Balik kampung Kulim, Kedah

Assalamualaikum..

Sepanjang cuti sekolah selama 19 ari aritu, umi dah plan baik2 aktiviti kitorang sekeluarga. Kebetulan abah still belajar, lum masuk keje, so boleh la nak cuti sekali ngan anak2 kan. Lepas ni abah dah nak start keje semula, tak dapat la nak jalan2 sangat ngan abah cam sebelum ni.huhu.

Ok, sambung. Minggu pertama cuti, kitorang plan nak bg budak2 lepak umah Atuk Nenek Keramat tp terpaksa cancel sbb kat umah tu pakat tak sihat, so kitorang lepak kat umah je la. Minggu ke 2 lak, Luqman join Kem Anak Soleh seminggu kat Putrajaya..so masih di umah la. Abis je program, kitorang terus balik Keramat lepak sana 4 ari 3 malam sebelum balik kampung Kulim, Kedah selama 5 ari 4 malam. Cuti sekolah camni la, nak balik kampung kan. Last balik pun, bulan 12 tahun lepas.

Kat kampung, takde la jalan mana sangat. Budak2 pun kalo dengar umi nak kuar pun tak nak ikut sebab nak main ngan kawan kat umah. Ada sekali tu Tokwan ajak g jalan tgk Jambatan ke 2 Pulau Pinang..Jambatan Sultan Abdul Halim, Agong kita sekarang ni..so ok la kan..tingin gak nak tgk. Tp, Tokwan ajak kuar malam pas Maghrib sebab sekarang ni cuaca panas sgt. Kalo kuar siang jenuh berpeluh. Ikutkan nak la g siang kan..baru la nampak jambatan n lautan luas tu.hehe. Tp ikut la Tokwan.

Tokwan konon nak tunjuk kat budak2, naik jambatan yg panjang n cantik..sekali..tak sampai jambatan lagi, budak2 dah lena dalam kete.haha. Ye la, sume pakat syok main sepanjang ari, tiba2 malam dok dalam sejuk econ kete, letih main..ngantuk la. Tak dapat pun budak2 tgk.hehe. Jambatan ni panjang sket dari jambatan pertama tu..dan agak bersimpang siur la laluannya..Tp agak jauh la kalo sape yg datang dari utara, memang tak akan masuk la jambatan kedua ni. Dia lebih sesuai pada sesapa yg datang dari selatan, cam KL dan sebagainya.

Dah sampai Penang, ingat nak singgah makan kat Padang Kota..tp round2 tak jumpa pun gerai makan.hehe. Last2 terus balik naik feri. Ha, masuk je feri kitorang terus kejut budak2 la. Mana boleh tak tgk suasana dalam feri. Yg ikut sekali member budak2 ni atau sepupu depa, Aliya..anak Alang Tie. Lama dulu penah la jugak bawa budak2 naik feri, tak ingat la bile..tah afiq dah ada lum pun tak tau la. Ni dah besar, syok la sket kan.

Dah sampai seberang, singgah makan la kat mana tah..umi pun tak ingat. Dok cari kedai mamak tak jumpa, nampak gerai Melayu benti je la isi perut. Budak2 pas makan sambung lena balik.hehe. Letih sangat ye. Dekat kul 12 tgh malam kot sampai umah.

Kitorang lepak kat Kulim sampai ari Sabtu. Tengahari tu baru gerak dari Kulim. Ahad leh lepak sehari kat umah Putrajaya sebelum budak2 masuk sekolah semula. Pasni, InsyaAllah raya kitorang akan balik kampung lagi..sekejap je la..umi pun dalam pantang masa tu. Pantang sendiri je sebab anak2 sekolah kan. Sekian.

Cuci kete pun di kampung..
Budak2 rindu umah Tokwan kot, diorang snap umah Tokwan..tempat diorang selalu berkumpul main sambil tgk tv
Suasana malam di atas Jambatan Kedua P. Pinang. Tak nampak laut la jawabnya
Budak2 baru bangun tido..mamai2 lagi.
Kami atas feri

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform