Majlis Aqiqah Nur Najla - 30 Ogos 2014

Assalamualaikum..


Arini 30 Ogos 2014..genap la 45 hari umi melahirkan bb Nur Najla..tamatlah sudah 44 hari tempoh berpantang umi. Merdekaa!!! Yeaaa..bestnya, boleh jalan ke mana2 tanpa rasa takut2 dan tak best lagi. Boleh makan makanan yg sebelum ni tak leh makan..slow2 la yg ni, utk kesihatan umi n bb gak kan. Esok 31 Ogos merdeka lagi. Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke 57 tahun. Merdekaa!! 2x umi merdeka ye.hehe.

Ok..macam tajuk kat atas..arini telah berlangsung Majlis Aqiqah bb Najla bertempat di umah atuk nenek di Keramat. Inilah dia pertama kali aqiqah anak2 umi abah dibuat majlis kenduri khas. Sebelum ni utk Luqman n Afiq, aqiqah join bahagian lembu masa kenduri kawen ahli keluarga kat kampung Kulim je. Jannah lak, abah wat aqiqah utk die masa abah wat umrah di Mekah dulu. Majlis marhaban selawat Nabi SAW lak dibuat di Kulim oleh Tokwan n Tok. Kali ni anak ke 4, atuk nenek nak wat kenduri, cukur jambul dan juga marhaban selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sebelum ni atuk nenek dah penah wat kat cucu ke 4, Al Fateh (anak Paksu Amat n Maksu Tira).

Majlis bermula pada pukul 11 pagi. Alhamdulillah Tokwan n Tok pun datang dari Kulim utk meraikan majlis aqiqah Najla. Abah jemput dari umah Achik Azah sebab Achik ada taklimat keje kastam di Putrajaya..Achik akan datang lambat sket la. Paknjang Najib n Maknjang Azma lak tak dapat nak join sebab anak bongsu diorang, Sofea masuk wad kat Hospital Selayang.

Selesai marhaban, jom kita menjamu selera kambing bakar. Nyum nyum nyum..dapnya. Kambing katering ni sedap sebab tak terasa bau kambing tu. Jom layan gambar.

Cukur jambul oleh Tokwan
Cukur jambul oleh Atuk
Khemah purple

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform