Last checkup di hospital

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, umi dah berada di hujung2 kehamilan ye. Minggu ni usia kehamilan umi dah 35 minggu..tak sabar nak masuk 36 minggu iaitu 9 bulan..bulan terakhir mengandung. Umi memang selalu berdoa agar kehamilan kembar umi ni biar sampai ke penghujung..masuk 9 bulan la..sangat2 berharap jangan bersalin awal, pramatang..7 atau 8 bulan. Alhamdulillah, Allah permudahkan..

Minggu 35 ni umi ada appointment hospital 2 hari berturut..Isnin jumpa pakar bius..Selasa checkup dgn pakar. Letih juga kena pegi 2 hari sbb biasa la hopsital kerajaan..tunggu punya la lama..berejam.huhu.

Jumpa pakar bius, abah antar..pastu abah bawa Najla ke tempat lain la.
Sempat snap gambar kanak2 tak boleh naik wad kecuali 10 tahun ke atas. Mm..perlu tau sgt tu sbb tak lama dah umi nak masuk wad..bebudak ni tak dpt naik la kecuali Luqman. Siannya..nnt nak tgk umi dan babies kat wad tak dpt.

Jumpa pakar bius sekejap je, nak tunggu jumpa dia tu mak aiii..lama nau. Sempat la borak3 ngan mak2.yg teman anak mai melawat baby diorang kat Nicu. Baru umi tau, Nicu penuh, jadi baby2 terpaksa menumpang di wad harian.

Nicu umi penah duduk lepas Afiq lahir dulu..sbb dehydrated..tu yg boleh tgk baby2 pramatang..sebab tu berdoa sgt jangan la umi bersalin pramatang. Wad harian pun umi penah duduk..kena operate gigi..bius penuh tahun 2012 dulu. Maknanya umi penah operate bius separuh ceasar dan bius penuh dental. Semoga Allah permudahkan ceasar kali ke 2 nanti. Amin..

Kanak2 umur 10 tahun ke atas saja boleh naik wad. Siannya 3 badik yg kecik2 nak juga tgk baby kembar diorang dgn umi kat wad..dah 3, 4 ari tak dapat jumpa kan..takpe, kot boleh merayu kita tgk camna nnt..
Risalah pasal bius sebelum.pembedahan. Tak nampak pulak tempoh boleh makan minum..apa adaa umi ni. Sebenarnya last boleh makan minum sebelum pukul 12 malam sebelum operate..pastu puasa la ye. Air masak pulak boleh minum sebelum 2 jam kena bius.


Esoknya checkup dgn pakar O&G. Doc senior dan junior dah terangkan siap2 risiko operate ceasarian nnt. Mm..mula la mai perasaaan takut kan. Kita dah ada pengalaman operate 10 thn lps, tak tau camna keadaan parut operate dulu tu. Harap sgt Allah permudahkan proses operate nnt, semoga parut2 luka dulu pun elok2 saja. Amin..

Kali ni merupakan checkup terakhir di hospital..ye la, dah 35 minggu. Lagi 2 minggu je nak operate. Minggu depan minggu 36 last checkup di Klinik Kesihatan Presint 14..scan dengan doc sekali..mudah2an elok je semua. Amin Ya Allah..

Hasil scan dgn doc pakar..Alhamdulillah semuanya normal..baik dari urin, bp, (hb kat KK pun normal), uri, ketuban semuanya normal..Allah permudahkan..syukur sgt2. Dan yg penting dpt tau berat babies umi..memang dah lebih 2kg, jadi tak perlu lah dimasukkan ke Nicu tempat bayi pramatang tu. Mudah2an lepas bersalin juga, diorang sihat walafiat takde penyakit kuning dan sebagainya. Amin..

Result last scan di hospital. Alhamdulillah berat babies dah lebih 2 kg masing2. Bayangkan la camna umi bawa perut yg berat walaupun orang dok tegur perut kecik je..hehe. Sebelum2 ni bersalin 4 orang anak semuanya tak sampai 3 kg..kali ni 2 orang, dah 5 kg la gamaknya..hihi..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform