Umi nak cite pasal anak dara tencik umi, Nur Najla demam seminggu gak la. Start minggu lepas Rabu 22 April, tgh mlm dok tido tu tiba2 terasa awat panas sgt si tencik umi ni. Amek termometer check mmg panas pun..demam ropeny. Dah 39 degree lebih. Terus turun dapur amek air asam jawa jelom basahkan kepala Najla la. Ubat tak terus bg pun..kawal suhu ngan basahkan badan dan kepala je dulu.
Kebetulan esok paginya Rabu tu la, ada appointment Najla 9 bulan kat klinik. So, cantik la g klinik check up Najla terus jumpa doc minta ubat demam la kan. Pagi sebelum g klinik check suhu 39 degree lagi..check up ngan nurse 38 degree lebih, jumpa doc lain pulak suhu..37 degree lebih je. Maybe sebab termometer lain2 kan. Umi guna termometer telinga, nurse guna bawah ketiak, doc guna kat dahi. Ada la kurang tepat tu kan. Tp takpe, dah dapat ubat demam ok la. Rasanya ni kali ke 2 Najla kena demam.
Rabu Khamis demam, Jumaat dah ok..so ingat dah baik la. Sekali Sabtu Ahad panas balik daa.. Sampai 40 degrees pun ada. Kali ni Najla nampak cam tak larat tul, nak makan minum pun agak kurang. Nyusu je ok. Die lemah nak tido je. Risau umi, takut denggi ke apa. So decide Isnin pagi2 jom g Klinik Kesihatan Putrajaya yg baru kat Presint 18..sbb nanti kena tuko check up bulanan ke situ lak..tak yah ke Presint 9 lagi. Yg ramai sgt tu..
Kat klinik amek darah, masuk ubat montot sebab ini budak demam suhu tinggi tp sangat susah makan ubat wooo.. Umi sumbat paksa, dia muntah kuar balik. Check darah bukan denggi tp sel darah putih tinggi sikit, so doc cakap maybe jangkitan bakteria..amek la ubat antibiotiok. Camno nak bg ubat, susah sgt nak telan.huhu.
Ari umi taip ni, Khamis..Najla dah sihat tp still merap manja umi la. Ni abg Luqman lak ganti demam. Td pejabat sekolah call suruh jemput sebab demam, nangis2 dah tak larat. Mujur esok cuti dah..4 hari. Asyik pass baton je diorang ni kan. Afiq jangan ngada nak demam yee..dia tgk adik demam trs cakap "Afiq pun nak demam gak. Asyik abg, kakak n adik je demam. Afiq belum demam pun".. Banyak cantik, syok nak demam..kang umi hangpa gak la yg kena jaga noo..hihi.
Alaa..tecian baby umi demam. Tak larat, sayu je dia.. |
Gambar ni umi terus snap saat umi menaip entri ni. Luqman lena sebelah umi dok ngadap laptop. Lena balik sekolah baju pun tak tuko lg. Ubat pun tak sempat bagi. Check suhu 38.8 degree tadi. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.