Balik kampung..

Assalamualaikum..

Kitorang sekeluarga balik ke kampung di Kulim pada hari Jumaat 2 Disember 2016, tepat pada hari anniversary umi abah 11 tahun. Malam sebelum tu 1 Disember baru berlangsung majlis akikah twin Hadif Hasif.

Abah ajak terus balik sebab kata abah, minggu depannya seminggu direct dia berkursus, tak boleh nak ambil cuti. So kitorang pun ok la. Hari Khamis petang, Atok Nenek anta anak2 dari Keramat, diorang lepak sana dari hari Ahad lepas..malam time Maghrib terus kitorang reramai ke Masjid Besi utk majlis akikah si kembar.

Esoknya pek baju pung pang pung pang, akhirnya pukul 4 ptg barulah kitorang boleh bertolak. Tak singgah utk makan pun, cuma benti pegi toilet dan surau saja..kitorang sampai umah kampung dah pukul 10 lebih camtu tak silap.

Hari Sabtu esoknya, bagi Luqman Jannah dan 2 sepupu diorang..Alisa dan Aliya join kem motivasi di Masjid Keladi. Kat kampung umi tak dpt jalan mana pun..dah abah takde, tempat bergantung takde la jawabnya.

Kitorang dok sana cukup-cukup 2 minggu la. Macam2 peel bebudak tah la..jenuh umi. Cukup la 2 minggu tu. Yg join blk kmpg gak..kira berkumpul reramai kt kmpg tu, family Pakngah Nizam, Achik dan anak2, Alang Ti n anak2, Maklong Lina dan anak2..pastu Pakndak Man n Makndak Tikah. Yg takde cuma family Paknjang Najib ngan Maksu Yayah je la.

Tunggu InsyaAllah awal bulan 2 ni pulak..pakat berkumpul reramai..sepupu umi @ anak Toknjang sebelah umah Tokwan nak kawen.

Mula2 duduk 3 sekawan ni kat buai..tak bercakap pun masing2. Tp Aisha cakap sorang2 la..cam bercerita kat umi yg tgh dukung baby. Monyok je muka Najla..umi suruh senyum..pastuuu..

Ok, dah senyumm..br comei.hihi. Rania n Aisha ni sebaya, 3 thn. Najla 2 thn.
Kakak pulak mai join lepak buai.. 2 badik gigirl umi ni.
Aisha anak Maklong Aida @ Siah, sepupu umi. Aisha ni besday dia sama ngan umi 3 Mei..ramah budaknya, tak takut ngan orang pun.
Tgk tu sepupu2 main apa dari belakang umah Aisha tu. Afiq nak dtg ke buai la ni.
Tu sepupu sepapat kalo dpt berkumpul. Abg Danish tinggi besar dah ha..Tingkatan 1.
Twin Hadif Hasif dapat jumpa dgn sepupu diorang, Ain Safiya. Beza seminggu je umur diorang ni..16hb dan 23hb Sept. Ain dah tercabut sebelah stokin. Adik ke abg..dah lupa.haha..gagah perkasa angkat tgn 2 belah tu..hihi.
Alaa..cian, nangis dah lapar la ni ye. Achik snap gambar ni nak tunjuk kat Maksu Yayah baju ni Maksu yg belikan utk twin.
Achik baru sampai kampung malam td..pagi2 dah kerinduan nak gomoi baby. P kaco baby nak tido. Omeinyaaa...
Reramai ni pakat ikut Achik g pasar malam naik 1 kete..padat cam sardin.
Pantang amek gambar..pakat berebut nak join. Muka Hadif tak nampak.
Sesi perbualan antara Hadif dan Ain. Tah apa yg depa sembang tak tau la. Sampai muncung mulut bercakap.hihi. Hadif cakap, Ain jgn la nangis2 sgt, cian ibu awak letih.. Ain jawab, saya pun tak mau nangis camni tp tak tau kenapa asyik nangis je..saya lagiii letih tau..huhu. Hasif pulak cakap dlm hati..lantak hangpa la, aku nak minum susu..ngantuk, lapaq.
Senget pun senget la ye..tak tau nak tuko camna lagi. Pakndak Man yg snap gambar twinny masuk FB..comei katanya. Umi dah rotate pun tetap terbalik. Biar la..janji nampak si comei twinny kan.. Kalo ikut gambar tak terbalik, Hadif kiri, Hasif kanan.
Saya Hadif
Saya Hasif

Kat bawah antara kenangan kat kampung aritu. Videokan bukti Najla main. Dia masih tak berani nak bersosial ngan sepupu sepapat. Jadi, bila dia main tu wajib la snap buat kenangan.hehe.



Najla hepi main ngan Damia. Masa ni sepupu sepapat dah tak ramai..tu yg berani dan suka sgt.


Kenangan baby Ain melalak sakan..huhu. Jenuh laa.. Tok kena jaga dia aritu..mmg tak boleh buat kuih dan pegi kenduri la. Tak tau sampai bila agaknya peel menangis kuat ni akan berakhir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform