Assalamualaikum..
Alhamdulillah, tengah hari td lepas jemput bebudak balik sekolah, umi terus bawa diorang ke PKNS Bangi nak pegi amek spek mata Jannah dan umi yg order dari bulan lepas lagi tu. Semalam tuan kedai call bagitau, spek Jannah dah siap selepas ada problem sket aritu.
Sebenarnya, spek umi dah lama siap walaupun Jannah yg buat dulu. Tuan kedai cakap spek Jannah kena order dalam 5 hari la..sebab silau dia tinggi sangat melebihi 200, tu yg kena order. Tunggu punya tunggu dah lebih 7 hari, tak siap2 gak spek Jannah. 1 hari tu tokey tu call bgtau sebenarnya spek Jannah tak dibuat langsung pun oleh supplier Cina tu. Diorang amek order tp lupa masuk dalam sistem. Jadi, memang langsung tak buat la. Dia bg jaminan InsyaAllah akan siap pada Sabtu sebelum Raya Cina. Ok, takpe la. Umi takde nak marah pun..boleh je tunggu. Pastu, syukur hari Khamis tokei call cakap spek Jannah dah siap.
Ok, kat sini umi nak bgtau harga spek kitorang utk kenangan masa akan datang. Jannah yg baru pertama kali buat spek ni, umi ingat mungkin tak melebihi RM200 la kan. Tp bila survey beberapa kedai semuanya kemain mahaiii.. Sama je alasan dia, sebabnya silau kiri Jannah sangat tinggi melebihi 200. Silau kiri dia 275. Sedangkan umi ni silau kiri kanan pun tak sampai 200..dalam 175-185 camtu je. Bila melebihi 200, diorang kena order cermin tu. Harganya RM260 camtu hanya utk cermin. Kira survey total harga RM400 camtu utk spek Jannah saja, sampai la kitorang pegi kat PKNS Bangi, harganya cuma RM340..so proceed la. Mahai betul ya buat spek pertama Jannah, baru Darjah 2. Umi dulu2 dok buat spek memang paling mahal dalam 300 lebih camtu gak la..dah lebih 20 tahun pakai. Orang lain selamba je buat spek lebih 500 kan..sampai dekat 1k pun ada.
Manakala spek umi pulak, pertama kali lah, dalam usia nak masuk 36 tahun ni, mahal dari sebelum2 ni.hihi. Itu pun sebab guna duit sendiri, korek simpanan ASB kitorang. Boleh la buat permintaan lebih sket. Power kanan kiri tinggi, termasuk silau..masing2 naik, jadi minta yg multicoated yg nipis, takmo nampak tebal. Pastu minta yg bila pakai kat cahaya jadi gelap tu..apa nama dia pun tak tau. Sebelum2 ni tak penah buat pun. Total harga spek umi RM480. Itu pun kira termurah banding tampat lain gak. Yg lain bagi bajet spek umi 600 lebih.huhu.. So, inilah dia..spek umi Jannah pada tahun 2016 ni..harap dapat lah bertahan lama sket. InsyaAllah.
|
Spek baru umi dan Jannah. Umi dark purple, Jannah pink purple. |
|
Percubaan pertama Jannah pakai spek pertama dia. Frame besar sket dari muka..ni yg paling kecik pun.hehe.. Dah orangnya kecik kan. Tokei masa nak bg Jannah try pakai pun tanya Jannah tadika ke Darjah 1? Umi jawab bukan...Darjah 2, dia mmg kecik.hiihi.. |
|
Bersiap pegi sekolah agama lak..nak try pakai di sekolah. |
|
Tak bertudung camne rupa pakai spek? |
|
Selfie dulu dlm kete on the way ke sekolah |
|
Umi pun nak join sekaki..try spek kali ke berapa ye sejak umi umur 14 tahun, Tingkatan 2..rasanya kalo tak silap spek yg ke 11 atau 12 kot.hehe. Dah 22 tahun pakai spek. |
Umi buat spek baru pun sebab frame besi umi tu dah patah tempat skru, dah tak leh dibaiki, tp masih boleh pakai kalo umi ikat dengan benang.hihi. Memang pakai ke mana2 yg ada benang la, kadang2 ganti gak dgn contact lens..still ada solution sebab tu dok pakai gak. Kalo tak, memang tak rajin ler umi nak pakai.hihi.
|
Spek terakhir umi sebelum buat yg baru ni..dah patah tempat skru..ikat la dgn benang hitam.hehe.. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.