Assalamualaikum..
Arini umi nak citerkan satu pengalaman yg amat mengganggu keharmonian kehidupan keluarga umi belah Kulim. Peristiwa ni baru berlaku kelmarin..hari Isnin 12 November dan sampai sekarang masih berbaki sedikit ketegangan..tp syukur ke hadrat Ilahi kerana mengabulkan doa kami sekeluarga. Alhamdulillah..Ya Allah, Engkau yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Seawal Subuh semalam umi dapat SMS daripada adik umi, Achik Azah yg dok di Selayang..dari kul 4 lebih lg die SMS tp umi tido lg, tak sedar.
"Salam Kak Ja. Najib kol aku, kesian kat dia dok serabut perut, Kak Azma dah operate..bb dah kuar tp Kak Azma dok dlm blk bedah lg. Nak kena tolak msk ICU, pernafasan tersangkut n mcm nak sawan..doktor bubuh tiub dlm bdn..tah camne Najib citer td. Dia dok susah ati la tu. Kesiannya dia. Anak2 dia ada kat umah aku ni."
Bummm!!! Guruh, halilintar, petir bagai berdentum sgt2 menyesakkan perasaan. Takut sgt2 sbb penah baca pengalaman orang bersalin operate nyawa bagai di hujung tanduk.
Masa tu gak sume ahli keluarga belah Kulim dihubungi walaupun kat mana berada minta doakan keselamatan adik ipar umi, Maknjang Azma. Sesapa yang boleh solat, pas Subuh tu terus baca Yasin memohon Allah permudahkan segala urusan di Hospital Selayang tu.
Tak lama pastu, Paknjang Najib lak kol umi bagitau doktor baru panggil dia minta tandatangan surat buat pembedahan kali ke 2, buang rahim terus sbb pendarahan banyak sangat..risiko akan membahayakan nyawa ibu. Rahim tu dah mengecut camne tah doktor kata. Uri yg biasanya seketul besar tu ada yg hancur akibat daripada pembedahan pertama. Paknjang dah nangis2 pikirkan nasib isteri..yg stil tak sedar. Sedih sgt..sian sgt masa tu.
Umi cakap takpe la buang pun..yg penting nyawa si ibu..lg pun mmg dah tak boleh dpt anak lg pasni sbb mmg dah ikat peranakan pas bersalin ceasar tu..sbbnya ni adalah pembedahan ceasar kali ke 3 bg Azma dan dlm masa jarak selang 2 tahun. Mmg masa pregnant lagi doktor dah cakap nak ikat peranakan.
Umi ngan abah dah g melawat kul 9 pagi walaupun lum waktu melawat, nak bg sokongan kat diorang la..sian kan..saat2 genting camni..tp umi je leh naik, abah tunggu kat bawah. Mula2 umi ajak Paknjang Najib g tgk bb dulu..sian, dah la tak dapat dok ngan ibu, ngan abah pun doktor tunjuk sekejap je..lg down la abah pun kan..iqamat ape pun tak wat lagi.
So, masuk wad biasa, iqamatkan bb..umi lak sempat cuci yak bb, bg pakai baju suar lengkap sume..sian lahir kul 2.30 pagi, sampai kul 9.30 dok berbalut lampin n selimut spital je.
Pastu, kitorang try ke ICU kot leh masuk (sblm tu tak leh)..syukur la dpt gak masuk walaupun sekejap..n syukur dpt perkembangan terbaru yg sume ahli keluarga dok tunggu sgt2. Maknjang Azma dah sedar..Alhamdulillah, pembedahan berjaya. Die pandang kitorang berdua..meleleh airmata die..sebak sangat umi tgk..sampai camni pengorbanan seorang ibu demi melahirkan seorang anak, ye.
Petang tu umi, abah n Achik Azah g melawat sekali lg..Azma still kat ICU cam pagi td gak la. Mujur kitorang 3 badik ada kat KL, leh bg sokongan serba sket kan.
Apa2 pun, syukur sumenya dah selamat..sekarang ni tunggu maknjang kuat nnt baru leh kuar spital. Semalam die dah kuar dari ICU, arini InsyaAllah leh masuk wad biasa. Lagi 2 orang anak2 diorang, Qistina n Erin, umi n Achik Azah akan jaga gilir2 la sbb umi ada kelas menjahit masa ari cuti, achik leh tolong jagakan. Nenek Kelate tu tak reti jaga katanya, tak tau la. Tok Kulim akan datang ari Sabtu. Tok pun dok jaga Tokwan tak sihat sepenuhnya lagi sbb jatuh motor tu. Tok sendiri dok sakit2 kepala, ngan darah tinggi kerap naik tinggi, sian kat Tok sama.
Paknjang ada cakap "takde peluang dah la kami nak dapat anak lelaki..". Takpe la, sekurang2nya ada gak 3 orang zuriat Allah berikan..sian ada orang kawen bertahun2 pun lum ada rezki dpt anak. Syukur la dgn apa yg ada, kan. Jantina apa pun tak kisah la, sume anak sama je..yg penting camne kite sebagai ibubapa mendidik, mencorakkan masa depan die, agama die. Wallahua'lam..
yg penting semuanyer selamat yer
ReplyDeleteKA: ya..syukur sumenya dah selamat
ReplyDeletesalam kenal..
ReplyDeleteyang penting selamat.. ada anak dah pun..
sebak saya bace m pergobanan ibu amat la besar ye kak , emm :(
ReplyDeleteharap semuanye sihat , baby pun ok , alhamdulilah
dulu de jugak jd isteri membe kat tpt keje lme meninggal lpas operate cuz drh kuar xberhenti....seriau dnga..mse dpt tau tuh trus nangis bb sy pun tgh tgu mse nak bersalin anak 1st time tuh...takut je
ReplyDeleteAzian : Tima kasih sudi ke sini..salam kenal. Itulah..syukur dah selamat sume
ReplyDeleteNur farahiza: A'ah..pengorbanan seorang ibu tak ternilai dgn apa sekalipun..bila diri sendiri dah jadi ibu, baru tau camne pengorbanan mak dulu2 pulak.
ReplyDeletePinkUmmi: Mmg takut tul bila saudara sendiri yg mengalami..sebelum ni baca atau dgr kisah org gak..ada yg meninggal. Syukur sume dah selamat la.
syukur la dah selamat. besar dugaan dia kan.
ReplyDeletetapi syukur la.ade 3 anak pompuan.
Nik: Syukur..dah selamat sume. Ibu n bb ok..cuma emosi ibu tu slow2 la nak pulih sbb kena buang benda berharga bg kaum wanita kan
ReplyDelete