Cerita Raya 2015

Assalamualaikum..

Jom citer throwback raya..hihi. Benda dh lama berlalu katakan..gambar ada, kita korek balik sikit2 citernya.

Tahun ni kitorang raya pertama di Kulim. Kitorang balik kampung ari Rabu tul2 pas solat Subuh. Kena gerak awal sebab confirm jem..semalamnya pun dah jem teruk. Tp seawal2 kitorang, awal lagi Pakndak Man kuar..haha. Die drive sorang2 dari Putrajaya..kul 5 dah gerak. Kitorang lak gerak sebelum kul 7. Budak2 lena, usung masuk kete je la..tak mandi pun.hihi.

Masa masuk highway mula2 tu ok lg tak jem, tp on the way tu dgr berita n tgk google map..mak aii..Tapah jem gile. Pakndak yg dpn 2 jam dari kitorang pun dah sampai tempat jem. Nak jadi citer, umi abah sakit perut cirit birit lak..semalamnya lagi umi dah membuang dekat 10x kot. Abah ok lg, sekali dua je. Dah sakit perut sepasal, dgn jem lagi..jom kita masuk jalan dalam/jln kampung/jalan lama.

Jalan lama byk gak kete tp still berjalan..so ok la kan. Bila dah tak jem, so masuk la highway balik. Sampai mana tah, abah ngantuk so umi ganti drive. Sakit perut pun tahan je. Tp masuk je tol Jawi, perut meragam tak sesabar g toilet.haha. Kira total membuang 2 hari tu 14x. Pecah rekod..haha.

Ari rabu yg balik kampung..kitorang, Pakndak Man ngan Achik Azah. Pakngah Nizam dari Ganu blk Kulim esoknya sebab diorang blk Perak dulu semalam..turn raya Kulim kali ni. Yg tak best Paknjang Najib kt KL nun tak leh blk beraya lak sebab kena bertugas raya pertama. Beraya di KL la diorang..sian. Dah la takde sape..family kan..tak cukup korum la.huhu..

Baru masuk highway, lengang lagi..
Dah masuk jalan dalam/jalan lama..kete banyak

Jumaat 17 Julai, raya pertama bersamaan dengan genap Nur Najla umur 1 tahun..raya 1st lak besday adik ye..hehe. Tp takde potong kek ape la. Nnt buat kat Keramat je. Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Lahir Najla setahun la ye..

Kitorang sekeluarga ke Masjid Keladi bersembahyang sunat raya, menziarahi kubur ahli keluarga dan bersalaman raya bersama keluarga. Alhamdulillah. Anak2 hepi kutip duit raya la.hehe. Lupa pulak..Jannah tahun ni darjah 1 berjaya puasa penuh, walaupun penghujung Ramadhan tiba2 demam dan batuk melanda. Si abg Luqman yg darjah 3 tu pulak tinggal 3 hari. Tak tahan lapar..huhu. Sehari tu sebab demam. Ada la upah utk Jannah. Tahun lps baru belajar puasa, dpt dlm 6 hari gitu..tahun ni puasa penuh. Alhamdulillah.

Hari pertama Jumaat, lelaki kena solat jemaah 2x kan..so aktiviti menziarahi saudara mara tu agak lewat sket la sebab sibuk layan tetamu yg dtg. Memang ramai. Jgn tak tau, beraya dijamu durian dan pulut..fuhhh memang terangkat.haha.

Petang tu baru beraya 2 buah umah di Kampung Dusun dan Taman Nuri. Raya tahun ni tak dpt berjalan raya sgt sebab raya ke 3 dah kena gerak balik Putrajaya. Beramai2..bersama semua ahli keluarga sebab raya ke 4 Pakndak Man akan bertunang di Melaka. So, raya pertama dan ke 2 je la nak ziarah beraya pun.

Salam raya ngan Tok Tokwan
Anak2, anak buah beratur nak kutip duit raya..hehe..
Kami family Kulim. Yang takde dalam ni family Alang Tie dan family Paknjang Najib

Comei..comeii..
Kutip duit raya..budak2 yg paling hepi
Tokwan dan Tok
Family Maklong Lina
Family Pakngah Nizam
Family Achik Azah
Dua badik yg lum kawen..Pakndak Man dan Maksu Yayah bersama Tokwan dan Tok
Kami anak, menantu dan cucu Hj Ahmad dah Hjh Halijah
Bergambar reramai dengan pakcik makcik, sepupu sepapat..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform