2 Januari - Hari Pertama Sekolah

Hari pertama Jannah di Tadika MAIWP di Surau Ar Rahman, Presint 16.. Afiq teman kakak jap je, pastu terus tinggal kakak. Sian kakak Jannah..
     Hari pertama Luqman makan sendiri kat kantin sekolah..


Assalamualaikum..

Ok, arini umi wat posting 2x. Pagi td kelam kabut setelkan bab anak2, petang ni umi ngadap laptop, ye. Arini 2 Januari 2013 - 1st day persekolahan bg pelajar2 seluruh Malaysia kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, kan?

So, arini pagi2 mmg umi kelam kabut bersiap handle anak2 nak start sekolah. Diulang, Luqman masuk Darjah 1, Jannah masuk Tadika 5 Tahun. Abah lak, arini ada exam..jawabnya mmg umi je la kena handle budak2, kan.. Abah dah kuar umah sebelum kitorang kuar lagi sbb takut jammed, dah belajar kat KL nun.

Mula2 umi antar Luqman dulu..budak Darjah 1 berkumpul kat Tapak Perhimpunan. Umi tgk takde ape2 aktiviti yg babitkan mak bapak..just melengu bersidai tgk anak2 je, so umi pun gerak ke sekolah Jannah la. Luqman pun ok, kan. Aritu dah orientasi, takde nak wat perangai ke hape la. Salam ngan die dulu, bgtau umi nak g sekolah Jannah lak.

Gerak ke sekolah Jannah lak..kat surau di Presint 16 (sekolah Luqman kat Presint 14..jauh gak sebenarnya). Dok sebut Luqman Jannah je..ni nak sebut Afiq lak. Anak kecik umi ni pun ada skali la..umi tak mandikan pun pg td, just tuko baju je, tak sempat dah.

Ok, kat sekolah Jannah bayar yuran segala, dah tau kelas sume. Tp kat kelas ada 3, 4 orang budak laki je dok sembang. Sian lak nak tinggal Jannah sorang2 kan. Cikgu kata nak balik pun boleh sbb kelas lum start arini. So, ada yg dah balik tp ada ramai still tunggu kat luar kelas tu. Tup2 pastu cikgu kata ada taklimat sket, umi mmg plan nak blah dah masa tu..sebabnya nak berkejar ke sekolah Luqman balik sbb nak tgk die makan time rehat lak. 1st day bg budak Darjah 1 adalah lum reti ape2 bab makan sendiri, beli mknn time rehat. Sebelum ni, tadika dah ada makanan disediakan. Sebab tu berapa ramai mak pak sanggup berkampung kat sekolah..teman anak. Tak sanggup ler umi sampai nak berkampung camtu.hehe.

So, nak tak nak..umi tunggu sat dengar taklimat sekolah Jannah walaupun kepala otak dok pikir Luqman, kang dah rehat camne la anak aku ni. Taklimat dah nak abis tp lum masuk kelas, umi pun cakap kat Jannah, umi nak balik..kakak dok kat sekolah ngan cikgu ngan kawan2..jangan nangis..umi nak g tengok abg Luqman lak. Alhamdulillah, Jannah mmg baik sgt..langsung tak bunyi, tak nangis. Redha je walaupun kena tinggal. So, umi tinggalkan die ngan sume orang kat situ masa diorang still berkumpul taklimat..terusss berkejar ke sekolah Luqman pulak. Umi letih, ok!.. Semputt..

Sampai sekolah Luqman, parking mmg jauh la..dah bape ramai mak pak pakat tunggu anak2 kan. Lega sgt2 masa umi sampai tu, diorang baru nak bergerak ke kantin. Luqman nampak je umi terus senyum. Kalo tak, monyok je. Jalan sorang..kawan kelas masa Pra die dah jalan dulu. Sian kan, kalo umi tak datang jenguk. Umi datang pun, dia terkial2 nak duduk kat mana. Umi yg bawa tunjuk kat mana leh duduk.

Sebenarnya, umi dah bekalkan untuk Luqman air laici ngan roti bakar pagi td. Cuma telur hancur tak sempat nak wat. So, umi belikan sosej ngan nuget makan skali. Dah la abah tak bagi duit belanja kat Luqman, andaikata umi tak datang..abah lupe la tu. Tak penah2 bg duit belanja sebelum ni, kan.

Dah setel makan, so umi terus balik umah la. Ikut ati mmg nak sangat jenguk Jannah..sbb umi tinggalkan camtu je tadi, kan. 1st day die, tak penah lalui suasana belajar lg. Tp, dah tak larat. Dekat ngan umah, balik bg Afiq tido sat, umi goreng mee untuk bekal Jannah n Afiq nak makan sementara tunggu Luqman blk nnt.

Kul 11.30 umi kuar jemput Jannah. Tgk kat kelas die takde pun budak ni..g jengah kelas sebelah...laaa..awat dok kelas ni lak. Ni confirm cikgu pun tak check dah, main terima je mana budak2 pun. Dah la budak tu takde parent teman. Sian, Jannah. Tp takpe..sekurang2nya Jannah dah dapat tau suasana belajar arini. Tengok die hepi je dok ikut cikgu nyanyi. Bagus kakak Jannah..
Esok, abah takde exam..so umi abah leh teman lama sket. Abg Luqman pun nak kena tgk gak kot masa rehat die sok.

Ok, perancangan utk pembelajaran budak2 ni..umi abah plan nak antar diorang kelas KAFA waktu petang. Dapat gak ilmu agama daripada dok umah, dok main..tgk tv manjang.. Kalo ada games, lg tak ingat dunia..cam kat umah Atuk Keramat tu..ngan I-pad la, PS2 la..huhu. InsyaAllah sekolah Jannah pun bakal ada Pra KAFA..dari kul 12.30 sampai 2.30 ptg. Luqman punya 2.30 sampai 5.30 petang..tak pasti lagi nak kat surau Presint 16 or sekolah die je.

Ok, itu sajalah citer utk hari pertama anak2 umi bersekolah ni. Afiq nampak gayanya, takde kawan la pagi tu, ye..


2 comments:

  1. penat jugak baca citer jiha... tp, jiha beruntung sbb surirumah, dpt handle anak sepenuhnya, cam yati ni dok harap kat husband ngan mak mertua je...tak bley nak buat pe dah...

    ReplyDelete
  2. A'ah yati..untung la sbb dpt handle sendiri anak2..n mujur pandai drive. Kalo tak reti nak drive camne agaknya ye..huhu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform