Assalamualaikum..
Arini umi leh ngadap laptop, leh bernafas sket (padahal tiap ari pun leh nafas..Alhamdulillah..hehe)..bukan pasal apa, sejak 4, 5 ari lepas agak kelam kabut sket umah..agak stress sket la sebab tiba2 Afiq tak sihat. Pastu semalam Jannah lak demam, arini dah ok sket tp masih lemah la..nak baring je kejenya, jap2 sakit perut..tak tau nape. Sok harap leh sekolah la..ari last sebelum nak bercuti seminggu ni.
Ok, bab Jannah ok lagi. Ni nak cite pasal Afiq..budak tencik ni memang kalo mai time tak sihat dia..berpakej2 sekali dia bagi. Ngan demam, muntah, batuk, selsema la hape. Kali ni lagi teruk, 1st time la kot, die bagi umi cirit birit skali.huhu. Sgt meletihkan ok! Tp dah namanya anak, kena redha je la..jaga anak tak sihat ni, insyaAllah besar ganjarannya dari Allah swt..anak yg Allah pinjamkan suruh jaga, didik elok2 kan.
Afiq start tak sihat pada ari Sabtu malam. Tiba2 malam tu sebelum nak tido, die muntah lak. Banyakk. Ingat skali tu je, ok la kan. Ropenya sepanjang malam tu bape kali die jaga n muntah. Mmg jenuh gak la..tuko baju umi n dia, cabut cadar, buang alas slimut la hape..sebab die muntah situ. Sampai la ke esok pagi, bgn tido tgk kat suar ingat kesan muntah la. Skali time nak mandikan, buka suar tgk cecair tu dr dlm suar.. Haihh..ini cirit ni. Aduhaiii...part muntah pun lum selesai, dah bagi part cirit. Sabar...sabar...
Sampai siang gak la die muntah tu. Petang g KL, pastu terus ke Keramat sbb nak sambut 1st besday sepupu diorang Al Fateh..masa tu Afiq dah tak larat..badan dah panas, demam. Ye la, keje dok muntah je, sampai takde apa dlm perut, sure lembik, tak larat..last2 sampai demam.
Kat Keramat pun berdukung berpeluk..diam je. Kat sana lak aritu takde air..huhu. Kan catuan air sebab musim kemarau. Sekali, dah tak muntah..dia cirit lagi. Nak blk ke Putrajaya semula, tiba2 kete lak tak leh start, bateri abis ke rosak tak reti nak sebut la.hehe. Abah setelkan mlm tu gak..melayang la duit kan..untukmu kete. Satu2 dugaan kan. Sempat la 3x Afiq tercirit kat sana. Malam tu gak balik Putrajaya. Sok budak sekolah kan.
Afiq tak sihat ni berlarutan sampai la ke semalam..ari Rabu. Muntah n demam dah stop, cirit yg tak stop lg. Berlonggok2 kain baju dalam bilik air nak kena sental. 1 trip setel sental, pastu ada lagi berlonggok. Dah stel lagi..mai lagi selonggok..aduhai.. Mmg takde masa la nak masak ke hape. Kena tunggu die tido la (atau tengah malam) nak curi2 buat keje sebab time die jaga, die nak dekat ngan kite. Dah tak larat kan, merap je la. Ada 1 ari menangis je dari pagi sampai petang..aduhh letihnya umiii..
Mujur abah pun takde kelas final sem ni..tp ada projek nak kena siapkan. Bila pagi die nak g library ke apa..biarkan la. Nnt nak jemput abg kakak blk sekolah, abah kena blk la. Umi tak leh nak kuar. Sat2 budak ni cirit..bocor merata. Semalam lak jannah pun demam, tak larat. Kena la handle 2 badik tak sihat serentak. Mujur Luqman sihat leh g sekolah pagi ptg.
Arini Alhamdulillah walaupun Afiq dok yak lagi tp, dah tak bocor, ada sekali dia nak yak kat toilet je. Umi bawa g klinik 2x dah pun..ari Isnin ngan Rabu. Dapat ubat je la. Afiq yg aritu dah free pampes, bila cirit ni kena la pakai blk pampes. Nak wat camne kan..
Semoga cepat sembuh sepenuhnya la anak2 umi ni. Membesar sihat sempurna..berselera makan semula. Kesian tgk Afiq sampai kurus kering, kecut muka n badan tu.
Umi dok draf nak wat entri pasal Afiq sebenarnya tp tak berkesempatan lagi..last2 masuk cite psl die tak sihat dulu. Takpe, pasni umi wat cite pasal Afiq ye. Dah nak masuk 3 tahun tak lama lagi ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.