Jannah jawab exam..

Assalamualaikum..

Arini 21 Jun 2014, Sabtu..Luqman Jannah ada sekolah ganti bagi menggantikan cuti Hari Raya Puasa nnt. Tp Jannah lak, arini ada exam utk syarat kemasukan ke Tahun Satu, Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi, so Jannah terpaksa ponteng sekolah la jawabnya. Kitorang daftar kemasukan ke SRAI ni sejak bulan 4 aritu lagi, sampai dah ingat2 lupa tarikh nak jawab exam ni, tp tingat lagi bape ari nak pose camtu la.

Pagi2 lagi dah kelam kabut bersiap semua la..tp lambat gak kuar umah.hehe. Antar Luqman dulu ke sekolah, pastu baru teruskan perjalanan ke Bangi. Dari jauh lagi dah nampak banyak sgt kete parking kat luar sekolah. Memang dah tau ramai yg apply nak masukkan anak ke sekolah ini, tp yg terpilih terhad. Hanya pelajar yg benar2 layak je diterima..sebab tu la budak2 kena jawab exam dulu. Jannah ni pun tak tau la boleh ke tak. Cuba je la kan..tak nak la menyerah kalah sebelum berjuang. Gitu.

Ada beberapa subjek la budak-budak ni kena jawab sepanjang exam selama hampir 3 jam tu (bermula dari kul 8 lebih sampai kul 11 pagi). Antaranya Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Jawi. Bahasa Arab ada tak tah, lupa dah umi. Sebab tu hanya budak yg layak je akan diterima. Cam Jannah ni Jawi n Bahasa Arab sah2 la die tak tau. Takpe, tawakkal je la. Mana tau Allah dah tetapkan rezki Jannah tiba2 dapat lak kan. Tp kitorang tak menaruh harapan yg terlalu tinggi la. Ada rezki ada la, kalo takde pun redha. Lagipun ada gak syarat tambahan macam salah seorang daripada ibu bapa dan anak mestilah dilahirkan di Selangor, atau menetap di Selangor. Syarat ni pun kitorang dah tak layak gak ikutkan.

Masa antar Jannah ni, abah bentikan umi n Jannah dulu sebab abah cari parking. Afiq ngan abah la. Orang adalah sangat ramaiiii..difahamkan lebih 200 pelajar yg apply. Umi carikan nama Jannah kat papan kenyataan, tgk die dapat di Kelas 6. Sekali tanya guru bertugas, die kata Kelas 6 tingkat atas sekali..tingkat 3 la. Mak aiii..jenuh nak panjat tangga. Semput la mak buyung ni.hehe. Naik tangga separuh pastu benti sat. Umi lak, dah masuk minggu 35 ni mmg semacam sket dah rasa..tak larat, sakit pinggang la hape..bertabahlah ye.

Dah jumpa kelas Jannah, cikgu bertugas bawa masuk die ke tempat duduk. Jannah pun ok, takde nak nangis ke hape. Siap babai umi lagi. Tp sian sebab die nak minum air, tp air tak bawa/tak beli. Minta abah belikan pun tak sempat sebab orang beratur panjang di kantin. Sepanjang exam tu, umi abah n Afiq lepak kat sekolah je. Tak jadi nak balik la sebab risau kang Jannah kuar awal ke, umi abah takde situ. Kitorang breakfast di kantin pastu melepak sat di surau, pastu jumpa kelas utk parent menunggu..selesa sket.

Abis je exam, abah naik jemput Jannah. Turun je, Jannah jawab 'besttt'..hehe. Ye la tu. Ape yg best sgt tu. Takpela kakak Jannah. Asalkan Jannah dah mencuba kan..dapat tak dapat belakang kira. Ropenya ada gak ujian lisan sepanjang exam tu. Cikgu panggil budak baca ke apa tak tau la.

Pastu terus balik umah. Kul 12.15 jemput Luqman balik sekolah lak. Mujur tingat sekolah ganti ikut jadual ari Jumaat, so balik awal. Kalo lupa, g jemput kul 1.15..sian lak kat die kan. Harap sume parent tak lupa la. Sebab risau sangat sejak kebelakangan ni banyak betul kes culik budak sekolah. Sampai depan sekolah pun penjenayah sanggup buat keje jahat. Nauzubillah.. Ya Allah, kau lindungilah anak2 kami dari sebarang malapetaka yg tak diingini. Amin.

Mula2 cari nama kat papan kenyataan
Masa daftar dah dapat no. meja iaitu no. 175
Suasana dalam kelas 6. Lupa nak zoom muka Jannah
Tu blok Jannah, kelas tingkat atas sekali..jenuh gak la umi menapak
Lepak dalam kelas kosong dulu
Ramai orang
Abah naik jemput Jannah pas abis exam
Anak dara kitorang..tahun depan nak masuk Tahun 1 dah ye..
Dah abis exam
Pemandangan dari Tingkat 3
Suasana kat kantin



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform