Assalamualaikum..
Alhamdulillah arini 1 Ramadhan, kita masih diberi peluang oleh Allah SWT. untuk bernafas di bumi Allah ni..dan masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Umi sekarang dah masuk 9 bulan kandungan, maknanya sedang menunggu hari..bila2 saja akan melahirkan baby dlm perut ni. Dok risau gak jangan la baby keluar awal sangat sebelum bulan pose..jenuh la nak menggantikan pose sebulan kan.hehe.
Due umi bersalin sebenarnya pada 24 Julai 2014, lagi 4 ari nak raya la. Tp kite pun tak tau ketentuan Allah, bila tarikh sebenar nak bersalin kan. Cam Luqman dulu LEWAT dari due seminggu. Jannah lak AWAL 2 minggu dan Afiq AWAL 1 minggu. Kalo kena cam masa bersalin kat Jannah, bersalin masa bulan pose la. Kita rileks dok berpuasa..berjalan sana sini, rasa lambat lagi nak bersalin..tup-tup 2 minggu sebelum due, die dah meronta2 nak kuar.. Ish..ish.. Umi memang tak bersedia yg die nak kuar awal kan.hehe. So, pregnant kali ni, umi kena bersedia awal la. Mana tau si adik ni pun nak kuar awal gak bulan pose ni. Tp awal2 pun, baru tadi umi pek beg umi n baby utk bawa ke hospital.hehe. Umi doakan pada Allah SWT, mudah2an umi berpeluang berpuasa dan melakukan ibadah fardhu dan sunat yg lain selama setengah bulan sekurang2nya. Aminnn...
Alhamdulillah..semalam tarawih pertama kami sekeluarga berada di Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sejak sebelum Maghrib lagi kitorang dah keluar umah. Teruja sangat2 nak menyambut ketibaan Ramadhan. Alhamdulillah masjid besar indah tersebut dipenuhi dengan umah Islam yg meraikan kedatangan Ramadhan.
Alhamdulillah juga..tahun ni masih berpeluang mendengar suara Imam sebagaimana tahun lepas..umi lupa nama penuh beliau. Sayu sangat masa mula2 dengar suara beliau..pastu sayu bila pertama kali dengar selawat nabi menandakan solat tarawih akan bermula. Ya Allah, syukur padamu kerana masih memberi peluang kepadaku, perempuan mengandung ni utk beribadah kepadaMu. Berilah aku kekuatan sedaya yg termampu sebelum aku melahirkan anakku, Ya Allah. Semoga ibadahku diterima olehMu dan diberi pahala berlipat ganda..InsyaAllah. Aminn..
Umi abah merancang sebagaimana rutin kitorang tahun lepas..buka puasa adalah di Masjid Besi..terus bertarawih di sana la. Umi memang bercuti dari memasak utk berbuka lah ye. Kalo nak masak pun mungkin sikit2 cam goreng2 bihun ke apa kan. Umi just masak untuk bersahur je la.
Puasa pertama tahun ni jatuh pada hari cuti, jadi agak mencabar gak la nak ajar 2 badik, Luqman Jannah belajar berpuasa. Kalo kat sekolah mungkin tak terasa sangat kan. Ini, baru kul 12 tghari, dah tanya bila nak Maghrib..aduhaiii..hehe. Takpe, belajar la slow2 kan. Umi abah tak paksa kalo diorang tul2 tak larat sangat. Tp setakat kul 4.30 petang ni Luqman masih bertahan la. Tp suruh tido ke apa tetap tak nak. Jannah dah mengalah pukul 3 tadi..dah siap2 nangis tak tahan sangat dah. Takpe, buka je la kakak. Esok kita belajar lagi ye. Tp die tak tunjuk kat Luqman la, kang Luqman pun terikut nak makan..naya je. Awak tu dah la abang..Darjah 2 dah pun. Si adik kecik Afiq ni pun sian la..makan pun kena sorok2..makan lambat lak tu. Mujur die tak bising ngamuk lapar ke apa. Haihhh..pengalaman membesarkan anak2 masih kecil, camni la. Pasni bertambah sorang lagi ahli keluarga, ye.hehe.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.