Kem Motivasi Masjid Kg Keladi

Assalamualaikum..

Hari Sabtu sehari lepas sampai kampung, kitorang hantar Luqman Jannah dgn sepupu diorang Alisa dan Aliya ke kem motivasi sehari di Masjid Ar Rahman..masjid Kg. Keladi.

Umi yg hubungi orang masjid walaupun dok kat Putrajaya sebab umi friend dgn fb masjid ni. Sedangkan Tok Tokwan dan lain2 yg dok kat Keladi sendiri tak tahu menahu tentang kem ni.hahaha.. Dah umi jauh, so minta Tok Tokwan yg bayar dan hantar borang.

Ok la..bagus antar budak2 sekolah kem2 camni daripada dok umah lepak main saja kan. Yuran pun sgt lah murah, cuma RM20 sahaja. Itu pun pelajar yg belajar Kafa di masjid tu dpt diskaun RM10. Niat diorang nak bagi ilmu pada anak2 kecik ni je. Alhamdulillah.

Hari kejadian abah je yg hantar, jenguk diorang. Umi ni sejak ada 2 baby twin ni agak terkawal sket la nak berjalan..kena tunggu diorang besar, dah boleh jalan..InsyaAllah panjang langkah umi sket kan.hihihi..

Kem tamat lepas Maghrib. Abah jugak yg tunggu diorang. Abah cakap ada sesi bersama ibubapa..menangis2 budak2 pakat cari parent masing2.. Luqman Jannah nangis jugak..p peluk abah depa. Abah cakap kalo sesi camni sepatutnya ada umi baru betul..haha. Waris Alisa Aliya je takde..takde sape nak datang.

InsyaAllah..budak2 berdua ni akan join 1 lg kem motivasi dekat dgn Putrajaya pulak nanti. Mula2 kitorang nak hantar Luqman je ke kem Ustaz Ebit Liew tp tak jadi la..tunggu Luqman besar sket..dah boleh fikir banyak. Sekarang cam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je.huhu.. Bukan apa..sebab mahal sgt yuran dia..tunggu dia besar la kan..

Poster kem ni umi tgk kat fb masjid.
Poster gantung kat pintu masuk masjid. Walaupun Tokwan dok pegi masjid tiap ari tp tak terbaca sebab dah takda anak2 kecik kan.hihi. Tok pulak..baru nak baca Subuh hari tu, tup2 ada orang terus tutup lampu..tak dapat nak baca.hahaha..
Budak2 baru sampai. Ramai jugak la peserta. Lebih 100 orang.
Makan tengahari..pelajar lelaki.
Pelajar perempuan
Anak dara sape la duduk elok sgt sebelah ustazah tu.. Jannah dgb group dia. Kecik comei je budak bertuah ni..hihi
Luqman dengan groupnya. Umi saja tak bg pakai baju melayu walaupun bawa je utk solat Jumaat.
Group Alisa..dia yg pandang sini..tudung hijau.
Group Aliya..tp dia pandang sana pulak..baju biru tdung hitam
Makan petang. 3 sepupu perempuan. Cucu Tok Tokwan ramai perempuan kan..untung la Jannah.
Luqman terpaksa cari kawan baru orang Kedah..hihi.
Nak ziarah kubur sebelah masjid. Kalo lepas solat sunat raya meriah pakat ziarah kubur.
Aktiviti dalam masjid.
Anak2 pakat cari ibu bapa..nak salam minta maaf. Tp takde pulak depa snap abah dan anak2. Umi mmg tak datang la kan..Maghrib pulak tu. Abah jenguk diorang setiap waktu solat la..

Afiq potong rambut kat kedai kecik masjid tu. Ada jugak kedai jahitan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform