Muhammad Hadif / Muhammad Hasif bin Muhammad Razif

Assalamualaikum..

Perihal kelahiran pada buku merah umi.
Rasa terharu sangat sebab pertama kali dlm hidup..lepas bersalin tersusun elok 2 baby cot kat sebelah katil umi. Bersyukur sgt Allah beri peluang kepada umi utk memiliki sepasang kembar..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..nama yg diberikan oleh Allah swt. kepada si kembar umi abah setelah sekian lama berpikir2 nak bagi nama apa..akhirnya Allah ilhamkan dan kami sepakat menamakan mereka berdua Muhammad Hadif dan juga Muhammad Hasif..bin Muhammad Razif. Sepadan sekali dengan nama abah ye..dah daftar baru umi perasan.hehe..

Memang banyak senarai nama kami berdua carikan sejak baby2 twin dalam perut umi lagi, tapi langsung tak dapat ilham. Akhirnya dah masuk hari ke 8 dan 9 baru kitorang rancak carikan nama semula (sebelum tu bz dengan urusan jaundis pergi ke klinik, ke hospital..tak berapa rajin nak setelkan register nama.huhu).

Sebelum umi ceritakan pengalaman melahirkan pasangan kembar ni, mari kita bagitau maksud nama mereka berdua dulu ye. Nama abang Muhammad Hadif bermaksud Terpuji dan Yg mempunyai matlamat..adik pula Muhammad Hasif bermaksud Terpuji dan Yg kemas dan rapi. Semoga anak2 umi menjadi seperti maksud nama mereka. Aaminnn...

Pengalaman melahirkan si kembar seiras umi abah ni..Alhamdulillah selamat melahirkan bayi kembar pada Jumaat, 23 September 2016 pada pukul 10.12 pg dan 10.13 pg. Berat bayi pertama 2.47 kg, bayi kedua pulak 2.55 kg. Jom imbas kembali peristiwa minggu lalu.

Pagi Jumaat 23 September 2016, awal2 nurse doctor suruh mandi siap2 bersedia utk ditolak ke dewan bedah bila2 masa saja..siap pakai baju biru utk operate. Tak pasti pukul berapa nak operate..tanya semua doc, cuma cakap bergantung kalo takde emergency kes..jadi sampai petang pun boleh jadi..tp confirm siang hari Jumaat ni la. Maknanya kalo petang pun, terpaksa la berlapar..sebab sedang berpuasa dari makan minum sejak pukul 12 tgh malam td.

Tgh dok rileks2 atas katil dlm pukul 9 lebih camtu, tup2 nurse datang suruh ready, nak psg tiub kencing, nak tolak ke dewan bedah. Haihhh..cepat pulak..ingat lambat lagi. Tanya nurse nak g kencing dulu diorang cakap tak yah, nnt automatik kencing dlm tiub tu..aduhaii..terus rasa tak best sbb masa tu rasa nak terkucil.hihi..

Terus capai phone wasap abah suruh tunggu kat depan dewan bedah. Abah memang awal2 dah datang hospital. Sampai depan dewan bedah jumpa abah..ikut masuk sekali nak amek phone dan spek umi. Abah nnt tunggu kat ruang menunggu sebelah dewan bedah..apa2 nnt nurse cari kat situ je..utk azankan baby dsb.

Salam minta maaf segala ngan abah. Abah pesan suruh positif..InsyaAllah takda apa, semuanya baik2 saja. Aaminn... Pas abah keluar, umi dok terbaring tunggu kat 1 ruang tu..doc mai minta sign borang la hape. Tak lama pastu terus diorang tolak masuk bilik bedah. Ada beberapa orang doc juga la dlm tu. Doc laki 2 orang tak silap, lain semua pompuan.

Tak macam operate bersalinkan Luqman dulu, umi rasa sejuk gigil sungguh..kali ni lama jugak baru rasa sejuk tu. Masa dibius separuh badan tu takde pulak umi rasa sakit sgt..Alhamdulillah dipermudahkan tak perlu bius berkali2..doc tanya rasa kebas kaki tak..cuba angkat kaki..memang tak leh angkat, kebas tak rasa apa.

Pastu rasa diorang dok tolak2 perut umi, tak rasa sakit apa langsung la. Walaupun ada kain diorang tutup tak nak bg umi tgk kat lampu bedah tp rasanya boleh nampak jugak tp tak hingin umi nak tgk.hehe. Umi pandang kiri kanan je la sambil berzikir. Tak lama pastu dgr suara baby nangis. Alala...comei doc cakap..ok pastu sorang lagi suara baby nangis. Alhamdulillah 2 baby kembar umi dah selamat dilahirkan ke dunia.

Masa tu tiba2 umi rasa gatallll sgt kat muka. Haihh..apa kena pulak ni.hehe. Dulu masa Luqman takde pulak rasa gatal..rasa sejuk gigil tak ingat ye la. Tangan dah la kena depang lurus kiri kanan kan..ah, tak kira..tak tahan dah gatal. Angkat tgn kiri terus garu ke muka la.haha. Sorang doc tanya, kenapa gatal ke?. Dia kata tu salah 1 kesan bius tp tak semua la kena..oooo..gitu rupanya. Ok, sambung menggaru.hihi.

Tak lama pastu sorg doc or nurse pompuan dtg bawa baby 2nd dulu..bgtau ni si adik, ada tanda kat tgn. Tunjuk bird, bg cium pastu dia letak mulut baby kat nenen umi nak bg rangsangan isap tu..pandai baby. Pastu bawa baby 1st pulak buat benda sama cam tadi. Alhamdulillah 2 baby kembar yg umi kandungkan selama 9 bulan tu dah selamat lahir ke dunia.

Alhamdulillah dah selesai proses pembedahan caesarian bersalin umi pada pagi Jumaat tu. Pastu umi ditolak kat tempat kuarantin cam sebelum operate td rasanya. Masa tu pening kepala tak ingat..umi nak pejam mata je rasa. Pastu terus termuntah berkali2. Doc ke nurse kat situ sibuk dok tahan bg umi muntah dlm bekas. Lama juga rasa pening muntah tu. Masa Luqman dulu umi cuma pening sampai tak keluar suara..kali ni sampai muntah2.

Abah dah azankan baby kat dewan bedah lagi, nurse panggil abah masa tu. Abah mmg hepi sgt umi dah selamat melahirkan baby kembar yg dia nanti2kan sepanjang mengandung tu lg. Umi masuk ke wad mmg berehat tido je la. Baby2 bawah jagaan nurse dulu kot. Abah temankan umi waktu siang. Bila malam, Maklong Azma take over temankan umi dan baby2.

Malam pertama umi dah bangun turun dari katil dan berjalan..lepas cabut buang tiub kencing. Abah ngan Maknjang Azma yg dok ajar umi berjalan..tu pun lepas dah hilang sakit pening tu. Beza dgn masa kat Luqman dulu, umi terbaring je tak turun katil..tu yg baby meraung pun tak dpt nak amek.huhu. Kali ni umi dah prepare segala ilmu yg ada pasal operate caesarian dari pregnant lagi. Nak cepat baik, cepat2 la berjalan supaya darah tak beku. Memang kali ni umi asyik bergerak je la..dah Allah anugerahkan si kembar kan..jaga sorang pun jenuh, apa lagi jaga 2 orang.hehe. Syukur Alhamdulillah Allah bagi peluang umi abah dapat baby kembar.

Mm..nak ke toilet tp seriau lagi..tak nak kuar hajat pulok.hihi. Nurse cakap kalo tak kencing gak, sok pakai tiub balik..haihh..jangan lerr.. Alhamdulillah esok paginya dah lepas hajat..yg kecil. Yg besar tu tunggu la hari apa tak tau..lagi la seriau.haha (hari ke 4 baru dapat).

Esoknya, hari ke 2, doc cakap baby macam dah kuning, jaundice..so diorang suruh dok bawah lampu. Aduh..letih jugak la umi abah..susu tak de lagi..baby keje nak nyusu kan. Umi sampai sakit montot..sakit pinggang, tak dpt nak baring rest langsung.huhu..dah la baru operate semalam. Atok nenek ngan Maklong Shikin datang jenguk..abah jaga bebudak kat bawah sbb tak boleh naik kecuali Luqman. Rindu umi ngan Najla.

Malam, Maknjang Azma dtg..minta abah belikan susu formula sbb susu tak keluar lagi sbb tu baby lapar..tak leh nak tido lena..sbb tu letih sgt umi sepanjang siang. Nurse bukan amek baby bagi minum pun walaupun tau umi tak kuar susu lagi.huhu. Baru umi tau, kena sorok2 bagi susu bg baby kenyang. Kat hospital pun diorang bagi susu formula jugak. Member Maknjang Azma yg keje nurse kat hospital sendiri bgtau..dan minta belikan susu topup selain menyusukan bg rangsang susu keluar.

Alhamdulillah malam tu umi syukur sgt2 dapat rehat tido lena sebab Maknjang Azma yg berjaga layan baby dok bawah lampu tu..sambil bg susu. Tak tau la kalo umi tak dpt rest lgsg..badan memang letih..sakit tak terkata dah la. Kalo normal takpe..memang dah kuat..ini, kita operate dgn dua baby pulak tu.huhu.

Esoknya, Alhamdulillah tengahari umi dan baby2 dah boleh balik ke rumah. Tok Cik Pah dan Tokcik Zakaria datang, diorang tolong angkat barang, pegang baby sekali la masa discharge. Tok Tokwan pun on the way naik train ke umah kitorang..Paknjang Najib jemput nanti. Maklong Lina gerak lambat sikit, sampai Putrajaya time Maghrib.

Atok Nenek pun datang jugak anta ank2 umi yg lain. Baru la Jannah, Afiq, Najla dapat jumpa baby2 baru diorang. Najla masa mula2 agak sedih cam jauh dari umi..sian kakak Najla. Ada gak dia nangis sedih..hehe. Takpe, pastu umi peluk dia..walaupun dah ada adik, umi sayang jugak kakak Najla.hehe. Comei sgt..dia sayang betul adik2 baby dia. Itulah dia pengalaman melahirkan anak kembar umi abah..anak ke 5 dan 6 kami. InsyaAllah bongsu ye..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform