Tak sihat Part 2

Assalamualaikum..

Amboi..entri tak sihat pun leh ada part2 kan.hehe. Memang kena buat sambungan pun..sebabnya, sampai ke arini ropenya umi dan keluarga masih dalam mood tak bape best, anak2 tak sihat la.

Aritu, up entri ari Khamis, ingat last dah la Jannah tak sihat. Afiq pun makin baik, kan. Esoknya ari Jumaat bg la Jannah g sekolah setelah 2 ari ponteng. Tp kat sekolah pun dia masih tak larat dan perut pun still kembung. Kat dlm beg sekolah dia, umi bekalkan minyak yuyi in-case dia sakit perut tiba2, leh pembantu cikgu tolong sapu. Bagi juga sekeping kertas bertulis no. telefon umi supaya kalo Jannah tul2 tak sihat, nangis ke..nak minta cikgu call minta umi jemput bawa balik la.

Tp sampai ke kul 12, time balik cikgu tak call, so anggap Jannah dah ok la tu. Masa jemput tu, Jannah tgh main taman menan ngan Luqman (ari Jumaat mmg diorg hepi sket sbb Luqman leh jemput adik dia, sebab time kuar sama). Umi tgk leh main tu, makin ok la kan. Tanya die camne kat kelas, sakit perut lg ke tak.

Die jawab : "Sakit lagi. Jannah belajar 1 buku je, yg lain tak belajar. Cikgu suruh Jannah baring. Cikgu sapu minyak kat perut ngan belakang gak.."

Laa...ingat dah ok. Cikgu pun tak kol ape pun. Agaknya tak nak susahkan parent kot..sebab dah anta sekolah kan, jadi tanggungjawab cikgu jaga anak murid walaupun tak sihat. Yang tak sangka sebab cikgu yg sapukan minyak, dok ingat pembantu cikgu. Bagusnya cikgu Jannah. Terima kasih cikgu Noraisha.

Jannah tak sihat dok terbaring tak bermaya tu sampai ke petang td dlm kul 4, ari Sabtu. Tu pun, umi gertak.. Kalo tak, memang die terbaring tido, makan satu apa pun tak nak. Dok yak cirit gak tp makanan tak masuk perut langsung. Camne nak sihat, kan. Umi gertak ada orang kat negara Syria nun, takda makanan, dok terbaring je, boleh MA_ _. Sori ayat keras sket sbb umi penah gertak sebut hospital, die wat derk je..tak takut. Umi sebut perkataan ni, terus geleng kepala, tak mo. Umi suap makan roti krim, dia mula makan sket2..sampai la, tul2 die segar..boleh bangun, main gelak ketawa ngan adik Afiq dia..siap ikut abah kuar, kalo tak die sayang sangat dengan baring dia tu. Afiq mmg sihat sepenuhnya dah. Alhamdulillah. Tp sian takde kawan, dok main sorang2 la.

Ha, yg boleh kata Afiq takde kawan tu, sebabnya..bukan Jannah je tak sihat tp abg Luqman pun berjangkit lak dari adik2.huhu. Start kena pg td la. Masa umi pegi kelas Fiqh, abah ada kat umah. Abah ckp Luqman muntah 2x lepas makan roti canai. Ah, sudahhh!!! Tak kan kot, lepas sorang2 ni.

So, mmg confirm la Luqman pun berjangkit gak. Dia muntah n cirit birit. Demam je tak kena. Aduiii..mencabarnya kali ni mengadap anak2 tak sihat lepas sorang2.huhu. Mujur la Luqman kena tul2 dah masuk cuti sekolah. Terbaring la Luqman dari pagi sampai ke malam..kejap2 meraung2 sakit perut..kembung. Sama je apa yg dialami 3 badik ni. Saat umi menaip kul 1.30 pagi, ari Ahad 23/3 ni, Luqman tgh merengek sambil tido ni.. Sakit perut ke, nak air ke..mmg bunyi la die. Tak lena lg la umi depa. Apa nak wat, kena la hadapi gak..dah anak2 sendiri, kan.

Apa2 pun umi doakan semoga Allah swt menyembuhkan Luqman cepat2. Membesar sihat..berselera makan ngan adik2 die ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform