Assalamualaikum..
Hari Isnin lepas, cuti Hari Wilayah Persekutuan..abah puasa sunat. Luqman Jannah sekolah kebangsaan cuti la kan, tp sekolah agama kena sekolah, dah depa sekolah kat negeri Selangor, kena la sekolah.hehe. Afiq tadika Kemas Selangor tp dia ponteng ari tu.
Balik sekolah Kafa petang tu, abah ajak semua bersiap ke Bangi sebab abah nak berbuka puasa kat sana, dan nak pantau progress ofis biz abah yg sebenarnya. So, alangw ke ofis Bangi, abah nak belanja makan buka pose die Bangi la. Yg tak bestnya, kitorang ni dah bape kali ke Bangi, dekat PKNS tu, tp spek mata baru umi dan Jannah tak siap2 lagi. Bosan je. Jannah buat spek 23hb Jan, umi lak 26hb..sampai sekarang 1hb Feb tak siap2. Lama nau!
Kat Teras Jernang Bangi tak plan pun nak makan kat mana. Abah nampak tempat tu tak ramai sgt so maybe makanan cepat sampai la kan..buka pose pastu nak cepat2 solat Maghrib kat masjid terdekat. Sekali...tunggu punya tunggu lama tul nak sampai makanan. Tak ramai pun orang yg makan masa tu. Kitorang pakat duduk kat tempat makan bersila, cam gazebo tu..bersila, seronok sket bebudak. Sebelah gazebo ada kolam lak, tu bebudak tak leh dok diam nak g tgk air ngan ikan.
Makanan sampai.. Alhamdulillah, dah lama tak makan makanan camni. Ingat nak suruh abah beli lauk biasa je..tak yah la mahal2. Sekali dia order siakap bakar. Takpe, sesekali nak belanja kitorang makan, abah kata..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.