Alhamdulillah..rumah dalam pembinaan..

Assalamualaikum..

InsyaAllah jika Allah izinkan, kami sekeluarga tak selamanya menginap kat umah kuartes kerajaan Putrajaya ni..maksudnya, takde la duduk umah ni sampai abah pencen.

Jika takde aral, umah PPA1M abah dpt tu akan siap tak lama lagi. Mungkin tahun ni..mungkin tahun dpn..mungkin jugak tahun selepas tu..wallahu'alam. Apa2 pun kawasan perumahan tu sedang dlm pembinaan.

Pasal umah kat mana, tingkat berapa tu kemudian cerita la.. Sebenarnya, umah ni ialah Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia di Putrajaya. Umah apartment, maknanya kitorang akan berpindah ke umah apartment lepas ni.

Dari berkahwin 10 tahun lepas, kitorang berpindah randah dari umah flat PKNS milik abah kat Kota Damansara, pastu menyewa di apartment Bangi..lepas tu masuk ke teres kuartes Putrajaya. Dah merasa semua rumah..banglo je belum.hihi. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki nnt. Amin.

Bila dah duduk macam2 umah ni, akhirnya umi rasa lebih selesa duduk umah setingkat je. Senang nak berjalan..nak kemas umah, tak payah turun naik. Kalo ada rezki buat umah atas tanah sendiri pun, akan bina umah setingkat yg besar aje..senang.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin..

Dalam proses pembinaan..
Pelan lantai selepas perumahan dlm pembinaan. Dah boleh plan konsep umah kan..
Pelan lantai asal semasa dilancarkan. Ada sedikit perubahan pada entrance.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform