Dugaan..

Assalamualaikum..

Malam ni lepas Maghrib abah ajak ke Bangi lagi..tah bape kali kitorang ke Bangi tak tau la. Td tengah hari pun ke sana sebab g PKNS amek spek mata dah siap. Malam ni abah nak meeting sket ngan biz partner dia..so ajak kitorang makan sekali la.

Nak makan sama tengah hari td tak sempat, abah solat Jumaat ngan Luqman..umi lak bawa balik setelkan Jannah nak g sekolah dan antar dia.

Nak jadi cite, malam ni viva umi pancit pulak. Tayar tertusuk paku, tah bila kena pun tak tau. Isnin lepas masa abah ajak buka posa kat Bangi tu pun viva problem gak..bateri kong. Kena kat Masjid Ijau Al Hasanah..dah sunyi kawasan masjid, kitorang still tertunggu orang insuran mai cas kete..panggil apa umi lupa..sori.hehe..

Malam ni pas makan abah pasan tayar pancit. Try isi angin tak masuk, last abah benti kat Shell tuko tayar spare. Esok kedai tayar buka lagi ke tak ni? Orang cina pakat nak beraya dah ni.. Weyh, duit kuar cair je pasal kete ye. Exora g repair benda yg sama, enjin econ bunyi kuat tak setel gak walaupun dah 3x buat dan kuar duit, minyak pun leaking.

Pstu viva pulak dah tuko bateri baru..viva baru pakai setahun setengah kottt..sekejapnya bateri dah weak. Ni tayar lak pancit. Haii..dugaan2. Apa2 pun redha je la. Ada la hikmah sebalik semua ni kan.

Luqman demam arini..sejak semalam lagi sebenarnya. Pagi pegi skolah, petang tak larat n pening terpaksa ponteng la. Dia tgh lena tak sedar tayar pancit. Mujur dia lena, sbb kalo jaga dok wat perangai. Sakit perut dan nak muntah..angin la tu, perut kosong..makan sket je.
3 badik hepi dok tgk abah tuko tayar
Chaiyok abah. Abah dok suruh umi belajar..tak rajin lerr umi..hihi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform