Dah lama umi tak bercerita pasal Cik Leen, member baik umi yg dok kat Dungun Terengganu tu. Walaupun jauh, tp tiap ari kitorang berhubung..melalui sms atau whatsap. Pendek kata mmg sentiasa tau perkembangan masing2 la. Dua2 sama2 tak keje lak..surirumah sepenuh masa dok jaga rumahtangga je..faham sgt la peel masing2 banding ngan kawan yg keje kan.
Umi tak ingat dah bila last kitorang berjumpa..sebab lama sekali baru nak jumpa kan. Jumpa pun sekejap je. Jadi, Alhamdulillah kali ni kami berpeluang berjumpa sekali lagi sebab family Cik Leen turun KL bercuti sempena cuti sekolah. Umi sekeluarga lak, time cuti sekolah seminggu ni mmg tak ke mana pun..ada la anta Luqman Jannah lepak umah Atuk Keramat 2 malam aritu. Nak balik kampung pun tak leh gak, org kampung pun sekarang baru berkumpul bercuti di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu..umah Pakngah Nizam.
Kitorang tak dapat join sbb kena save bajet..kitorang pun akan bercuti tp salah booking tarikh ni..hehe. Sepatutnya bercuti time budak2 cuti sekolah..tp kitorang nak bercuti time budak dah sekolah. Kena la ponteng nnt. Cite pasal tu kemudian la umi update ye. Mudah2an elok semuanya..Allah permudahkan sebagaimana yg kami telah rancang. InsyaAllah..Aminn..
Balik kepada citer Cik Leen, diorang sekeluarga ditemani adik2 dan ipar juga anak2 buah Cik Leen datang bertandang ke umah kitorang, semalam. Dapat lah juga tgk bb baru Cik Leen, Nur Dhofwatul'Aisy yg sekarang dah berumur 5 bulan. Sebelum ni, kitorang sama2 ada 3 anak boy-girl-boy, nampaknya sekarang Cik Leen mendahului umi..Allah murahkan rezki diorang dengan kehadiran bb girl pada ujung tahun lepas. Rezki dapat anak selang bunga lak tu..cantik je selang boy-girl-boy-girl..anak2 Cik Leen sumenya jarak umur selang 2 tahun. Rapat la adik badik ni.. Membesar sama2 kan.
Masa diorang datang tu, umi tak sempat nak snap gambar sgt..just amek gambar last masa nak balik tu je. Tahun bila yg g berkunjung ke umah diorang di Dungun tu, lagi la tak snap sekeping pun gambar. Bila dah lama tak jumpa, leka berborak tak ingat dah nak amek gambar kenangan. Tp takpe, kali ni adik Cik Leen ada bawa kamera dan rajin snap gak aritu. Umi cuba minta kat die utk diupload kat blog ni nnt. Kenangan tu..tak tau lagi lepas ni bila lagi leh jumpa.
My best friend, Cik Leen |
Nur Dhofwatul'Aisy..suka pandang orang ni..tak berkelip2 tgk muka umi n Jannah.hehe. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.