Assalamualaikum..
Umi kena buat part sebab gambar banyak..so biar gambar la yg bercerita suasana cuti di kampung kali ni ye. Seminggu sebelum balik kampung, kitorang lepak di Putrajaya je. Ada plan nak antar budak2 ke umah Atuk Nenek di Keramat, tp tak boleh sebab nenek ada appointment rawatan kaki setiap Isnin Rabu di hospital..nenek pun dah tak larat nak tengok bebudak ni..hehe..tau menyepah umah..bising aje.. Tak ape la, budak2 nak balik umah Atuk Nenek kena tunggu weekend sekali ngan umi abah aje la ye..
Citer bab anak2 di kampung. Memang meriah la sesekali berkumpul reramai. Kali ni semua sepupu sepapat ada lak. Buku confirm umi tak bawa balik, sah2 tak pegang punya la. Mujur seminggu di Putrajaya tu bagi diorang ngadap buku dah. Untuk pengetahuan, cucu Tok Tokwan setakat tahun 2015 adalah seramai 19 orang termasuk yg sulung meninggal dulu, arwah Amirul..anak Maklong Lina.
Meriah bising tak yah citer la..kul 1, 2 pagi pun dok syok main lagi. Tokwan biar je, dah tak daya nak marah.haha. Sian Tok Tokwan.. Tp mungkin menghiburkan gak la kan..selalu sunyi..sesekali meriah ngan suara budak2.
Luqman Jannah cam biasa memang suka berkawan ngan sepupu sepapat diorang. Ni nak citer pasal Afiq. Alhamdulillah..kali ni..umur Afiq 4 tahun, dia dah pandai bersosial..pandai berkawan, dah tak malu, segan dan takut lagi. Main, lari, gelak ketawa sungguh dengan geng lelaki dia, Darwisy, anak Maklong Lina yg berusia 5 tahun. Cucu Tok Tokwan yg lelaki tak ramai..banding cucu pompuan. Lelaki cuma ada 5 orang saja tak termasuk arwah. Yg lain semua pompuan.hehe. Afiq ada juga kawan dengan Ayien, anak Pakngah Nizam dan Damia, anak Achik Azah..masing2 umur 5 tahun.
Alhamdulillah bila tgk perkembangan ni, umi hepi sangat. Umi risau juga bila pikir bila la Afiq nak pandai bergaul ni. Kat sekolah pun dah nampak perubahan..dah pandai berkawan. Syukur la..
Najla pulak.. Mm..tak yah cakap la.hihi. Memang manja umi dia. Takmo kat sape pun. Umi terpaksa tinggal juga kalo nak g toilet ke..tp dengar la dia meraung sakan. Jarang la nak dengar dia diam bila orang lain dukung dia.hehe. Memang anak2 umi abah masa kecik tak mesra alam..takmo kat orang. Najla ni yg teruk sikit banding yg lain. Selagi tak nampak batang hidung umi dia, selagi tu la dia meraung. Najla..Najla..
|
Najla teruja dapat naik buaian Tokwan. |
|
Dengan sepupu sepapat.. |
|
Kawan baik Afiq di kampung sekarang ni, Darwisy anak Maklong Lina. Teman umi n mak pak sedara jalan2 masuk kedai baju.. |
|
Jannah dan Alisa (anak Maklong Lina, 9 tahun sebaya Luqman)..dah macam kakak dan adik je kan. Diorang pau umi suruh belikan baju tido frozen.hehe.. Cukup teruja bila dapat baju ni.. |
|
Sepupu sepapat..bila berkumpul |
|
Solat jemaah ngan Tokwan |
|
Tunggu nak kuar g makan malam..macam ni la bila berkumpul 1 umah.. |
|
Solat jemaah berimamkan Abg Iskandar, 14 tahun..anak Paklong Nizam. Dia yg tua antara semua cucu..selepas cucu sulung meninggal. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.