Boring tunggu umi interview..

Assalamualaikum..

Gambar comei ni abah yg snap dan send kat umi..abah ngan Najla tgh boring tunggu umi g interview Kursus Jahitan 1 Parlimen 1 Kemahiran kat Presint 16..anjuran Parlimen Putrajaya la ni. Dah lama umi apply, sebelum puasa lg.

Baru2 ni dpt panggilan kena g interview. Disebabkan ari keje..petang lepas antar bebudak kafa, abah kena la jaga baby Najla comei ni.

Dekat 2 jam juga la umi tinggalkan diorang berdua. Sempat la abah lunch dulu ditemani bayi pompuan die kat medan selera presint 16 tu.

Keputusan?? Kena tunggu lagi 2 minggu diorang akan hubungi semula. Tp rasanya umi dah dapat kotttt..hihi. Sape nak jaga Najla ngan abg Afiq ni??


Jom main luar rumah..

Assalamualaikum..

Sekarang ni, umi jemput bebudak balik sekolah ptg je, diorang terus main kat luar umah. Si kecik Najla tu lg la suka..biasa dok terkurung je dlm umah kan. Sekali boleh kuar, hepi sungguh la.

Tak padan ngan kecik..nk main bola.hehe..

Perkembangan Nur Najla 1 tahun 1 bulan

Assalamualaikum..


Dah besar, dah boleh jalan batu tingin nak dok walker..ellehhh..
Bdk suka main kat luar umh sekarang ni
Allaaa..teciannya diaa..

Lama dah tak citer pasal perkembangan anak2 ni kan. Sepatutnya citer pasal Najla la sebab dia yg baby kecik cam umi cite psl abg kakak dolu2.

Cite psl abg Luqman, dah 9 tahun..asyik kena berleter je ngan umi abah.hehe. Susah nak kejut bgn pagi..nak suruh solat, nak suruh belajar. Besar nnt jadi orang penting kat dunia ni, InsyaAllah. Jannah 7 tahun, kawan si Luqman tp suka bergaduh juga. Ada je benda nak digaduhkan. Sensitif..hati tisu. Ada benda tak kena sket sure majuk.

Afiq pula..4 tahun, manja gilak..tak kena sket nangis meraung je keje dia. Letih umi abah nak melayan. Dulu abah larat la layan..sekarang abah pun tak rajin melayan dh.haha. Tp abah la yg selalu dok dukung baby besar sorg ni. Dah 4 tahun pun orang dok panggil baby lg..pe citerr?

Ok..jom citer psl adik Najla si cantik umi ni. Rasanya besar nnt Najla mmg cantik sbb umi selalu panggil si cantik.hehe. Takpe la, kakak kulit cerah sket..si comei. Adik kulit gelap, si cantik..ok la kan.hehe..

Start berjalan masa umur akhir 10 bulan. Sekarang mmg dah kuat berjalan la kan. Suka nau kalo dpt main berjalan2 kat luar umah nun..naik skuter ngan kakak.

Bercakap tak pandai lg..bahasa dia la. Penah la dgr sebut abah..mama papa gitu. Tp mulut bising bercerita. Umi layan je la cam paham apa dia ckp tu.hehe. Suka sangat sengih..mata kecik tunjuk gigi 4 batang dia (2 atas 2 bawah). Rasa dia yg tumbuh gigi awal banding abg kakak. Kalo umi tak silap la..tak ingat dah.

Budak manja umi..still lagi cam sebelum ni..tak leh ilang dari umi. Umi pi celah mana pun, sure ikut. Tak leh nak berdikari sendiri. Umi tak penah tinggal dia lagi dlm tempoh masa yg lama. Tak tau camne kalo 1 hari umi nk p kelas jahit ke..kelas apa ke..kena tinggal dia. Camna agaknya..

Makan..sekarang tak bape suka makan. Kita suap apa2 mula2 makan la pastu tak lama dah bosan luah la balik. Tak yah la tegur dia suka makan itu ini..budak2 ni sume sama je..ikut mood bab makan ni. Jenis tak suka makan, tak cam umi abah yg kaki makan. So, kalo nampak diorang suka makan..ha takpe biar la..makan je. Nanti mai part depa tak mo makan mmg sedih.huhu. Berat dia last umi timbang umur 1 tahun 1 bulan ni baru 7.4kg. Cinonit aje.

Kawan rapat dia..abg Afiq lah.haha. Sebab tu abg Afiq sayang sgt kat adik dia ni. Adik yg dah pandai gaduh ngan abg tp abg tak lawan blk pun. Marah2 sayang je.hehe. Umi n abah pasan muka adik pun dah macam muka abg.hehe. Betul la sebab Cik Leen (kawan baik umi yg setiap ari berwasap..hehe) pun cakap camtu bila umi send gambar adik kat dia.

Semua pun sayang kat Najla sebenarnya..kakak Jannah pun..abg Luqman pun. Kakak mmg umi harapkan jaga adik dari adik kecik2 lg. Kakak yg terbaik lah! Wajib adik sayang dan rapat ngan kakak besar nnt. Ok, sampai sini je kot citer psl Najla si cantik.


Bebear Najla

Assalamualaikum..

Anjenye iyee ngan bebear..
Oo..abg Afiq pun ada rupanya. Sama2 dok tgk tv sementara tggu kul 12.30 nak anta abg Afiq sekolah.

Ni aksi Nur Najla ngan bebear pilihan hatinya.hehe. Sebenarnya ada byk bear Kakak Jannah tersimpan dlm almari lama dah umi simpam sebab diorang suka sepahkan. So Najla mmg dari kecik tak main pun ngan bear.

Aritu umi punggah bear dan basuh..so bg la adik Najla pilih nak bear mana. Akhirnya bear ceklat besar ni lah yg dipilih n disukai.hehe. Yg lain sume dia tolak. Ok, amek la kat adik..buat peluk2 cium.hehe. Nnt umi snap gambar dia ngan bebear lain ye..

Ultraman Afiq

Assalamualaikum..

Ni citer semalam.. Afiq cuti sekolah..so pas anta abg kakak ke Kafa, umi bawa la Afiq ngan Najla ke klinik dulu..amek ubat untuk kulit belakang montot Najla ni, tah nape tiba2 naik gelembung air tu. Berjangkit kat sebelah2 lak..risau la kot makin teruk. Jumpa doc, doc cakap pasal pampes. Soalan pertama masa jumpa doc ialah "ada dia baru tuko pampes?". Yup..memang tepat sekali, doc.

Anak2 umi semuanya penah pakai macam2 jenama pampes. Pet pet, huggies, drypes, diapex, fitti, hey bb, whoopee, drypantz la hape lg. Tp dr dulu semua setia ngan fitti. Tp br2 ni fitti dah tuko pek n pampes..nipisnya alahai..sampai merah melecet Najla. So tuko la pakai diapex, drypes, pet pet. Sekali aritu abah nampak drypes classic nak try la. Sekali br tau itu sebenarnya hey bb yg tuko pek baru..mmg nipis la kan. Tak sangka sampai gelembung air kat montot Najla..tak sesuai..jom beli yg lain. Eh, melalut pasal pampes ye.. Sori..hehe..ok jom sambung ultramannn..

Setel tu, terus ajak diorang g Warta Bangi. Umi nak g kedai DIY yg jual pelbagai barang dgn harga murah tu. Niat di hati nak cari alas meja ngan bekas kotak tisu. Dah setel bab DIY, jom turun nak balik dah. Dekat kul 5.30 kang nak jemput abg kakak lak.

Turun2 nampak menan token ultraman. Wahh..suka la si Afiq. Nak naik. Dia memang suka menan token ni. Kat depan DIY td ada menan token dah bg naik seround dah. So kat bawah ni sekadar posing sekejap je la. Asalkan dapat dok atas ultraman kan..hehe.

Afiq ni peminat ultraman sekarang. Mana taknya, tv tiap ari tayang cite ultraman je. Kartun pun ada ultraman je. Sampai dah boleh hafal budak ni..itu ultraman apa, ini ultraman apa.

Umi tak suka citer ni sebenarnya, nyampah tengok citer tipu raksasa bagai.hehe. Sekali anak2 suka la pulak..sampai kadang2 umi pun tertengok citer tah hape2 tu.hehe. Umi tak tau pun ultraman ni ada pelbagai jenis n nama. Dok ingat ultraman tu semuanya sama walaupun penah dgr ultraman itu ini.

Bila bebudak dok sebut baru la tau.haha. Jom tgk afiq ngan ultraman dia. Afiq cakap ni ultraman Sebu..tah lerrr..


Tanah liat/Plastesin Merdeka

Assalamualaikum..

Ni hasil kerja tangan Luqman dan Jannah menggunakan plastesin/tanah liat sempena merdeka. Saja suka2, bukan tugasan utk sekolah pun. Tp bendera Jalur Gemilang abah belikan utk sekolah la.

Minggu lepas diorang ada jamuan raya bersama sambutan kemerdekaan..kena bawa bendera. Tp abah beli kecik sgt. Wasap gambar nampak kemain besar, sekali bawa balik..alahaii..keciknya. Orang nak bendera tangan tu la.hehe.


Tengok ape tu??

Assalamualaikum..

Gambar ni sgt cantik bg umi. Jom kita pakat teka bebudak 4 badik ni dok kusyuk tengok apa?hihi. Cantik je..sama aksi dok tgk ke bawah. Cuma besi merah tu menggangu kelibat Afiq sket kan..

Jom teka..diorang tengok apa tu???


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke 10 tahun.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dgn limpah kurniaNya umi dan abah masih dapat bersama keluarga tersayang..hari ni genap la 10 tahun usia perkahwinan kami berdua..syukur atas nikmat kurniaanMu, Ya Allah..

Pada hari ini, 10 tahun yg lalu, umi dan abah telah selamat disatukan menjadi pasangan suami isteri yg sah. Alhamdulillah dalam usia 10 tahun perkahwinan ini Allah s.w.t. telah berikan pelbagai nikmat, rezeki kepada kami berdua. Dlm usia 10 tahun ini, kami telah memiliki 4 cahaya mata kurniaan Allah, amanah daripada Allah utk kami menjaga, mendidik dan membesarkan dengan sebaiknya.

Dalam usia 10 tahun ini, kami memperolehi rezeki berlipat ganda berbanding sebelum berkahwin dulu. Alhamdulillah Ya Allah.. Semoga Engkau panjangkan jodoh kami berdua sehingga ke syurgaMu, Ya Allah. Berikanlah kebahagiaan dunia akhirat buat kami berdua bersama keluarga tersayang.

Buat suamiku, I Love You So Much!.. Terima kasih atas segala-galanya. :)

Dubsmash Jannah - Mana semua ni, tido ke??

Assalamualaikum..

Lagi dubsmash bebudak ni sebagai kenangan. Yg rasa comei je umi upload masuk sini ye.hehe..

Layanzz..




Dubsmash Banana Minion Luqman Jannah

Assalamualaikum..

Dah pandai godek phone buat dubsmash sendiri budak2 ni.. Umi masuk 1 je la video..

Banana Minion..


Jom g open house..

Assalamualaikum..

Masih dlm bulan Syawal, jd setiap minggu ada je jemputan open house atau kenduri kan..kitorang pun tak terkecuali.

Ada gak sedara belah Atok Keramat buat kenduri ke open house tah la tp sebab abah bz bisnes part time setiap Sabtu, tak dpt la nak join. Ada kenduri kawen kat umah jiran KRT sini pun, umi bawa anak2 sendiri je. Malamnya pulak ada open house Presint 14 Zon H..sume KRT Presint 14 bergabung dan buat di 1 tempat di apartment depan sekolah bdk2 ni. So, kitorang pun g juga la. Umi tak bw phone tak dpt snap gmbr bebudak..tp kitorang bkn pakai bj raya pun.hihi. Abah just snap gambar suasana kat sana je.

Ahad, kitorang ke Bandar Baru Bangi nak cari baju (casing.hihi)..kat handphone baru umi ni tp takde lagi gak..konon nak amek keluaran baru tp sampai dah dekat sebulan beli phone masih belum ada lagi casing ngan skrin protector. Frust..frust. Abah gak yg best..dpt phone baru, casing n skrin protector terus pakai dah..siann umi.

So, nak balik nampak kat tepi jalan sebelum Bangi Gateway awat ramai sgt org, parking pun penuh..ada bendera PAS. Tgk banner bunting majlia open house PAS Bangi Serdang la. Semua dijemput hadir.. Owh..apa lagi..rezeki jgn ditolak..musuh jangan dicari.haha. Kebetulan sume pakai elok dh sebab jap lg nak singgah open house jiran kat KRT kitorang gak.

So, singgah la. Memang ramai yg datang. Bagusnya..diorang jamu orang ramai makan kan. Pelbagai makanan ada. Alhamdulillah. Duit raya utk budak2 pun ada. K jom layan gambar apa yg ada.. Gambar open house umah jiran mmg segan nak snap lah ye..kalo yg besar2 ok la.hehe.

Open house KRT Presint 14 Zon H..waktu malam ye..

Abah nak amek belon utk bebudak tp dah abis. Bendera PAS..open house PAS Bangi Serdang ye.. Alhamdulillah..
Suasana kat sana. Memang ramai..Cina, India pun ada. Makanan pun ada banyakkk..amek la apa yg nak. Alhamdulillah. Gambar senget pun takpe la. Dah upload malas nak pusing semula..hihi..
Kami dapat duit raya..yeayyy..
Siapa yg rasa die kanak2 sila lah beratur nak amek duit raya..
Tak pandang pun Afiq ye..cakap tima kasih tak ni??
Luqman amek duit raya. Jannah beratur barisan pompuan..tak nampak die abah kata. Najla tak beratur tgh panas, dah abis org beratur baru Najla g, terror tak?hihi..

Sukanya dia dapat main kat luar umah..

Assalamualaikum..

Semalam pas jemput abang kakak balik dari Kafa, umi layan diorang sume main luar sekejap..syok la si adik. Jalan pun dah laju..tak benti la berjalan, main skuter ngan kakak.

Sampai jatuh ke atas jalan..luka lutut pun tak nangis. Siap dikorek2 main lagi luka lutut tu..sakit la, dikk..

Biasa kalo abg kakak nak main kat luar umi biarkan je.. Pesan tgk kete yg lalu lalang la. Sebab time balik keje kan..pas satu2 kete jiran lalu. Adik Najla umi tak berani la nak lepaskan..so kena la teman. Biasa tak dapat nak teman sebab kadang umi lum solat, nak masak petang la hape kan.. Umah bukannya berpagar. Kalo berpagar, boleh la nak tinggalkan diorang main sendiri. Bahaya kete2 jiran dok lalu lalang tu.

Nanti2 kalo umi free lagi, umi teman adik main kat luar lagi, ye.. Sian gak dok terperap je dalam umah.

Sukanya diaa.. Anak2 gigirl umi ni. Kelakar umi tgk adik pakai baju kakak masa zaman baby dulu dah nak sampai lutut..kakak dulu labuh kat buku lali. Ada peluang nak tgk adik tinggi dari kakak ni..hihi..

Mari mengaji..

Assalamualaikum..

Ha..jangan tak tau, adik Najla yg baru umur setahun pun dah minat belajar mengaji Iqra'.hehe.. Dia amek sendiri buku Iqra, duduk cam ngaji..so umi bagi rehal duduk ngadap abah..belajar ngaji ye dik.. Comei ngat nih!

Camne abah snap gambar adik ni..mata pun tak nampak.hehe. Idung ingus lak tu. Janji nampak adik tgh tunjuk kat buku Iqra' dah la ye..
Nape pandang lain ni, adik..baca betul2..
Abah sebut Aa Ba Ta..dia lak sebut mm..mm..mm..ok la tu.hihi



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform