Assalamualaikum..
Entri ni just nak masukkan gambar 2 tempat kat tajuk di atas je.
Umi bersalin di Dewan Bersalin Hospital Putrajaya di Presint 9..tp tak snap la gambar kat situ. Spontan je kat situ kan. Wad pun penuh..pas bersalin terus dihantar ke wad di Pusat Bersalin Risiko Rendah di Presint 8. Merasa la naik ambulan bunyi we wo we wo (bunyi gitu ke?kui kuii)..
Umi nak bersalin kat sini tak boleh sebab umi ada sejarah ceasar kat Luqman dulu. Kat Presint 8 ni hanya boleh pada orang yg langsung takde risiko..boleh bersalin normal. Selesa la jugak sebab bilik sorang2 kita je duduk. Tp banyak gila nyamuk. Haiii..
|
Bilik umi n bb |
|
Kat pintu bilik. Wad ni apartment ada 3 bilik. Kat luar bilik nurse berkumpul ramai la. |
|
Saya dapat bb girl..pink! |
Gambar kat bawah ni lak, kat Hospital Putrajaya. Unit Pediatrik. Kena refer doktor pakar di hospital..dari klinik kesihatan la. Sebab kuning jaundis bb girl tak hilang lagi walaupun dah masuk 18 hari. (Sekarang bb dah nak masuk usia sebulan tak bape ari lagi).
Tempat ni mengingatkan umi 3 tahun yg lepas, Afiq pun perlu ikut prosedur yg sama..kat bilik yg sama gak. Kena amek darah n air kencing utk kesan kot ada penyakit lain akibat jaundis berpanjangan. Mudah2an bb girl pun ok takde apa masalah sama cam abg Afiq. Amin.. Kitorang masih menunggu panggilan dari hospital utk dapat keputusan selepas 2 minggu.
|
Kena susukan bb dulu kat belakang langsir ni. Abah siap lena seround..balik dari ofis anta kitorang ke klinik n hospital lak.. |
|
Bilik Prosedur..umi kat luar dengar suara bb girl meraung kena amek darah kat tangan n air kencing. Sian die.. Sama la cam Afiq dulu. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.