Roller Blade

Assalamualaikum..

Entri yg ni pun citer lama gak..dlm bulan 2 ataupun bulan 1 la..tak ingat dah.

Weekend ari Ahad, kitorang kuar cari breakfast kat Presint 9..saja jalan2 cari makan, jauh dari umah pun tak pe la. Sesekali kan.. Pas breakfast kat Medan Selera tu, kitorang singgah ke taman menan sebelah tu..dekat Pusat Kejiranan Presint 9, tempat budak penah mandi kolam gak la. Bg budak2 beriadah main seround. Cuti2 la nak bg main pun kan.

Pastu ingat nak balik dah la, masa jalan ke parking basement medan selera ternampak kat padang ada orang main roller blade/kasut roda. Sebelah sana tu ada sekumpulan lagi tgh berlatih silat. So, tuko haluan lepak tgk orang main kasut roda sat. Luqman nak tgk silat sebab die minat nak masuk silat. Dah lama die minta nak masuk silat..bukan takmo bagi, tp dia sendiri dah penat belajar sepanjang ari, nanti2 la masuk aktiviti lain ni. Abah sendiri pun dulu join Silat Cekak Hanafi tp masa belajar kat UPM..dah besar pun.

Sampai kat tempat kasut roda tu, sorg laki yg conduct aktiviti kasut roda ni cakap kalo nak join jom la, free je..tak yah bayar. Tgh promosi ke apa camtu la. So, kitorang tanya Luqman Jannah nak try tak. Jannah berminat, Luqman tak mo..dia nak silat gak. Haishh budak ni, orang silat tu berlatih..bukannya nak terima orang baru. Tak yah layan. So, daftar la nama Jannah.

Tu, yg banyak gambar Jannah je yg main. Luqman lak, bila dah boring tak tau nak watpe, syok lak tgk adik die belajar guna kasut roda, baru la nak join. Jannah memang cepat dapat ilmu sket, brader2 tu ajar setiap step, cepat je dia dapat tangkap. Dah boleh diri n jalan sendiri la tak lama pastu. Luqman susah sket..hehe.

Tu je la, aktiviti kitorang weekend tu. Dapat gak budak2 ni belajar ilmu baru. Tp yg tak bestnya..nanti ada la permintaan kat abah. "Abah, bila nak beli kasut roda??".. Uish, ke situ lak depa ye. Ingat abah hangpa keje cop duit ka??

Budak ni memang lasak sket..walaupun badan kecik sekeping, tak suka makan..tp kalo main kira lasak gak la. Kalo tengok dia main kat taman menan, bergayut tu punya laju, main jongkang jongket cam nak terpelanting member lain, terjerit2 suruh stop.haha.
Ceaaaa...cam pro je kan..hehe
Ajar abg Luqman lak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform