Sambungan Raya ke 4 + Majlis Tunang

Assalamualaikum..

Ok, mari sambung citer raya yg tangguh sekejap aritu sebab nak bg laluan kepada citer terbaru..konon..hihi..  Janji belum basi ye..bukan apa, gambar utk entri ni banyak sangat, so kita kumpulkan dan letak last sekali lerrr.. Jangan mare..hihihi..

Hari Raya ke 4, seperti yang telah dirancang, kami ahli keluarga Tok Tokwan berkumpul di Putrajaya akan bergerak ke Jasin, Melaka untuk meraikan Majlis Pertunangan antara adik umi iaitu Pakndak Man yg duduk menumpang serumah ngan kitorang sekarang ni.. Pakndak Man akan bertunang dengan Atikah Rafar di kampung keluarga mereka di Jasin. Ada juga 2 keluarga lagi iaitu Tok Cik Pah masing2 bergerak 2 kete dari Batu Caves dan juga Tokndak Zul dari Shah Alam, berjumpa dengan kitorang semua di Melaka nnt.

Bila sampai di Melaka agak awal sebab Tokwan ajak kuar awal utk elak jammed di highway tapi jalan sgt clear aritu, so ada yg bawa diri ke lain dulu..sampai la nanti bertemu di umah bakal pengantin. Ada juga la peristiwa yg berlaku di mana Achik Azah dan Alang Tie ketinggalan di belakang..masing2 tak sedar diorang tak ikut kitorang konvoi sekali tp Alhamdulillah dengan bantuan Allah, semua dapat berkumpul pada majlis tunang tu.

Segalanya berlangsung dengan lancar.. Alhamdulillah. Balik dari majlis, terus lepak di Masjid apa umi lupa..huhu. MITC ke apa..tempat yg Achik Azah tertinggal mula2 td. Solat siap2 pastu balik ke Putrajaya semula. Sempat la berwelfie bagai kat masjid tu. Riuh rendah anak cucu Tok Tokwan ni..hihi.

Dah sampai Putrajaya masing2 kepenatan, cancel nak tido umah Paknjang Najib malam tu..masih lagi bermalam di Putrajaya. Jadi lepak berkumpul makan di Restoran MZ dulu. Agaknya tauke asal masih bercuti raya kot, makanan yg dipesan sampai lambat, sistem pemesanan komputer diorang pun agak bermasalah..namun Alhamdulillah masing2 kenyang sebelum balik tidoooo..

Sebelum bergerak reramai, kita bergambar dulu.hihi.. Semua 8 buah kete yang join ke majlis tunang ni.

Geng coklat. Tak janji pun nak pakai baju kaler coklat..dah siap sume baru pasan..ehh, pakat pakai coklat rupanya. Sama la dengan kaler tema hantaran utk bagi kat belah pompuan, kaler coklat gak. Umi bergambar dgn adik bongsu, Maksu Yayah, kakak ke 2 umi, Alang Tie dan satu2nya kakak ipar umi, Makngah Lynn.
Geng anak2 dara comei dah siap duduk dalam Exora kitorang.. Aina, Jannah, Ayien n Aliya
Family Pakngah Nizam..turut serta mertuanya yg jadi jurucakap pihak kitorang nnt. Luqman pun ada tu..biasa la bila dah reramai ni, pertukaran kete akan berlaku..hihi. Anak ni nak dok kete sana, anak nun nak dok kete sini..gitu la. Lupa lak, semua gambar2 cantik sepanjang raya ni kebanyakan dari kamera phone Pakngah Nizam dan Makngah Lynn. Tima kasih kat diorang, ada gak kenangan utk ditatap nanti. Masa ni phone abah dah rosak, phone umi lak mmg cap ayam..kelabu tak terang la kan. Panjang lak caption kali ni..hihi..
Hantaran belah pompuan nak bg pada lelaki
Tok hepi bakal terima menantu baru..
Sarungkan cincin merisik dan tunang
Bakal ahli keluarga baru
Start welfie bersama adik badik
Pastu slow2 pakat join anak2 lak.. Nampak abg Iskandar pegang sangkar tu? Pakndak Man dapat kucing daripada bakal mak mertua. Si Tommy nama kucing tu..ada kat umah Putrajaya sekarang ni..
Makin lama, makin ramai join bergambar. Tokwan je tak larat dah.. Sian Tokwan, kaki tiba2 bengkak gout..salah makan agaknya..
Amboi Afiq..dikelilingi bunga2..ok lak die ye..hihi
Acara terakhir malam tu..makan2 reramai.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform