Lepak dengan kawan lama umi, Cik Nal Najaha.

Assalamualaikum..

Tak tersusun gambar..ni Afiq dah salin baju mandi dia. Umi tgh salin baju setelkan Najla sekali kat toilet.
Tisya dah letih..berehat sekejap.hehe..
Panas enjin Najla..umi belum berendam lagi. Nak rendam dia dlm air.
Mula2 Afiq pakai baju tido je. Dah last dia nak tuko baju mandi..kot best sket mandi kot.hehe. Konon..camni la Afiq tak nak kawan ngan Zikry, dok diam je camtu.
Zoom sket..ha cctv atas kepala je. Tgk gambar baru pasan. Dok berendam tu langsung tak sedar..haha.
Umi ngan cik Nal..lama sekali baru jumpa.
Sapa yg nak join bergambar ngan umi n mama. Luqman tukang snap gambar. Tisya dok makan nasi lemak, dah puas mandi baru terasa lapar kan..hehe. Cik Nal bawa bekal jajan macam kedai runcit, apa lagi suka la bebudak ni. Bila pulak turn kitorang nak bercuti kat hotel ni..

Ni pulak cerita Hari Khamis lepas cuti raya cina tu..Luqman Jannah sekolah petang..pagi bercuti la. Afiq tadika Kemas cuti seminggu..sibuk dok tanya bila nak pegi sekolah..asyik cuti je. Rajin sgt ye Afiq g sekolah..padahal dok diam je kat sekolah, kan...hehe..

ok, siapa Cik Nal Najaha ni (lepas ni sebut Cik Nal)?? Kawan lama umi masa keje kat Kementerian Sumber Manusia..umi sempat keje situ pun sekejap je..2, 3 bulan kot tp ni lah satu2nya kawan yg umi masih berhubung sampai sekarang. Alhamdulillah.

Macam kawan baik umi cik Leen jugak, cik Nal ni pun surirumah..tak berkerja..dok berhubung kat wasap je sebab dia dok nun di Jitra, Kedah. Last kitorang berjumpa tahun 2012 kot..Afiq kecik lg masa tu..lama dah pun.

Cik Nal sekeluarga datang Putrajaya sebab ikut suami meeting kat Putrajaya..cam kitorang la jugak, nak ikut abah meeting atau kursus kat mana2 tp belum berpeluang join lagi setakat ni walaupun dah kerap abah outstation.

Umi ngan Cik Nal plan nak berkumpul sama2 la. Mula2 ingat nak lepak Alamanda..tp last cik Nal cakap, bg budak mandi kolam je la. Wahhh..hepi la depa ni dengar nak mandi kolam lagi. Budak mana yg tak suka mandi kolam, tak suka tido hotel..habaq mai sat???hahaha.

Semangat ni dok tunggu bila la Hari Khamis nak menjelma walaupun tak kenal pun anak Cik Nal tu..dulu penah jumpa dan berkawan masa kecik lagi, kan. Kena jumpa pagi la sebab petang kang Luqman Jannah nak g Kafa pulak.

Pagi tu umi bawa Najla g Klinik Kesihatan Presint 14 sebab nak amek ubat demam (balik dari ziarah org meninggal, malam tu demam pulak.huhu. Maybe jangkit dari Luqman sama). Esoknya pagi sebelum Subuh abah nak outstation, so better g masa abah lum pegi kan. Abah g keje, umipun jemput Cik Nal dan anak2 kat lobi Everly Hotel bawa g breakfast kat Medan Selera Presint 16 dulu. Bebudak tak lalu nak makan langsung, apa pun takmo..tak sabar nak terjun kolam kott..hehe. Belum panas enjin lagi, kawan2 baru pun lum ditegur..bawa diri masing2 dulu.

Anak Cik Nal, Tisya sebaya Jannah..tp badan kemain besar..gedabak lagi dari Luqman.wakakak..Luqman punya berat pun belum cecah 30kg, Tisya dah 39kg..haha. Jannah apatah lagi..20kg pun lum jejak..hihi. Sorang lagi Zikry sebaya Afiq. Dah besar pun, dulu last jumpa baby2 lagi.

Balik Everly Hotel kemain jauh umi park kete..kat luar nun, tak mo bayar parking takut mahai..sekali masuk dlm tgk dlm RM5 je..hampeh. Buat penat kemain jauh parking..jalan kaki redah semak..aduyaiii.. Balik nnt call abah suruh mai jemput kitorang la, antar ke kete. Tak sanggup nak usung anak2 lalu kat semak tu..huhu.

Masuk kolam..mandiiiiii. Yeahhh. Umi berendam sekali la, nak bg Najla berendam buang abis demam2 panas tu. Dia pun hepi dpt berendam ngan umi. Cik Nal tak bawa baju, jadi penonton dah jadi kameraman..tima kasih gambar2 ni hasil tangkapan dia la..hehe. Bebudak dah hepi..berkawan lah sudah. Tu la caranya nak satukan bebudak kan..bg mandi kolam, bg jalan sama2. Tp Afiq still pemalu..tak nak kawan ngan Zikry.

Dah abis mandi, kena cepat sebab nak ekjarkan Kafa Luqman Jannah. Setelkan adik najla kat toilet, tercirit pulak dia..huhu. Sian Najla..mujur tak terberak dlm kolam mandi ye.hehe..

Sebelum balik, naik ke bilik cik Nal dulu sebab cik Nal nak amek ukuran badan dan baju umi..nak minta tolong dia jahitkan baju sket. Ada 2, 3 kenduri besar menunggu tahun ni, kena ada baju baru.hehe. Cik Nal join kursus menjahit Giat Mara selama 6 bulan..terror la jahit baju, shawl, tah apa lagi. Kat Kedah pun best..banyak peluang kelas jahitan free je. Kat sini susah la nak jumpa.

Bila lagi nak jumpa cik Nal pasni tak tau la. Baju2 pun minta dia poskan je nnt. Tp katanya kenduri umah Tok Tokwan, Pakndak nak kawen nanti dia nak datang..bagus la. Boleh jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform