Balik Kampung Part 3

Assalamualaikum..

Sambung citer kat kampung sempena cuti sekolah 2 minggu. Cucu2 Tok Tokwan seramai 18 orang berkumpul, memeriahkan umah Tokwan. Kali ni umi nak bagitau nama dan umur masing2..ikut tahun 2015 ni la.

Anak2 Maklong Lina
1. Arwah Amirul Haziq Danial - sepatutnya umur 14 tahun
2. Muhammad Adlin Danish - 12 tahun
3. Nur Alisa Dayana - 9 tahun
4. Muhammad Haziq Darwisy - 5 tahun

Anak2 Pakngah Nizam
1. Muhammad Alif Iskandar - 14 tahun
2. Nurin Izzatul Akmar - 11 tahun
3. Nurin Aina Adriana - 8 tahun
4. Nurin Qashrina - 5 tahun

Anak2 Alang Tie
1. Nur Aliya Athirah - 7 tahun
2. Nur Syazwani - 3 tahun

Anak2 umi/abah (ataupun anak menakan panggil Ateh.hihi)
1. Muhammad Luqman - 9 tahun
2. Nur Jannah - 7 tahun
3. Muhammad Afiq - 4 tahun
4. Nur Najla - 11 bulan

Anak2 Paknjang Najib
1. Noor Qistina Idayu - 7 tahun
2. Noor Erinna Adelia - 5 tahun
3. Noor Aisya Sofea - 3 tahun

Anak2 Achik Azah
1. Nur Damia Aqeela - 5 tahun
2. Nur Rania Zahra - 2 tahun

Ni lah dia, setakat ni cucu2 Tok Tokwan. Tinggal 2 orang lagi anak Tok Tokwan lum kawen iaitu Pakndak Man dan Maksu Yayah.


Sepupu sepapat memenuhkan Exora abah.. Orang tgk ramainya anak depa..hahaha..
Bergelimpang tido..haha. Mujur umah Tokwan besar..

Balik Kampung Part 2

Assalamualaikum..

Umi kena buat part sebab gambar banyak..so biar gambar la yg bercerita suasana cuti di kampung kali ni ye. Seminggu sebelum balik kampung, kitorang lepak di Putrajaya je. Ada plan nak antar budak2 ke umah Atuk Nenek di Keramat, tp tak boleh sebab nenek ada appointment rawatan kaki setiap Isnin Rabu di hospital..nenek pun dah tak larat nak tengok bebudak ni..hehe..tau menyepah umah..bising aje.. Tak ape la, budak2 nak balik umah Atuk Nenek kena tunggu weekend sekali ngan umi abah aje la ye.. 

Citer bab anak2 di kampung. Memang meriah la sesekali berkumpul reramai. Kali ni semua sepupu sepapat ada lak. Buku confirm umi tak bawa balik, sah2 tak pegang punya la. Mujur seminggu di Putrajaya tu bagi diorang ngadap buku dah. Untuk pengetahuan, cucu Tok Tokwan setakat tahun 2015 adalah seramai 19 orang termasuk yg sulung meninggal dulu, arwah Amirul..anak Maklong Lina.

Meriah bising tak yah citer la..kul 1, 2 pagi pun dok syok main lagi. Tokwan biar je, dah tak daya nak marah.haha. Sian Tok Tokwan.. Tp mungkin menghiburkan gak la kan..selalu sunyi..sesekali meriah ngan suara budak2.

Luqman Jannah cam biasa memang suka berkawan ngan sepupu sepapat diorang. Ni nak citer pasal Afiq. Alhamdulillah..kali ni..umur Afiq 4 tahun, dia dah pandai bersosial..pandai berkawan, dah tak malu, segan dan takut lagi. Main, lari, gelak ketawa sungguh dengan geng lelaki dia, Darwisy, anak Maklong Lina yg berusia 5 tahun. Cucu Tok Tokwan yg lelaki tak ramai..banding cucu pompuan. Lelaki cuma ada 5 orang saja tak termasuk arwah. Yg lain semua pompuan.hehe. Afiq ada juga kawan dengan Ayien, anak Pakngah Nizam dan Damia, anak Achik Azah..masing2 umur 5 tahun.

Alhamdulillah bila tgk perkembangan ni, umi hepi sangat. Umi risau juga bila pikir bila la Afiq nak pandai bergaul ni. Kat sekolah pun dah nampak perubahan..dah pandai berkawan. Syukur la..

Najla pulak.. Mm..tak yah cakap la.hihi. Memang manja umi dia. Takmo kat sape pun. Umi terpaksa tinggal juga kalo nak g toilet ke..tp dengar la dia meraung sakan. Jarang la nak dengar dia diam bila orang lain dukung dia.hehe. Memang anak2 umi abah masa kecik tak mesra alam..takmo kat orang. Najla ni yg teruk sikit banding yg lain. Selagi tak nampak batang hidung umi dia, selagi tu la dia meraung. Najla..Najla..

Najla teruja dapat naik buaian Tokwan.
Dengan sepupu sepapat..
Kawan baik Afiq di kampung sekarang ni, Darwisy anak Maklong Lina. Teman umi n mak pak sedara jalan2 masuk kedai baju..
Jannah dan Alisa (anak Maklong Lina, 9 tahun sebaya Luqman)..dah macam kakak dan adik je kan. Diorang pau umi suruh belikan baju tido frozen.hehe.. Cukup teruja bila dapat baju ni..
Sepupu sepapat..bila berkumpul
Solat jemaah ngan Tokwan
Tunggu nak kuar g makan malam..macam ni la bila berkumpul 1 umah..
Solat jemaah berimamkan Abg Iskandar, 14 tahun..anak Paklong Nizam. Dia yg tua antara semua cucu..selepas cucu sulung meninggal.

Ho ho ho Balik Kampunggg Part 1

Assalamualaikum..

Dah abis cuti sekolah 2 minggu, kembali ke rutin asal..jemput hantar anak2 sekolah.hehe.. Alhamdulillah cuti panjang kali ni, kitorang sekeluarga balik bercuti di kampung Kedah. Last balik bulan Disember aritu..lamanyaaa.. Apa nak buat, masa ni je yg boleh balik pun. 6 bulan tak balik, rumah Tok Tokwan pun dah berubah wajah..

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki Tok Tokwan dapat renovate umah sket. Tambah 1 bilik lagi kat umah bawah, utk Maksu Yayah. Senang sket, sebab bila reramai anak beranak balik, pakat malas naik umah atas (kecuali abah sorg je..hihi)..semua kumpul kat bawah, so tambah bilik sebijik lagi memang sesuai sangat2. Selain tu, renovate tambah kitchen kabinet dan toilet. Cantik umah Tok Tokwan sekarang. Lagipun sebagai persediaan untuk kenduri menyambut menantu InsyaAllah pada tahun depan, Pakndak Man nak kawen.

Tokwan dah lama plan nak buat kenduri kesyukuran atas macam2 sebab la..anak2 dapat keje tetap, dinaikkan pangkat, masuk U, nak menunaikan haji dan lain2..jadi rancang punya rancang, elok je Allah susun pada cuti sekolah kali ni. Tak perlu anak2 nak ponteng sekolah, cuma mak pak je yg apply cuti keje kan. Syukur kali ni semua ke 8 anak2 Tok Tokwan balik berkumpul reramai..dah macam raya la. Meriah umah Tokwan dengan 18 orang cucu.hehe..

Alhamdulillah kenduri kesyukuran Tokwan berlangsung dengan baiknya..pada Jumaat 5 Jun 2015. Macam biasa, kalo Tokwan buat kenduri, memang ramai sgt tetamu yg datang. Itu kelebihan yg Allah anugerahkan kat Tokwan..baik, peramah dengan sesiapa saja..InsyaAllah semua orang suka pada Tokwan. Kenduri ni berlangsung sebaik saja solat Jumaat. Masa solat Jumaat di Masjid kampung tu, geng2 wanita dah datang menjamu selera dulu la. Abis je solat Jumaat, menderu geng2 lelaki penuh rumah. Alhamdulillah.

Owh..lupa. Menu makanan kali ni ditempah khas dari Kampung Dusun, keluarga besan Tok Tokwan, mertua Alang Ti. Selain tu, Tok dan Toknjang juga tambah pelbagai makanan..biasa la kalo kenduri umah Tokwan, menu confirm macam2..

Bagi umi pulak, mmg syok balik kampung camni sebab dapat berkumpul semua adik badik ngan Tok n Tokwan. Jarang dapat berkumpul reramai camni, kecuali raya atau kenduri kawen. Ikatan persaudaraan antara kami semua yg sangat erat..tak kira la antara adik badik dan ipar duai..sangat rapat. Tunggu sebulan dari sekarang akan berkumpul reramai semula. InsyaAllah.. Tok Tokwan pun hepi bila anak2 balik berkumpul..biasanya sunyi je umah hanya Tok dan Tokwan berdua. Sekarang bertiga ngan Maksu Yayah sebab dia still dalam cuti semester, nak masuk ke U semula bulan September nanti.

Budak kecik manja umi ni..pantang umi bangun mula la nak nangis..camni la mukanya..hehe
Ustaz Afiq berjubah tp tak p solat Jumaat pun.hihi
Aik, dah tuko uniform.. Makan lagi??

Jannah ngan sepupu pompuan
Ni lagi sepupu pompuan..ni baru sikit cucu Tokwan..
Jemaah lelaki memenuhi ruang hall umah Tokwan
Acara makan2..
Makan kat dalam dan luar umah
Ni makan2 kat umah Toknjang..bukan ari kenduri ye..
Makan nasi dan mee kuah
Ni pulak makan pasembor rojak, mee goreng dan cendol ngan adik badik umi
Anak2 besar pakat tak ikut..dok umah main reramai. Anak2 kecik je ikut makpak masing2..

Maklong Shikin open table dinner Hotel Grand Season

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, 30 Mei..kitorang sekeluarga family Keramat berkumpul sekali lagi untuk acara makan2. Acara makan2 memang tak dapat dipisahkan dengan family Keramat ni.haha..

Kali ni, open table oleh Maklong Shikin di Hotel Grand Season KL..sempena dapat bonus, acara tahunan Maklong la ni.. Tima kasih, semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Maklong. Amin.. Sebelum ni lagi, Maklong dok bincang2 dah ngan semua, nak open table kat mana. Kitorang mmg tak kisah la. Syukur ada orang sudi belanja makan.hihi.. Alhamdulillah.

Kitorang gerak dari umah Putrajaya dalam pukul 6 ptg camtu. Terus tunggu semua kat hotel la. Bila dah berkumpul baru pasan, Maksu Tira takde..ropenya sakit kepala, migrain. Tak cukup korum sorang la camtu.

Booked by Maklong Shikin..sepatutnya total kena bayar 9+4 pax tp tak cukup sorang. Najla baby tak kena bayar rasanya.

Masa ni family kitorang n Pakcik Latiff je yg ada, Atuk Nenek semua belum sampai. Jalan jem.. Kitorang sebelum tu sempat masuk short cut kat HKL..elak jem.
Semua dah ada..lepas Maghrib
Jannah kacau Fateh dok tgk citer Upin Ipin kat phone abah dia.
Saya la jelita Najla..hihi..

Nyumm nyummm..sedapnya makan eskrim..



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform