Sunat

Assalamualaikum..

Ok tak umi bg tajuk kat atas utk entri ni?hehe..
Sebenarnya, arini umi nak citer pasal peristiwa yg berlaku lama dah. Bulan 11 yg lepas..mak aii..lamanya. Tu la, dok simpan je gambar tapi entri yg ditunggu2 tak muncul gak.

Sesuai la dengan tajuk di atas, umi nak habaq pasal anak sulung umi, Muhd Luqman bersunat/berkhatan. Alhamdulillah dah selesai, dah berlalu sume tu pada 16 November 2013..lagi 2 ari besday Luqman yg ke 7 tahun.

Umi abah dah lama plan nak bg Luqman bersunat ni bila umur dia 7 tahun la. Walaupun orang kampung cakap masih terlalu awal kalo sunat umur ni, tp umi abah ada sebab lain yg tersendiri. Tp masa ari bersunat tu, ramai budak 5, 6 tahun pun dah bersunat. Sekarang dah tak macam dolu2 la rasanya. Dulu abg n adik laki kita kena tunggu 9 tahun ke atas kot baru bersunat kan.

Kitorang amek program bersunat beramai2 anjuran Masjid Tuanku Mizan atau Masjid Besi la. Nak elakkan rasa takut pd Luqman kalo bersunat ramai2, maybe. Tp, kitorang tak tau pun, sunat ramai2 ni dibuat oleh doktor pelatih dari sebuah Pusat Pengajian bidang medikal ni. Dok ingat mmg dilakukan sepenuhnya oleh doktor pakar. Kalo tau doktor pelatih, rasanya tak akan join kot program camni.huhu. Umi citer betul2 apa yg umi rasa ye kat sini. Kalo orang lain punya pemikiran berbeza, terpulang lah.

Sebabnya, dari pengalaman kitorang sendiri selepas Luqman bersunat ni, doktor pelatih 2 orang yg handle Luqman tersalah inject ubat bius kat urat pada bird Luqman. Kesannya, Luqman sakit yg teramat sangat banding sepatutnya. Sampaikan doktor pakar terpaksa inject sekali lagi dos yg lebih kuat utk hilangkan sakit tu. Sian sgt kat Luqman..ibaratkan dia jadi bahan ujikaji oleh doktor pelatih. Bird dia sampai bengkak besar, makan masa jugak la nak bg surut n ilangkan sakit tu. Sian sgt. Dah la, die nak sambut besday die 2 ari pastu.

Sebelum lupa, program sunat ramai2 ni menggunakan kaedah laser. Umi pun dah lupa nak cerita detail psl ni, sebab benda dah berlalu lama kan.. Alhamdulillah..walaupun ada masalah sket masa tu, tp takde la sampai ada masalah besar cam yg penah umi dgr sebelum ni, ada yg tersalah potong la hape. Nauzubillah..minta dijauhkan la, Ya Allah.. Rasanya lepas ni utk anak laki yg lain, kitorang akan ke klinik saja la. Tak nak la berlaku lagi peristiwa camni.

Taklimat oleh doktor pakar..umi lupa la nama dia. Ada 3 je doktor pakar, yg lain sebanyak 20 katil kalo tak silap (1 katil ada 2 doktor), semuanya doktor pelatih. Tugas doktor pakar hanya potong guna laser..tugas lain sume diserahkan kepada doktor pelatih.
Ramai peserta yg join..lebih 100 orang la

Luqman..masa ni tak pakai baju melayu lagi
Dah berbaju melayu. Nak berjalan beramai2 sambil berselawat ke tepi masjid untuk dimandikan oleh pihak Bomba
Bermula acara mandi budak2
Seronok main air ye. Selagi tak abis air dari paip bomba tu, selagi tu la korang mandi ye.. Ada 2 buah kereta bomba yg datang
Luqman
Dah salin baju. Tunggu giliran masuk ke dalam dewan tempat bersunat
Suasana dalam dewan. Umi ada amek gambar lagi, tp cam tak sesuai tunjuk gambar budak2 tgh bersunat. Luqman nak umi yg temankan dia, jadi umi dapat tgk kesakitan Luqman mcm mana.huhu. Kesian sgt2.. Dalam dewan, memang kecoh dengan jerit pekik budak2 la. Umi tak tau la kot ada budak lain pun ada masalah. Tak nak la umi tinjau..yg penting jaga anak sendiri.
Menunggu doktor pelatih setelkan proses terakhir. Masa ni dah tak sakit selepas doktor pakar bius dos kuat. Lepas pada tu la, bird bengkak n sakit sangat2.. Semoga Luqman membesar sihat sempurna ye..semoga dewasa nnt dapat memberikan zuriat keturunan yg soleh pada keluarga. Amin..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform