Sambutan Maulidur Rasul MTMZA

Assalamualaikum..

Ni nak citer sket pasal Majlis Maulidur Rasul S.A.W. di Masjid Tunku Mizan @ Masjid Besi yg kitorang join Sabtu lepas..8 Mac 2014. Masjid Besi buat acara tahunan majlis ni secara besar2an..di mana berkumpulnya para ulama dari seluruh dunia untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. tanda cinta dan rindu kita kepada kekasih Allah itu.

Awal2 lagi kitorang sekeluarga dah cari kalendar Masjid Besi sbb nak simpan tarikh ni..nak join majlis ni la..sama cam tahun lepas, mmg seronok sgt. Arini je la nak tgk Masjid Besi yg besar tu dipenuhi dengan ribuan manusia di setiap sudut. Biasa kite nampak kosong je, masjid besar kan..tunggu solat Jumaat n raya la baru nak penuh kot..ha, 1 lagi..ramai time awal Ramadhan.hehe.

Kitorang gerak dari umah dalam kul 6 petang. Majlis start lepas Asar sampai ke malam la. Wah..parking sampai ke mana2 dah..penuh. Nak masuk basement kirim salam la..mmg awal2 Rela dah tutup jalan. Umi mmg tak snap gambar langsung, phone rosak time tu. Harap abah la yg snap, tu pun 3 keping ni je.huhu. Ada video tp besar lak saiz die.. Nnt kot boleh amek gambar dari FB MTMZA leh la cilok masuk sini.

Kat situ,  abah la lega sket leh hayati tul2 program tu sebab dok kat tempat lelaki bahagian depan kan..umi ni tempat pompuan belakang, dah la ramai giler, pastu umi kena usung 3 badik, so tak dapat nak tumpu sgt la. Kang ada nak terkencing, kang ada lapar. Ha, makanan mmg disediakan utk ribuan yg datang tu. Berlebih2 makanan siap paksa orang ramai suruh bawa balik lg. Kalo tak silap ada 3 syarikat katering la yg sediakan makanan. Masjid Besi mmg selalu buat program disertakan makanan sekali. Alhamdulillah.

Majlis malam tu abis kul 11 lebih. Mujur esoknya, Ahad cuti ye.. Sampai ketemu majlis seumpama ini pada tahun hadapan..semoga Allah swt. panjangkan umur. Aminn..

Ni gambar masa pagi Sabtu tu, umi g kelas Fiqh Wanita, anak2 lak g kelas Iqra'..kat Masjid Besi la. Alhamdulillah dapat bersahabat dengan masjid.
Suasana di tempat lelaki. Penuh sampai ke belakang. Perempuan pun penuh belakang n tingkat atas kiri kanan. Dari seluruh pelusuk Malaysia dan juga negara jiran Malaysia..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform