kedua buat umi pregnant lg..dan inilah dia lahirnya Nur Najla pada bulan Ramadhan. Dia pilih nak lahir dalam bulan Ramadhan rupanya.
Selain tu, perlu gak umi citerkan beberapa hajat umi yg telah dikabulkan oleh Allah SWT. berkaitan kelahiran bb Nur Najla ni..Alhamdulillah. * Pertama, umi sangat berharap akan melahirkan pada bulan Julai sbb abg2 dan kakak Najla masing2 lahir pada bulan ganjil Mei, September dan November. (Tp umi tertunggu jugak tarikh kelahiran adakah sama ngan abg kakak yg lahir pd 8hb dan 18hb..ropenya bb nak lahir sama dengan tarikh lahir abah iaitu 17hb.hehe. Sangat cantik susunan yg Allah berikan.)
* Kedua, umi sentiasa memohon agar umi dapat berpuasa Ramadhan sekurang2nya selama setengah bulan, takde la banyak sgt nak menggantikannya nnt.hehe. Cam kakak Jannah dulu, umi hanya sempat berpuasa Ramadhan 6 ari je (minggu ke 38 mengandung)..lepas abis pantang terus ganti puasa direct. Alhamdulillah kali ni umi dapat berpuasa selama 18 ari. Ari ke 19 dah bersalin (minggu ke 39 mengandung)..so ada 11 ari je lagi perlu diganti. Tunggu pas abis pantang nnt kita terus ganti pose, ye.
* Ketiga, umi berdoa semoga dapat bersalin secara normal dan Alhamdulillah dikabulkan. * Keempat dan akhir sekali, umi sangat2 berharap dapat melahirkan anak ke 4 umi ni di Hospital Putrajaya. Mengada2 kan umi, sampaikan tempat bersalin pun nak berharap bagai.hehe. Mesti la..sebabnya unik sket bab kelahiran anak2 umi ni. Dah la tarikh dan bulan lahir pun cantik, pastu tempat kelahiran anak2 semuanya berlainan.hehe. Luqman kat Kedah, Jannah kat KL, Afiq kat Selangor, Najla kat Putrajaya.. No. Mykid kat tengah tu mmg tak sama la 4 badik ni. Yg Putrajaya ni mmg tak confirm boleh dapat ke tak sebab wad bersalin sentiasa penuh. Orang2 luar Putrajaya pun ramai pakat nak bersalin kat Putrajaya. Umi pun bernasib baik je dapat bersalin kat sini (sebenarnya mmg Allah dah tetapkan, kan), nnt umi citer pengalaman bersalin pulak, ye..
Ok, umi stop entri ni sampai sini dulu. Dah panjang berjela umi menaip, kang nak citer pangalaman bersalin juling lak mata membacanya.haha. Bab pengalaman tu umi buka entri baru lah ye. Lagipun banyak gambar bb Nur Najla tersimpan tak masukkan sebelum ni kan.
2 gambar kat atas ni adalah gambar bb Nur Najla beberapa minit selepas kelahirannya di Hospital Putrajaya. Selamat datang anak umi.. |
Gambar2 ni lak kat wad di Pusat Bersalin Risiko Rendah |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.