Jannah rabun?

Assalamualaikum..

Tahun lepas masa Darjah 1, Jannah ada bawa balik surat kena appointment check mata kat Klinik Kesihatan Presint 11 pada 15 Januari, so umi pun bawa la dia. Sehari sebelum tu, appointment check up Najla 1 thn setengah pun umi bawakan..abah bz mmg tak yah harap la dia teman.

Jumpa gak akhirnya klinik check mata tu walaupun 1st time jejak kaki situ..terus masuk jumpa doktor dari Hospital Putrajaya, dia cakap rabun silau mata kiri Jannah tinggi. Alahaiii..turun umi ke Jannah ni. Umi pun mmg rabun silau n rabun jauh tinggi gak.

Tp umi ok la jugak, sekolah menengah baru start pakai spek. Jannah ni baru masuk Darjah 2 kottt..huhu. Memang kena buat spek doktor kata, sebab Jannah tak nampak.

Haii..budak ni tak penah lak mengadu tak nampak tau. Mujur gak la nurse yg dtg sekolah buat checkup mata sekali..tak cam zaman umi dulu, takde rasanya. Setakat check gigi je la kan.

Doktor cakap yg rabun jauh dekat tu sikit je, cuma rabun silau yg tinggi. Tp tak mustahil akan naik power dia. Cam umi jugak la. Last check power mata umi tak silap rabun jauh kanan 450, kiri 375 camtu. Silau tak ingat tp tinggi jugak la.

Nampaknya kena buat spek la kat budak ni. Umi pun dah lama tak buat spek. Elok Jannah check mata tu, esoknya spek umi buat hal. Saje je kan..nak suruh umi buat spek baru sekali. Tu yg kelam kabut korek balik contact lens yg beli 2 tahun sudah..ada 4 psg lg belum guna. Mujur belum expired.

Nampaknya kena cari kedai spek la utk buat spek umi dan Jannah. Alhamdulillah Allah permudahkan, ongkosnya pun dah ada..tinggal survey cari kedai spek je la.

Check mata Jannah. Umi masuk dalam bilik sekali, pastu tanya doktor boleh tak nak snap gambar ni. Dia senyum cakap boleh..
Result kerabunan mata Jannah. Silau kiri tinggi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform