Akikah Tahnik Marhaban (ATM), Masjid Besi

Assalamualaikum..

Pada 1 Disember sehari sebelum anniversary umi abah, telah berlangsung akikah utk anak2 kembar umi abah, Hadif dan Hasif. Kami laksanakan akikah dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan atau Masjid Besi.

Kami amek 4 ekor kambing utk kedua2 badik kembar ni. Alhamdulillah rezki diorang..abah bayar 2 ekor kambing, pastu Atok sponsor lagi 2 ekor kambing di mana harga seekor kambing ialah RM1000k. Bagi 1 bahagian lembu pulak berharga RM700.

Ramai jugak la peserta yg join akikah utk anak masing2..tak silap umi ada 16 penyertaan la.

Sebab tu kitorang tak join majlis akikah baby Pakcik Latiff dan Makcik Anne, si Adam kat umah Atok aritu sebab nak buat akikah dengan Masjid Besi la. Ahamdulillah..terima kasih pada Atok sudi sponsor lagi 2 ekor kambing. Mudah2an murah rezeki Atok di masa akan datang. Amin.. Atok Nenek ada datang join majlis ni jugak la..hantar anak2 umi sekali, yg lepak umah Atok 3, 4 hari awal cuti sekolah.

Baby2 twin Alhamdulillah sgt behave..baik sgt mlm tu. Langsung tak menangis. Ada 2 baby girl rasanya menangis tak nak duduk..sian la, terpaksa jalan2 bg tenang dulu. Alhamdulillah majlis berlangsung sebaik2nya.

Poster Aktiviti Akikah, Tahnik, Marhaban (ATM) Masjid Besi sesi Disember 2016
Alhamdulillah lembu dan kambing selamat disembelih dan diakikahkan..
Sijil penyertaan si Kembar
Pentas majlis akikah
Alhamdulillah baby kedua2nya tak buat hal. Sorang lena dalam car seat.
Sorang lagi lena meniarap kat karpet.
Abg dan kakak2..
Diorang baik malam ni..tak nangis.
Amboii..garangnya kakak diaaa..
Kami di sini..meraikan majlis akikak si kembar Hadif Hasif. Umi sorang je mak yg pakai telekung ni..lain2 semua bergaya pakai tudung cantik2.hehe.
Acara tahnik baby2..
Hadif minum air zam zam..
Hasif pulak minum air zam zam..
Hadif makan madu..
Hasif pun makan madu..
Marhaban selawat Nabi. Atok pegang sorang twin la..segan pulak umi nak dukung dekat ustaz2 imam.
Tu diaaa... Letih sgt kakak Najla sampai terlentok lena atas car seat baby.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform