Pengalaman melahirkan Nur Najla

Assalamualaikum..

Mari umi citerkan detik2 indah pengalaman melahirkan Nur Najla.

Pada 17 Julai 2014, hari Khamis..masa bangun sahur tu umi terasa awat pelik sangat kat perut..cam mencucuk sakit. Cakap kat abah, "tah2 arini bersalin kot..pelik sangat rasa perut ni, sakit semacam je..". Tp lum rasa kontraksi pun, cuma sakit yg tak penah rasa sebelum ni la. Kebetulan masa tu umi genap la 39 minggu mengandung. Tp kehidupan seharian tetap diteruskan seperti biasa..cuma pesan siap2 kat abah..kalo tiba2 umi sakit kontraksi nnt, abah kena balik la dari ofis. Budak2 lak, nak minta atuk nenek datang jemput bawa blk Keramat la.

Dah sunyi2 berdua ngan Afiq kat umah, semakin terasa kontraksi setiap 10 minit. So, SMS abah confirmkan nak bersalin ni. Minta abah balik la time lunch hour.  Umi pun amek peluang pek baju Luqman, Jannah n Afiq utk duduk kat umah Keramat masa umi kat hospital nnt. Sempat kemas umah, cuci pinggan, sidai baju, lipat baju segala..sambil menahan sakit yg datang setiap 10 minit tu la. Umi dok ber'whatsap' gak ngan group family Kulim, diorang suruh umi buka pose la kalo tul dah nak bersalin. Tp umi ni degil..pikir sure lambat bersalin ni..umi jenis bukaan lambat sket..so sempat kot nak pose arini..so tak buka pose la.hehe.

Kul 12 atuk nenek datang..tgk umi dok tahan sakit sekejap2..sambil dok wat keje umah, risau dah diorang..yg abah lum balik lg. Bila abah dah balik, Luqman Jannah pun dah balik sekolah, so berpisah la. Umi abah ke hospital, diorang sume ke Keramat. Kali ni umi merancang nak bersalin di Hospital Putrajaya. Sampai di Dewan Bersalin, nurse kat kaunter cakap wad penuh. Kalo bukaan belum besar, diorang akan hantar ke hospital lain terdekat. Alahaiiii..frust dengar. Kita baik punya plan nak bersalin Putrajaya kali ni.

Masuk ke dalam dulu, check kontraksi dan bukaan..rupanya dah buka 4cm. Memang kena bersalin terus la camni..confirm Hospital Putrajaya la. Alhamdulillah Allah izinkan. So terus bersiap ke bilik dewan bersalin..masuk situ kul 3. Doctor dan nurse datang lepas sorang2 tgk rilex je akak sorang ni, leh dok tersenyum lg. Ye la..lum sakit sepenuhnya lagi..still kontraksi setiap 10minit je.  Eh, lupa lak..umi kan pose..memang lum makan minum apa pun lagi.huhu. Dah nak kena bersalin, memang tak sempat la nak makan apa2. Camne la nak ada tenaga nnt. Setakat minum air mineral je la sempat pun.

Nurse tanya nak amek suntikan Epidural utk tahan sakit ke tak..selagi lum buka lebih 5cm..pastu mmg diorg tak bagi dah. Umi cakap takmo, sebelum2 ni pun tak penah amek. So, diorang check bukaan kul 4ptg, baru 5cm..doc cakap nnt kul 8mlm akan datang check sekali lagi, tp doc jangkakan sebelum buka pose dah bersalin ni. Air ketuban pun dah kuar abis. Masin mulut doc, tak lama pastu memang rasa sakit setiap 5 minit pun menyerang. Masa ni senyum sengih bagai dah takde, ye.hehe. Sakitttt...

Kul bape tah, mayba 6ptg kot..3, 4 orang nurse datang check lagi n terus cakap "dah boleh bersalin ni..". Memang bb umi disambut oleh nurse je aritu, tanpa kehadiran doc pun. Diorang memang bagi layanan terbaik la kat umi. Diorang sian tgk umi lemah takde tenaga sebab pose, tak makan apa kan. Memang terbaik nurse dan doc kat Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Satu yg umi nak cakap, banyak kali dengar nurse tnya ada rasa nak berak tak.. Serius, sejak bersalin normal 3x ni sekali pun umi tak penah rasa nak berak pun, sumenya doc suruh teran camtu je. Pelik gak la.

Bila dah boleh bersalin, nurse2 suruh teran ikut teknik bersalin yg sebenar la. Umi pun tau..tp agaknya lemah takde tenaga..rasa susah sungguh la. Dah abis tenaga umi kerah tp bb tetap lum leh kuar gak. Letih n sakit tak terkata..hanya Allah saja la yg tau apa yg umi rasa. Dengar sore nurse2 bercakap "kesian...die pose..tu tak de tenaga..". Diorang nampak minyak selusuh yg mula2 umi takut nak guna depan diorang..diorang guna sampai abis nak mudahkan umi bersalin. Memang membantu jugak la. Moralnya kat sini, makan la cukup2 supaya ada tenaga utk menghadapi sakit kontraksi dan masa nak bersalin. Dan mujur suami tersayang, abah ada kat sisi umi sentiasa bagi semangat dan bantuan..kalo tak, tak tau la camne. Umi hanya berdoa minta Allah permudahkan..Alhamdulillah Allah Maha Penyayang, Maha Mendengar..mengkabulkan doa hambaNya..tepat kul 6.55 petang, kurang sejam lagi nak masuk waktu berbuka pose, umi selamat melahirkan bayi ke 4 umi abah, yg 9 bulan berada dalam perut umi die ni. Allahuakbar!!

Nurse yg sambut bb pun tunjuk kat umi abah suruh tengok jantina bb. Kitorang yg mmg lum tau bb ape..mula2 umi sebut "girl..eh boy..eh girl"..sebab tak bape pasan mula2.haha. Ok, confirm kitorang dapat bb girl. Alhamdulillah Ya Allah..Kau kabulkan permintaanku lagi..berikan bb girl yg memang umi impikan dari sebelum pregnant lagi. Dan tak sangka boleh dapat anak selang bunga..lelaki-perempuan-lelaki-perempuan. Alhamdulillah. Sama lagi la ngan kawan baik umi, Cik Leen tu.(KLIK DI SINI) Memang umi dok berhubung ngan die je masa dlm dewan bersalin pun. Tak sabar nak bgtau kat abg kakak bb ni..diorang dapat adik perempuan! Jannah..nak bb girl, baru ada kawan.. Ya, Allah dah bagi kat kite, kak Jannah. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Abah sempat snap gambar bb n send ke family Keramat. Luqman tgk, dan cakap, macam muka Luqman.hehe. nampaknya bb girl adik Luqman ye. Afiq adik Jannah..walaupun kadang tak ngam, keja nak bergaduh je..tengok la 2 pusar kat atas kepala diorang berdua.hehe. Jannah n Afiq pun kulit cerah sket, Luqman n bb girl agak gelap sket..memang padan la Allah bg kat kitorang.hehe.

Memandangkan wad bersalin kat hospital penuh, so umi dihantar ke Pusat Bersalin Risiko Rendah kat Presint 8. Sebelum bersalin umi ada minta nak bersalin kat sini, tapi tak boleh sebab umi ada sejarah ceasar walaupun operate anak pertama tu dah bertahun2 pun. Merasa gak la naik ambulan ne no ne no ye.hehe. Masa kat wad tu la baru umi dpt tau yg pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh pengganas kat Ukraine sana.huhu. Berdebar2 sangat rasa. Innalillahiwainnailaihirajiun.. Semoga arwah umat Islam yg terlibat ditempatkan di kalangan orang yg beriman. Amin.. Al Fatihah.

Esoknya, lepas bb dah selesai kencing berak, baru la umi n bb boleh balik ke rumah. Alhamdulillah Allah permudahkan. Abg2 n kakak bb still tido kat Keramat la masa tu. Nnt atuk nenek anta balik ke umah Putrajaya. Bersalin ari Khamis..ari Jumaat anak2 terpaksa ponteng sehari la.

Sori, sume gambar yg sama je..sbb rasa takde satu pun gambar yg leh dibuang..semua rasa indah2 pada pandangan mata.hehe..



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform