Sakit mata - Ketumbit

Assalamualaikum..

Tinggal bab raya jap..kita selit pasal penyakit ni.hihi. Mana tau kot ada yg terkena satu ari nnt nak baca pasal sakit mata ketumbit ni. Umi yg 1st time terkena ni pun pulun dok google nak tgk apa simptomnya.

Umi tak kuarkan balik la ayat kat google tu..sume org leh cari sendiri tu..umi cuma nak citer pengalaman umi je. Boleh juga dijadikan panduan bg sape yg kena 1st time kan..

Hari Sabtu..umi pelik nape mata kanan dok nyut2 sakit ni tp tgk fizikal mata elok je takde apa masalah. Esoknya Ahad..ha..baru naik bengkak tp sikit la..tak pasan sangat. Dah la Sabtu Ahad tu kitorang sekeluarga ikut Atuk Nenek open house merata. Mujur tak nampak sgt bengkak mata ni kan..tp sakit nyut2.

Esoknya makin bengkak besar..keseluruhan kelopak mata kanan tu. Sakit tak yah cakap la..sakit sgtttt.huhu. Tanya kat group wasap family, ada jawab ketumbit. Abah pun ckp cmtu tp google tgk takde cam ketumbit pun..ada biji bernanah. Memang takde. Isnin g klinik appointment check up Najla, so check mata sekali la. Risau gak kan.

Tp doc cina muda pun tak tau istilah ketumbit. Dia bg ubat antibiotik, tahan sakit, surut bengkak dan ubat sapu matikan kuman. Ok la tu, memang sakit sgt, bengkak pun dah besar. Dah la tgh puasa 6 Syawal ni..nak makan ubat ikut time tak dapat la.

Hari Rabu..akhirnya..jelas nampak ketumbit. Biji nanah dah kuar akhirnya. Oohh gitu rupanya. Bengkak mata dulu..dah macam mata kena tumbuk, ok. Elok je bulat besar bengkak mata kanan. Dah kuar biji tu betul2 ujung mata..lagi la sakit kan.

Masa mula2 umi tuam guna kain rendam dalam air panas je tp bengkak tak surut. Lepas tu umi guna bawang putih..wahhh..memang berkesan. Ubat semulajadi paling berkesan la. Esok lusa mata umi dah comei..surut bengkak. Yg penting masa open house Keramat nanti tak perlu pakai spek hitam.haha.

Jadi, sape yg kena ketumbit tu..sila la sapu bawang putih kat bengkak mata tu. InsyaAllah berkesan. Umi baca n dengar orang cakap sakit or pedih..tp umi tak rasa apa pun..guna bawang putih tu. Jadi, cubalah.

Bengkak seluruh kelopak mata kanan..sakit gila..nyut2. 
Dah naik biji ketumbit di hujung kelopak mata

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform