Assalamualaikum..
Ni aktiviti keluarga pagi Sabtu yg lepas. Kitorang jalan kat Tasik sebelah bangunan PKNS B. B. Bangi pulak.
On the way nak g tu, mmg dah terasa cam lapar..lum apa2 dah lapar ye.hehe. So, abah singgah gerai kat Uniten tu, beli kuih..pakat makan la sorg sket dlm kete.
Sampai kat tasik tu, ramai betul org beriadah. Mmg bagus rakyat Malaysia ni kan..pagi2 dah berjalan, berjoging, bersenamrobik..sihatkan badan. Kebetulan ada pertandingan tah la bunyi burung paling merdu ke hape tak tau la. Banyak burung dalam sangkar, siap ada juri dok menilai. Kitorang kat luar tgk sama je.hehe. Mungkin bunyi burung la kot. Ala, tak snap gambar la pulak.
Kitorang start ngan jalan je..pastu budak2 dah jumpa taman menan, umi suruh abah joging la seround. Suruh orang je, diri sendiri tak yah.haha. Ye la, umi nak jaga baby Najla comei ni. Kang abah jaga, dok merungut tunggu umi lambat sampai lak kan.hihi. So, dapat la abah joging seround. Sekarang ni, abah dok ngadu baju dah muat..badan dah kurus..hihi. Ok, minggu ni kita jalan n lari lg yeee..
|
Jambul sejemput. Kalo umi ikat rambut Najla camni, abang kakak confirm akan cakap "macam Rania, macam Rania" (Rania ni sepupu diorang, anak Achik Azah) |
|
Comei sgt ler tu senyum cenggitu..hehe |
|
Serbu kuih duluu.. |
|
Senamrobik |
|
Budak dah tak larat jalan. Tuko turn ngan adik, abg lak nak dok dlm buggy Sabah ni. |
|
Yeayy..sampai dah taman menan |
|
Gengster ke kakak? Abah tanya Jannah bila tgk gambar ni.hehe |
|
Sementara tunggu abah jogging, abg kakak main taman..saya lepak ngan umi saya dulu.. |
|
Cantik tempat ni. Memang terjaga..sebab tu org ramai suka datang riadah sini. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.