Assalamualaikum..
Umi nak bercerita sket pasal kehidupan kitorang sekeluarga sekarang ni. Biasala kan..kehidupan tak selamanya terurus sempurna tanpa ada ujian. Sama gak la cam kami sekeluarga. Sekarang ni umi abah ada sket penin la memikirkan bagaimana menguruskan kehidupan sehari2harian masa mendatang.
Semuanya bermula lepas abah dah abis belajar ni la. Abah dah kena melapor diri utk kembali berkerja 23 Jun yg lalu..tp disebabkan abah masih ada berbaki 7 ari cuti, jadi abah kena abiskan kesemuanya dulu..tak boleh bawa ke depan..kalo tak dikira burn. Kitorang baru ingat nak bawa ke cuti raya, takde rezki la. Abah akan mula bekerja minggu depan.
Ujian bermula apabila surat penempatan dah diterima oleh abah. Agak frust sebab abah ditempatkan di luar Putrajaya..walaupun kitorang ni tinggal di kuarters Putrajaya.huhu. Menurut kata pihak JPA, diorang agihkan penempatan ikut tempat belajar. Jadi, kalo belajar di KL, penempatan mungkin di KL jugak. Memang tak logik langsung ikutkan..apa kaitan penempatan keje ngan tempat belajar?? Apa nak buat, kalo kita ni orang bawahan terpaksa la menurut perintah saja. Mujur jugak tak ditempatkan di KL, lagi jauh la kalo camtu kan. Risau gak perlu kuar kuarters ke tak kalo kat KL..jenuh la nak cari umah berpindah randah lagi, kan.
Sebenarnya, abah dapat penempatan baru di Seri Kembangan, agak dekat la ngan Putrajaya. (Pada mulanya abah ingat Seri Kembangan yg jauh..tp ropenya bila dah check website, abah dapat tempat yang dekat sket ngan umah. Dan kuarters pun tak perlu kuar. Alhamdulillah. Walau camne pun, tetap ada dugaannya..sebabbb..
Umi kan tengah tunggu ari nak bersalin. Dah abah posting kat luar Putrajaya, camne abah nak balik jemput anak2 balik umah tengah hari bila umi dalam pantang nnt?? Tak dapat la kan..huhu. Takkan umi nak kena kuar masuk jemput 2 badik tu, dalam pantang..nak usung baby ngan abg Afiq tu, waktu yang berlainan pulak tu..mau stress umi kang. Bentan..meroyan kot. Nauzubillah, minta dijauhkan la.
Nak tak nak, kena la pikirkan cara camne budak2 ni nak balik sekolah. Kalo pagi, abah leh antakan. Jadi, Alhamdulillah dah dapat penyelesaian.. Jannah balik dari sekolah kul 12 naik van. Luqman lak, tak perlu balik umah utk ke KAFA. Kiranya die kena mandi, salin baju kat sekolah terus ke KAFA la. Memang ramai budak camtu pun, kawan2 Luqman pun ramai. Sementara abah lum masuk ofis lagi, boleh abah pantau sekejap Jannah naik van n Luqman mandi, tuko baju n makan di sekolah. Terpaksa la belajar berdikari..nak wat camne kan. Balik KAFA kul 5 petang lak (bulan pose diorang balik awal) Luqman akan balik naik van la. Abah tak boleh nak jemput sebab abah kuar ofis lambat. Camtu la perancangannya. Diorang akan start naik van awal Julai..belajar dulu sebelum umi bersalin la kan..nnt takde la kelam kabut. InsyaAllah pas abis pantang nnt..atau ujung2 nak abis pantang, umi akan take over semula tugas menjemput anta anak sekolah.
Selain tu, umi dok penin lagi pikirkan ada lagi barang persiapan menyambut baby bakal lahir ni yg lum disetelkan. Risau kang umi tiba2 nak bersalin, masa tu la baru nak g cari. Nak ajak abah pun susah sbb abah pun penin dok pikir pasal perabot umah ni nak jual atau bagi orang. Sebabnya sekarang barang perabot dah penuh umah, Atuk Nenek bagi meja makan n sofa umah Keramat anta ke umah kitorang semalam (sehari sebelum pose), So, perabot lama perlu di let go. Abah bz mengiklan dan melayan orang yg nak perabot tu. Dah la arini start pose, letih sket la kan. Alhamdulillah meja makan kitorang dah sedekah pagi tadi pd pasangan yg akan berkahwin. Sekarang tinggal nak buang or let go sofa, kusi kusyen ngan meja makan kecik. Haishh..penin kan?? Semuanya selepuk dalam satu masa..mana tak penin.
Yg nak jual barang ni pun bukan setakat perabot. Tp ada satu lagi barang yg amat berharga bagi abah..nak jual gak. Still lum selesai pasal benda ni. Barang yg akan jadi hadiah umi nnt. InsyaAllah.
Ok, itulah saja yg umi nak citer. Takde gambar lah kalo citer cam gini ye. Tak sesuai nak masuk gambar perabot, gambar ofis baru abah, gambar van sekolah..hehe. Chow..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.