Ho ho ho Balik Kampunggg Part 1

Assalamualaikum..

Dah abis cuti sekolah 2 minggu, kembali ke rutin asal..jemput hantar anak2 sekolah.hehe.. Alhamdulillah cuti panjang kali ni, kitorang sekeluarga balik bercuti di kampung Kedah. Last balik bulan Disember aritu..lamanyaaa.. Apa nak buat, masa ni je yg boleh balik pun. 6 bulan tak balik, rumah Tok Tokwan pun dah berubah wajah..

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki Tok Tokwan dapat renovate umah sket. Tambah 1 bilik lagi kat umah bawah, utk Maksu Yayah. Senang sket, sebab bila reramai anak beranak balik, pakat malas naik umah atas (kecuali abah sorg je..hihi)..semua kumpul kat bawah, so tambah bilik sebijik lagi memang sesuai sangat2. Selain tu, renovate tambah kitchen kabinet dan toilet. Cantik umah Tok Tokwan sekarang. Lagipun sebagai persediaan untuk kenduri menyambut menantu InsyaAllah pada tahun depan, Pakndak Man nak kawen.

Tokwan dah lama plan nak buat kenduri kesyukuran atas macam2 sebab la..anak2 dapat keje tetap, dinaikkan pangkat, masuk U, nak menunaikan haji dan lain2..jadi rancang punya rancang, elok je Allah susun pada cuti sekolah kali ni. Tak perlu anak2 nak ponteng sekolah, cuma mak pak je yg apply cuti keje kan. Syukur kali ni semua ke 8 anak2 Tok Tokwan balik berkumpul reramai..dah macam raya la. Meriah umah Tokwan dengan 18 orang cucu.hehe..

Alhamdulillah kenduri kesyukuran Tokwan berlangsung dengan baiknya..pada Jumaat 5 Jun 2015. Macam biasa, kalo Tokwan buat kenduri, memang ramai sgt tetamu yg datang. Itu kelebihan yg Allah anugerahkan kat Tokwan..baik, peramah dengan sesiapa saja..InsyaAllah semua orang suka pada Tokwan. Kenduri ni berlangsung sebaik saja solat Jumaat. Masa solat Jumaat di Masjid kampung tu, geng2 wanita dah datang menjamu selera dulu la. Abis je solat Jumaat, menderu geng2 lelaki penuh rumah. Alhamdulillah.

Owh..lupa. Menu makanan kali ni ditempah khas dari Kampung Dusun, keluarga besan Tok Tokwan, mertua Alang Ti. Selain tu, Tok dan Toknjang juga tambah pelbagai makanan..biasa la kalo kenduri umah Tokwan, menu confirm macam2..

Bagi umi pulak, mmg syok balik kampung camni sebab dapat berkumpul semua adik badik ngan Tok n Tokwan. Jarang dapat berkumpul reramai camni, kecuali raya atau kenduri kawen. Ikatan persaudaraan antara kami semua yg sangat erat..tak kira la antara adik badik dan ipar duai..sangat rapat. Tunggu sebulan dari sekarang akan berkumpul reramai semula. InsyaAllah.. Tok Tokwan pun hepi bila anak2 balik berkumpul..biasanya sunyi je umah hanya Tok dan Tokwan berdua. Sekarang bertiga ngan Maksu Yayah sebab dia still dalam cuti semester, nak masuk ke U semula bulan September nanti.

Budak kecik manja umi ni..pantang umi bangun mula la nak nangis..camni la mukanya..hehe
Ustaz Afiq berjubah tp tak p solat Jumaat pun.hihi
Aik, dah tuko uniform.. Makan lagi??

Jannah ngan sepupu pompuan
Ni lagi sepupu pompuan..ni baru sikit cucu Tokwan..
Jemaah lelaki memenuhi ruang hall umah Tokwan
Acara makan2..
Makan kat dalam dan luar umah
Ni makan2 kat umah Toknjang..bukan ari kenduri ye..
Makan nasi dan mee kuah
Ni pulak makan pasembor rojak, mee goreng dan cendol ngan adik badik umi
Anak2 besar pakat tak ikut..dok umah main reramai. Anak2 kecik je ikut makpak masing2..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform