Nur Najla binti Muhammad Razif

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya telah menganugerahkan kepada umi dan abah, cahayamata ke 4 kami, seorang puteri pada bulan yg penuh keberkatan, Ramadhan yg lalu..tanggal 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435 Hijrah pada pukul 6.55 petang, lg setengah jam akan masuk waktu berbuka puasa..yang mana akan masuk 10 Ramadhan terakhir pd malam tu. (Tarikh ni gak akan buatkan rakyat Malaysia ingat peristiwa kapal terbang MAS MH17 yg terhempas akibat ditembak jatuh oleh pengganas Ukraine. Umi tau berita tu masa di wad la..beberapa jam selepas melahirkan bb ni.huhu. Al Fatihah dan salam takziah pada keluarga penumpang dan anak kapal MH17..)

Bayi perempuan yg kami sepakat menamakannya sebagai Nur Najla binti Muhammad Razif (maksud dalam bahasa Arab ialah Yang bermata elok, Yang baik keturunannya)..mudah-mudahan akan berakhlak dan berperibadi baik sebagaimana maksud namanya. InsyaAllah.. Amin. Sebenarnya nama ni umi dah simpan sejak umi mengandung lagi seandainya dapat bb girl. Utk bb boy pun umi ada simpankan sekali sebab sampai ke saat akhir bersalin belum confirm akan jantina bayi disebabkan umi hanya berpeluang scan sebanyak 2x, itupun hanya scan hitam putih 2D. Masa tahnikkan bb Najla kat Masjid Besi aritu, imam besar dan imam terawih pun cakap bagus la, nama Arab..ada maksudnya. Umi dan abah memang seboleh2nya nak namakan anak yg ringkas dan ada maksud baik..seterusnya akan memanggil anak dengan nama penuh diorang..supaya panggilan itu akan menjadi doa semoga diorang akan menjadi baik sebagaimana maksud namanya. InsyaAllah.

2x scan tu doktor yg berlainan jangkakan bb girl tp umi tak nak la confirm terus sbb scan 2D tak jelas, kadang cakap girl tp kuar nnt boy pulak. Sedangkan masa Afiq scan tak nampak biasanya org cakap girl, tp kuarnya boy. Lagipun, perut umi kecik bujur orang kata cam bb boy, mmg ramai yg jangka bb boy pun. Cuma yg pelik prgnt kali ni, trimester pertama umi alah teruk, tak penah2 pun sebelum ni pregnant 3 badik. So, surprise kita tunggu masa bersalin je la. Masa dah kuar tu baru confirm perempuan dan umumkan. Persiapan bb cam baju tu umi belikan yg unisex la, lebih kepada biru sebenarnya..tu yg bb Najla asyik pakai baju biru aje.hehe..

Kalo nak ikutkan diri umi ni, teringinkan anak perempuan pulak la kan sebab baru ada sorang perempuan, kakak Jannah ni..lelaki dah ada dua, Luqman n Afiq..tp seandainya dikurniakan lelaki lg pun tak pe la, bukan kerja kita nak tetapkan nak bb apa, nak bersalin bila kan, semuanya dah ditetapkan oleh Allah, tp sebagai hambaNya kita hendaklah sentiasa berdoa mudah-mudahan apa yg kita hajatkan menjadi kenyataan. Jadi, sebelum mengandung lagi sehinggalah dekat nak bersalin, umi sentiasa berdoa momohon supaya dikurniakan anak perempuan pula (juga rajin membaca surah Maryam).

Alhamdulillah..berkat usaha, doa dan tawakal umi yg bersungguh-sungguh, Allah telah menganugerahkan bayi perempuan pada kami..dan bonusnya anak2 adalah mengikut susunan 'selang bunga' orang panggil, ye. Yg sulung lelaki diikuti perempuan - lelaki - perempuan. Alhamdulillah..bukan senang nak dpt susunan anak selang camni kan. Semuanya Allah dah tentukan di Luh Mahfuz lg. Umi nak share juga, sebenarnya memang umi abah merancang utk menambah zuriat lagi selepas Afiq berumur 2 tahun..dah jarak sket kan. Alhamdulillah Allah bg peluang umi pregnant lg pada Ramadhan tahun lepas (bulan 7) tp sekejap je Allah pinjamkan..dlm usia kandungan 6 minggu umi keguguran, waktu kitorang sibuk beraya lg. Redha je la, mungkin ada hikmah di sebaliknya kan. Selepas tu, Alhamdulillah 3 bulan lepas tu (bulan 10), Allah bagi peluang kedua buat umi pregnant lg..dan inilah dia lahirnya Nur Najla pada bulan Ramadhan. Dia pilih nak lahir dalam bulan Ramadhan rupanya.

Selain tu, perlu gak umi citerkan beberapa hajat umi yg telah dikabulkan oleh Allah SWT. berkaitan kelahiran bb Nur Najla ni..Alhamdulillah. * Pertama, umi sangat berharap akan melahirkan pada bulan Julai sbb abg2 dan kakak Najla masing2 lahir pada bulan ganjil Mei, September dan November. (Tp umi tertunggu jugak tarikh kelahiran adakah sama ngan abg kakak yg lahir pd 8hb dan 18hb..ropenya bb nak lahir sama dengan tarikh lahir abah iaitu 17hb.hehe. Sangat cantik susunan yg Allah berikan.)

* Kedua, umi sentiasa memohon agar umi dapat berpuasa Ramadhan sekurang2nya selama setengah bulan, takde la banyak sgt nak menggantikannya nnt.hehe. Cam kakak Jannah dulu, umi hanya sempat berpuasa Ramadhan 6 ari je (minggu ke 38 mengandung)..lepas abis pantang terus ganti puasa direct. Alhamdulillah kali ni umi dapat berpuasa selama 18 ari. Ari ke 19 dah bersalin (minggu ke 39 mengandung)..so ada 11 ari je lagi perlu diganti. Tunggu pas abis pantang nnt kita terus ganti pose, ye.

* Ketiga, umi berdoa semoga dapat bersalin secara normal dan Alhamdulillah dikabulkan. * Keempat dan akhir sekali, umi sangat2 berharap dapat melahirkan anak ke 4 umi ni di Hospital Putrajaya. Mengada2 kan umi, sampaikan tempat bersalin pun nak berharap bagai.hehe. Mesti la..sebabnya unik sket bab kelahiran anak2 umi ni. Dah la tarikh dan bulan lahir pun cantik, pastu tempat kelahiran anak2 semuanya berlainan.hehe. Luqman kat Kedah, Jannah kat KL, Afiq kat Selangor, Najla kat Putrajaya.. No. Mykid kat tengah tu mmg tak sama la 4 badik ni. Yg Putrajaya ni mmg tak confirm boleh dapat ke tak sebab wad bersalin sentiasa penuh. Orang2 luar Putrajaya pun ramai pakat nak bersalin kat Putrajaya. Umi pun bernasib baik je dapat bersalin kat sini (sebenarnya mmg Allah dah tetapkan, kan), nnt umi citer pengalaman bersalin pulak, ye..

Ok, umi stop entri ni sampai sini dulu. Dah panjang berjela umi menaip, kang nak citer pangalaman bersalin juling lak mata membacanya.haha. Bab pengalaman tu umi buka entri baru lah ye. Lagipun banyak gambar bb Nur Najla tersimpan tak masukkan sebelum ni kan.

2 gambar kat atas ni adalah gambar bb Nur Najla beberapa minit selepas kelahirannya di Hospital Putrajaya. Selamat datang anak umi..

Gambar2 ni lak kat wad di Pusat Bersalin Risiko Rendah

Pusat Bersalin Risiko Rendah vs Hospital Putrajaya

Assalamualaikum..

Entri ni just nak masukkan gambar 2 tempat kat tajuk di atas je.

Umi bersalin di Dewan Bersalin Hospital Putrajaya di Presint 9..tp tak snap la gambar kat situ. Spontan je kat situ kan. Wad pun penuh..pas bersalin terus dihantar ke wad di Pusat Bersalin Risiko Rendah di Presint 8. Merasa la naik ambulan bunyi we wo we wo (bunyi gitu ke?kui kuii)..

Umi nak bersalin kat sini tak boleh sebab umi ada sejarah ceasar kat Luqman dulu. Kat Presint 8 ni hanya boleh pada orang yg langsung takde risiko..boleh bersalin normal. Selesa la jugak sebab bilik sorang2 kita je duduk. Tp banyak gila nyamuk. Haiii..
Bilik umi n bb
Kat pintu bilik. Wad ni apartment ada 3 bilik. Kat luar bilik nurse berkumpul ramai la.
Saya dapat bb girl..pink!
Gambar kat bawah ni lak, kat Hospital Putrajaya. Unit Pediatrik. Kena refer doktor pakar di hospital..dari klinik kesihatan la. Sebab kuning jaundis bb girl tak hilang lagi walaupun dah masuk 18 hari. (Sekarang bb dah nak masuk usia sebulan tak bape ari lagi).

Tempat ni mengingatkan umi 3 tahun yg lepas, Afiq pun perlu ikut prosedur yg sama..kat bilik yg sama gak. Kena amek darah n air kencing utk kesan kot ada penyakit lain akibat jaundis berpanjangan. Mudah2an bb girl pun ok takde apa masalah sama cam abg Afiq. Amin.. Kitorang masih menunggu panggilan dari hospital utk dapat keputusan selepas 2 minggu.

Kena susukan bb dulu kat belakang langsir ni. Abah siap lena seround..balik dari ofis anta kitorang ke klinik n hospital lak..
Bilik Prosedur..umi kat luar dengar suara bb girl meraung kena amek darah kat tangan n air kencing. Sian die.. Sama la cam Afiq dulu.

Tahnik bb girl

Assalamualaikum..

Pertama sekali umi minta maaf sebab belum update pasal kelahiran bb girl kitorang..nama pun still tak masukkan dalam blog ni setakat ni kan. Just sebut bb girl dulu. InsyaAllah lepas abis pantang nnt, umi akan update semua pasal our new bb girl ye. Buat masa ni gambar pun sipi2 lah dulu. Tak kisah la orang nak cakap ape pun..janji umi cuba tunaikan hasrat perkenalkan bb girl kat blog lepas abis pantang nnt. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tuah bb girl dilahirkan dalam bulan Ramadhan. Kitorang sekeluarga pun bertarawih di Masjid Besi yg ada 2 imam dari luar negara..jadi syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada abah dan umi untuk melakukan tahnik bb girl oleh imam tarawih dari Mesir iaitu Imam Syeikh Dr Samy Abdul Rahman Al-Fakky. Bukan senang nak dapat peluang camni kan. Sebelum ni 3 anak2 umi semuanya ditahnikkan oleh imam masjid di kampung.

Mula2 abah ke pejabat Masjid Besi berjumpa dengan ustaz di sana, maklumkan nak buat tahnik seperti dirancangkan. Bincang juga pasal akikah..plan nak buat jamu makan pada jemaah masjid berbuka puasa tapi takde rezki, stok kambing pada bulan puasa ni takde..order penuh. Jadi, kitorang hanya boleh buat tahnik saja la. Bercukur tak mungkin imam boleh buatkan..nanti minta Atuk cukurkan cam abg kakak sebelum ni la. Atuk pakar cukur rambut bb..licin.hehe.. Bab akikah bb girl lak, InsyaAllah ujung bulan 8 ni, tepat2 umi abis pantang..Atuk Nenek akan buat kat Keramat majlis kendurinya. Tak jadi jugak la plan asal kitorang nak buat kat Masjid Besi atau Masjid Putra (akikah beramai2)..

Tepat hari ke 7 bb girl dilahirkan..Hari Khamis malam Jumaat di mana siangnya abah ke JPN mendaftarkan nama bb girl..kami skeluarga ke Masjid Besi sebelum waktu berbuka puasa lebih awal daripada biasa sebab tahnik akan dilakukan sebelum buka puasa bertempat di ruangan menunggu pejabat. Ustaz Huzaifah menjemput Imam Besar Masjid Besi iaitu Hj Hazaruddin bin Baharuddin utk turut serta dalam tahnik ni. Imam Syeikh Dr Samy ambil wuduk dulu. Utk pengetahuan, Imam Syeikh ni tak pandai berbahasa Inggeris, jadi beliau hanya berbahasa Arab. Imam Besar Masjid Besi yg tolong translatekan utk kitorang..kalo tak, mau melopong la tak faham ape.hehe. Bila mau belajar bahasa syurga ni??

Imam Besar minta Imam Syeih Dr Samy doakan agar bb girl menjadi anak yg solehah, pintar..dapat masuk ke Universiti Al Azhar sebagaimana Imam Syeikh..InsyaAllah..Amin.. Mula2 Imam Syeikh ada bacakan sesuatu, dan kemudian bb girl menguap. Masa ni die tunjuk mulut bb girl kat abah sambil cakap arab. Abah ingat suruh tutup mulut bb sebab menguap.hehe. Ropenya, die nak bgtau selepas bacakan doa tu, benda yg tak baik akan kuar dengan cara bb menguap tadi la. Gitu.

Alhamdulillah bb girl pun baik, langsung tak nangis ke apa. Senyap je dari mula sampai abis tahnik. Abah ada berikan sumbangan sket pada Imam Syeikh atas kesudian beliau tahnikkan bb girl kitorang. Rezki kitorang dapat buat benda yg tak semua orang dapat peluang buat kan. Alhamdulillah.

Ni ada beberapa gambar kenangan masa tahnik tu. Moga tahun depan diberi peluang untuk bertarawih dengan Imam Syeikh lagi. InsyaAllah..

Kurma dan air zam zam
Abah dan Imam Syeikh Dr Samy
Alhamdulillah Imam dari Mesir dah tahnikkan bb girl
Majlis berbuka puasa. Umi tunggu sekejap je..sampai abis solat Maghrib..pastu abah balik anta kitorang la. Then abah datang semula solat Tarawih
Kakak bb yg sayang sgt kat adik bb die..
Edit : Gambar2 bb girl ni umi masukkan pas abis pantang.

Afiq di kampung

Assalamualaikum..

Afiq ni sampai sekarang walaupun dah ada adik bb, masih tak mesra dengan orang lagi. Walaupun ada je kawan nak main or berkawan ngan die, die tetap tak nak join. Tah bila la die nak belajar bergaul ngan kawan2 tak tau la umi. Dengan sepupu KL die, Al Fateh yg muda 2 tahun dari die pun die takut, ok.hehe.

Ni citer masa kat kampung aritu. Masa on the way balik Kulim pun umi dah sembang2 ngan die, nnt kat kampung ada kawan ramai, Afiq kawan tau. Jangan la dok ikut umi abah je. Afiq dah besar, dah ada adik bb pun ha. Afiq jawab "Afiq nak kawan ngan bb je". Ish, mana boleh..bb kan kecik lagi. Tak boleh jalan, tak boleh cakap pun lagi.

Pastu Afiq cakap "Afiq nak kawan ngan Damia je". Damia ni adalah anak kepad Achik Azah yg dok kat Selayang tu. Ok, tak kisah la..janji Afiq ada kawan la. Tp...sampai je kat kampung, kawan dah ramai termasuk Damia, langsung Afiq tak nak join main ke hapa. Sian..Darwisy nak kawan ngan Afiq pun, Afiq tak nak. Dah la cucu Tok Tokwan kebanyakan pompuan. Yg laki ada 5 orang je pun (tak termasuk sorang yg dah meninggal..cucu semua 19 orang). Afiq melekat sama ada ngan abah atau umi je la. Tido malam umi suruh ngan abah, sebab umi nak jaga bb girl.

Sampai ke sudah Afiq takmo berkawan..kecuali ada satu malam yg semua ahli keluarga lengkap berkumpul..ada makan2 kat luar umah, budak2 siap main bunga api, mercun. Si Damia memang pantang dengar bunyi mercun..penakut orangnya. Terperap la die dalam umah. Umi, bb n Afiq pun dalam umah la..tak dibenarkan kuar umah malam2, ok.

Masa ni la nak tengok Afiq berkawan. Wajib la umi snap gambar.haha. Afiq seronok main berkawan berlari gelak ketawa ngan Damia. Comei sangat. Sian Afiq..nak berkawan tapi tak pandai bergaul. Abg Luqman n Kakak Jannah die kalo dah ada kawan mmg tak ingat kat Adik Afiq depa dah la. Afiq pun tak nak join abg kakak main.

Jom tgk aksi Afiq main ngan Damia. Masa berlari tak dapek ler snap..goyang kamera phone cikai umi.hehe.

Main ampai bulat umi pun jadik la.hehe..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform