Aktiviti Ramadhan di Masjid Besi/MTMZA

Assalamualaikum..

Seperti tahun2 yang lepas, kitorang sekeluarga masih meneruskan tradisi berbuka puasa dan bersolat terawih di Masjid Besi.Cuma, tahun ni umi sarat mengandung..masuk je bulan Ramadhan memang umi menunggu hari untuk bersalin je la. Walaubagaimanapun, umi masih mampu berterawih berjemaah. Alhamdulillah.

Sampai la ke tarikh 19 Ramadhan bersamaan terawih malam ke 20, 10 malam terakhir...Allah swt. dah menetapkan umi melahirkan seorang bayi perempuan..cahayamata ke 4 kami sekeluarga. Alhamdulillah syukur padamu, Ya Allah.

Masjid Besi tahun ni masih mengekalkan imam terawih yg sama seperti tahun lepas iaitu imam dari Mesir, Imam Syeikh Dr Samy Abdul Rahman Al-Fakky. Dan lebih beruntung tahun ni, lepas je abis terawih yg ke 20 rakaat, ada tazkirah dari Imam Syeikh Ismail Musa Menk (lebih dikenali sebagai Mufti Menk)..Mufti Zimbabwe yg terkenal. Alhamdulillah..

Buka puasa kat lantai je..pastu nak bangun mmg jenuh gak ler umi.hehe
Ini buka puasa kat meja yg disediakan utk keluarga..kalo ada kosong lagi, boleh la duduk sini. Luqman ngan kawan2 die.
Jemaah wanita di tingkat 1. Umi tak mampu dok bawah dah tahun ni..ramai sangat..dah sarat ni kita dok tingkat atas je. Senang, ada tempat angkat wuduk dan ruang kosong yg banyak.
Tiba2 ada kipas gergasi kat bahagian perempuan. Memang panas sket kat Masjid Besi ni sebab hanya mengharapkan udara semula jadi berbanding Masjid Putra ada air cond.
Tazkirah oleh Mufti Menk
Jemaah lelaki
Jemaah wanita
2 badik yg setia menemani umi. Abg Luqman depa time nak balik nnt baru muncul la..dah ada kawan katakan. Kakak Jannah, awat rambut dah serupa Michael Jackson tu..tudung mana?? Umi mmg suka usik rambut die tu.hehe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform