Perkembangan baby kembar umi..dan prepare barang2 keperluan lagi.

Assalamualaikum..

Saat umi menaip entri ni, kandungan umi dah berusia 33 minggu..bermakna tinggal genap sebulan je lagi sebelum umi bersalin operate bayi2 kembar umi yg dijadualkan berlangsung pada 23 Sept bulan dpn. Pejam celik, pejam celik tak lama je lagi kami semua akan bertemu dgn si kembar seiras berdua ni kan..hehe..

Utk kenangan umi mengandungkan anak2 kembar ni, jadi umi akan selalu update hasil checkup atau detail scan kat hospital setiap 2 minggu sekali tu.

Masih berdoa dan bertawakal mudah2an Allah permudahkan segala urusan bersalin sebelum, semasa dan selepas.. Amin.. Sangat berharap akan bersalin selepas usia kandungan dah memasuki 36 minggu atau 9 bulan. Dan mudah2an berat babies pun kedua2nya sgt baik melebihi 2kg.

Minggu 30 masa ni..semua normal tp berat babies dah lain2 ni..sebelum ni lebih kurang je berat diorang..alahai..share la makanan babies umi..
Apa nama nak sebut istilah perubatan tak tau..tp perjalanan darah dari uri ke baby tu Alhamdulillah normal.
Ni pulak minggu lepas, minggu ke 32..tiba2 berat babies sama lak ni..2.0 kg. Baru 2 minggu lepas berat sorang 1.7 dan 1.3 kg, tak kan naik banyak sgt kot. Biar betulll..susah gak nak percaya walaupun sangat senang hati kalo berat dah cecah 2kg seorang.
Dari awal scan memang kedudukan babies tak sama antara keduanya. Diorang lebih kepada seorang normal, kepala berada di bawah. Yg sorang lagi pulak songsang, kepala di atas.

Ok, box utk simpan baju2 dan barang baby dah siap beli di Aeon Alamanda..murah2. Beli 2 box merah kat bawah tu. Yg putih tu box zaman Luqman lahir lagi..still elok.
Ni pulak rezeki si kembar 2 badik ni. Balik keramat tgk atas katil ada seplastik baju baby. 10 pasang ikutkan..kira dpt kat babies sorang 5 pasang. Ok la tu. Aritu umi ada beli tambah baju suar pendek baby lg 4 pasang..kena tambah sket2 la. Banyak duit nak pakai.huhu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform