Majlis Anugerah Cemerlang Kali Ke-8 2015 SK Putrajaya Presint 14(1)

Assalamualaikum..

Surat jemputan ke Majlis Anugerah Cemerlang SKPP14(1)
Buku aturcara majlis
Nama Jannah dlm kategori Anugerah Mithali Mata Pelajaran..tertinggi dalam Pendidikan Islam bagi keseluruhan Tahun 1.. Alhamdulillah.
Pendaftaran peserta
Beratur ikut kategori..nape Jannah berdiri tu?
Jannah dlm kategori Anugerah Mithali Mata Pelajaran
Pentas utama majlis
Persembahan nasyid..masa ni umi, Luqman dan Najla on the way dtg ke Masjid Putra, kelam kabut takut tak sempat tgk Jannah amek anugerah.
Syukur..masa ni kitorang dah selamat masuk dlm dewan.. Jannah tgh beratur kat tangga stage dah.
Si comei tgh berjalan menuju ke puan penyampai anugerah
Tahniah Jannah..semoga lepas ni akan lebih cemerlang dlm pelajaran. Gambar tak berapa clear, daripada phone umi..kena zoom pulak. Abah ditugaskan snap video..
Jannah selesai amek anugerah je, umi terus bentikan dia kat pintu dewan..snap gambar seround.hehe..
Masing2 dah dapat anugerah
Amboii..muka sama la..haha. Kembar ke ni? Tp sorang tinggi sorang rendah laa..
Bertopeng mata pulak..
Yeahh..awak mmg cute..
Jannah dan pingat yg diterimanya..
Ni ha..muka sebenar sepasang kawan. Jannah dgn pingat anugerah cemerlang mata pelajaran. Qistina pulak cemerlang PBS..kedudukan no. 2 dlm kelas.
Kami..tumpang gembira utk Jannah..dapat gak tgk Jannah terima anugerah. Adil la kan..Luqman dpt, Jannah pun dpt. Umi pakai contact lens ye..spek berikat benang tak yah la pakai kat luar.hehe..
Dapat sijil..bagus la. Ada gak kenangan utk dikenang masa akan dtg. Sekolah Agama masa Luqman dulu takde.
Pingat/plak yg Jannah dapat
Anugerah yg Jannah terima

Video masa Jannah naik pentas amek anugerah. Umi mmg suruh abah snap video..sama cam Luqman. Ni kenangan utk tatapan masa diorang dah besar nanti. InsyaAllah..

Semalam, Jumaat 22 Januari 2015 telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang SKPP14(1), sekolah kebangsaan atau sekolah pagi Luqman Jannah..berlangsung di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya. Ikutkan sebut je majlis anugerah tu kitorang buat tak tau je..sebab rasanya kitorang tak terlibat dgn majlis tu..tgk result exam bebudak ni tahun lepas ok la, nak kata cemerlang sgt pun tak.hehe.

Tapiiiii....rupa-rupanya kitorang perlu terlibat juga. Memang tak sangka langsung. Kali ni turn Jannah pulak..aritu Luqman yg dapat anugerah cemerlang 2015 kat sekolah agama/KAFA kan. Adil la maknanya, dua2 beradik dapat merasa terima anugerah cemerlang, dapat merasa naik atas pentas terima hadiah..dan dapat membuatkan umi abah turut berbangga atas kejayaan diorang. Alhamdulillah..

Kenapa Anugerah Cemerlang 2015 buat pada waktu persekolahan 2016? Sebenarnya majlis utk SKPP14(1) ni ditangguhkan dari tahun lepas ke awal tahun ni sebab kesuntukan masa. Sepatutnya buat pada minggu terakhir persekolahan tahun lepas, tp macam2 hal kena kejar..cuti pun banyak, sekejap2 jerebu la hape kan, so sekolah terpaksa tangguhkan ke tahun baru ni la. Masa tu pun memang kami tak tau menahu yg Jannah akan dapat anugerah juga.

Camni ceritanya..
Hari Isnin lepas, guru kelas Jannah, Ustazah Dayang send gambar surat menyatakan Jumaat ni cuti peristiwa sempena Majlis Anugerah Cemerlang. So, sekolah tutup pagi dan Kafa petang pada Jumaat 22hb tu. So, ok la..umi message abah, bebudak ni cuti Jumaat pagi, pastu Isnin nanti cuti lagi..Thaipusam pulak. Tak nak balik Keramat ke, minggu depan tak leh balik dah. Minggu lepas pun tak balik. So, abah kata ok..kita balik la minggu ni.

Tengahari, umi jemput Jannah cam biasa. Dia dok belakang. Tiba2 sambil drive tu umi dengar Jannah macam dok baca sesuatu, umi ingat dia saja2 bercakap je, dia tak bgtau pulak ada dapat surat. Sebelum tu, umi tanya "Jumaat ni cuti ke?" Dia jawab "Ye ke? Tak tau pun..ustazah belum bagitau kot." Tiba2 je dengar Jannah sebut "sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan Nur Jannah bt Muhammad Razif telah berjaya mendapat anugerah sempena Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2015"

Aik, terkejut umi..Jannah ni baca ke saja2 bercakap ni, sampai kat lampu trafik nak masuk kawasan umah, umi terus pusing tgk dia. "Apa tu Jannah?" Tengok dia dok pegang sekeping kertas/surat. Dia kata "Tadi cikgu bagi surat ni. Qistina pun dapat, tp tak ramai pun..bape orang je pun." Terus umi amek kertas tu dan baca. Ya Allah...Jannah dapat anugerah cemerlang la...tak sangkanyaaa.. Kat surat tu tak bagitau la anugerah apa yg Jannah dapat. Seingat umi result aritu takde la cemerlang tp walaupun kebanyakan A tp ada 1 subjek Math dapat B. Tak yakin la dia dapat anugerah apa kan.

Godek balik result lama dia, umi rasa maybe dia dapat markah tertinggi mata pelajaran ni, sebab Pendidikan Islam dia dapat 100 markah. Tp dia sendiri mmg tak tau menahu la dapat anugerah ni. Hari Khamis sebelum hari majlis, Jannah cakap matapelajaran Pendidikan Islam, cikgu sebut mata pelajaran pastu sebut nama Jannah..mm..tak syak lagi la jawabnya camtu. Alhamdulillah, ada jugak rezki Jannah kan.

Sampai hari kejadian, abah pegi dgn Jannah je ke Masjid Putra. (majlis buat kat Majjid Putra..dengan seorang wakil ibu bapa je yg join sebab tempat terhad). Umi kat umah jaga abg Luqman dan Najla. Kitorang g antar Afiq sekolah juga..tp sentiasa dok berwasap ngan abah..sibuk dia dok ajak umi suruh datang..datang. Katanya tak ramai dan banyak tempat kosong lagi. Budak pun ada. Umi mula mmg malas nak g sebab nak kena usung Luqman Najla, dlm surat dah bgtau kanak2 bawah 12 tahun tak boleh masuk..sempat buat breakfast kat umah, sempat teman Luqman main beskal kat luar umah..akhirnya bersiap pegi masjid juga la.

Sambil2 dok wasap ngan abah tanya turn Jannah dah ke belum..kalo dah, malas la nak pegi. Tp abah ckp belum..sempat sgt nak dtg pun. Memang betul sgt2..elok je kitorang sampai masuk ke dewan, Jannah tengah berdiri beratur nak naik pentas terima anugerah. Memang timing yg sgt tepat lah. Syukur dapat gak tgk Jannah naik pentas. Ya betul, Jannah dapat Anugerah Mithali Matapelajaran..iaitu dia dpt markah tertinggi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di antara semua pelajar Tahun 1, 2015.. Tertinggi antara 7 kelas Tahun 1. Alhamdulillah. Tahniah kakak Jannah.

Kawan kelas Jannah yg dulu penah transit kat umah kitorang iaitu Qistina juga terima anugerah. Dia dapat Anugerah PBS Tahun 1, 2015..ibarat dia dapat kedudukan No. 2 dalam kelas diorang 1 Fansuri. Tahniah juga Qistina..mudah2an semuanya akan cemerlang lagi pada tahun ni dan akan datang. Amin..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform