Kesian Hadif..gatal2 Ekzema

Assalamualaikum..

Mula2 merah camni..umi dah pelik kenapa tiba2 kulit merah ni??
Buka baju nak mandikan. Kesian..menggeletik gatal..nak garu bukan pandai lagi..tp tgn dok garu kepala, kaki garu kaki sebelah lagi.
Kenangan video masa gatal2 sebelum mandi

Lepas mandi, sapu Aques krim lagi teruk naik merah dan bintik2. Kesian sangat2 tgk dia. Umi mandikan sekali lagi dgn air panas..buang Aques td tu semula. Alhamdulillah tak lama kepas dah tu dah ok..tak gatal dan hilang merah dan bintik tu.
Kenangan video selepas mandi..


Umi dah cite belum tah pasal beza kulit 2 badik kembar ni. Selepas dilahirkan kulit diorang berdua sama je..mengelupas, orang kata bersalin kulit dlm perut..kulit lembut gebu baby.

Tp sebulan kebelakangan ni boleh beza kulit 2 badik ni. Si adik Hasif ok kulit cantik lembut takde masalah..tapiii..si abg Hadif ada masalah kulit. Umi pasan kulit dia selalu merah kat celah pelipat kalo peluh, cam kat atas siku, leher..pastu ada bintik2 merah pulak. Kulit kepala pun berkeruping tak macam adik. Kulit dia jadi kasar jugak..pastu kat perut ada macam panau tp bukan..

Kat kampung aritu ada dok sapu krim kulit Tokwan jugak, Tok kata pakar kulit bg semua guna termasuk baby. Balik sini dok sapu krim kulit dapat dari Hospital Putrajaya dulu, pakar cakap kulit kering diorang ni.

Weekend lepas, Hari Krismas..Nenek ajak pegi jumpa Dr Khadzali, doktor kanak2..suruh tgk kulit Hadif la. Doc cakap baby ada Ekzema ni. Macam Afiq dulu la, cuma Afiq kat kaki je kan..Hadif ni sampai ke badan pulak. Doc suruh cari sabun mandi, sabuj basuh, susu..ganti yg lain..habuk2 jauhkan dan sebagainya.

Pagi semalam umi try guna sabun Cetaphyl masa abg Afiq punya lebih 2 tahun lepas..masa tu kaki Afiq teruk lagi..sebelum Afiq masuk sekolah 4 tahun lg. Ok cam biasa takda apa masalah.

Tup2 petang tu tiba2 Hadif tergaru2..gatal betul ni. Merah dah muka dan badan. Umi pun mandikan, amek sapu krim Aques Afiq 2 tahun lepas punya jugak sebab aritu doc tak bg langsung krim kulit. Sapu seluruh badan..lagi merah badan dia..siap naik bintik2 putih kat badan. Kulit merah cam udang kena bakar. Kesian sgt tgk dia kegatalan..sedih rasa..sebab dia baby kecik lg kan.

Terus call abah suruh balik keje cepat..nak bawa Hadif pegi klinik la. Dapat ubat sapu baru pun ok..agaknya tak sesuai yg lama walaupun belum expired.

Lepas Maghrib dah siap semua kitorang ke KK Prsnt 9..yg memang buka sampai malam..tak tunggu lama sgt pun walaupun agak ramai orang. Doc di situ refer ke pakar kulit di Pusat Bersalin Risiko Rendah..lega dapat kat situ, buka kat hospital sebab hospital ramai 1 hal, pastu parking kemain susah. Lepas ni kita refer pakar kulit je la..lagi bagus kan.

Ya Allah..sembuhkanlah sakit kulit Hadif ni..Aminn... Sian sgt tgk dia dok tergaru2.

Kulit dia merah kat celah pelipat siku tu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform