Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke 10 tahun.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dgn limpah kurniaNya umi dan abah masih dapat bersama keluarga tersayang..hari ni genap la 10 tahun usia perkahwinan kami berdua..syukur atas nikmat kurniaanMu, Ya Allah..

Pada hari ini, 10 tahun yg lalu, umi dan abah telah selamat disatukan menjadi pasangan suami isteri yg sah. Alhamdulillah dalam usia 10 tahun perkahwinan ini Allah s.w.t. telah berikan pelbagai nikmat, rezeki kepada kami berdua. Dlm usia 10 tahun ini, kami telah memiliki 4 cahaya mata kurniaan Allah, amanah daripada Allah utk kami menjaga, mendidik dan membesarkan dengan sebaiknya.

Dalam usia 10 tahun ini, kami memperolehi rezeki berlipat ganda berbanding sebelum berkahwin dulu. Alhamdulillah Ya Allah.. Semoga Engkau panjangkan jodoh kami berdua sehingga ke syurgaMu, Ya Allah. Berikanlah kebahagiaan dunia akhirat buat kami berdua bersama keluarga tersayang.

Buat suamiku, I Love You So Much!.. Terima kasih atas segala-galanya. :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform