Najla dpt kasut baru..yeayyy..

Assalamualaikum..

Hari Jumaat aritu, lepas antar abah kat Putrajaya Central (abah naik train ERL ke KLIA nak ke Alor Setar urusan keje ofis hakiki)..umi tgk jam ada sejam lagi sebelum pukul 12 tghari nak jemput Afiq balik sekolah.

Jadi, bawa Najla singgah Kompleks Kejiranan Presint 16 nak jengah library sebenarnya..nak tgk dah boleh pinjam buku ke belum.. Rupanya tak boleh lagi..sistem down dah seminggu (kali ke 3 kot umi g jengah asyik tak boleh pinjam.huhu). Nak pinjam buku utk Luqman Jannah la..takde bahan bacaan utk weekend.

Turun bawah, ada la gerai jualan..tak banyak. Biasa penuh hari Sabtu dan Ahad. Dari jauh nampak gerai kasut baby, Najla dah terjerit2 tunjuk.haha. Amboii..pandai ye nak suruh umi beli kasut baru.

Umi memang ada plan nak beli sepasang lagi kasut baru utk dia sbb kasut yg umi belikan raya tahun lepas dah tak muat..sian dok paksa masuk kaki yg dah makin membesar dlm kasut kecik. Pastu, kasut lak, kadang tertinggal dalam kete abah, jadi bila naik kete umi takde kasut nak pakai..kena la dukung.

Ok, jom belikan adik kasut baru. Pilih punya pilih, umi amek kasut doraemon ni sebab ceria sket ada kaler lain gak. Biasa pink ajo kan. Reaksi Najla?? Wahhh..teruja gila kottt.haha. Tergedik terlompat seronok. Kasut dia lak ada keluar lampu bila pijak. Suka sgt nihh. Jumpa abg kakak pun cam tak sabar nak tunjuk, walaupun tak reti nak bgtau lg kan.hehe..

Kasut baru Najla, RM15
Umi beli saiz besar sket..saiz 18. Sepatutnya saiz 17, tp takda saiz. Takpe la besar sket..boleh pakai lama sket kan..
Dok belek kasut baru dia. Hepi giler kott..tergedik2 terlompat masa baru pakai tu, sampai kakak yg jual tu tergelak tgk dia.hehe..
Wah..dah macam iron man kaki dia..haha.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform