Belon Panas Putrajaya 2014

Assalamualaikum..

Belon Panas Putrajaya kembali lagiii.. Acara tahunan di Putrajaya dan family kitorang tak penah miss join reramai tgk belon panas ni. Budak2 pun suka tgk kan..bukan senang nak tgk selalu, ni depan mata sendiri tgk belon terbang tinggi, cantik..macam2 warna dan bentuk.

Belon ni dah start semalam, 27/3/2014, Khamis..tp kitorang tak join pun. Arini petang ari Jumaat baru berpeluang bawa anak2 tgk belon. Hepi la diorang ni. Acara sampai Ahad, so ada masa lagi nak tgk belon, tangkap gambar kenangan.

Antara belon yang join acara tahun ni.
Aksi anak2 umi..siap panjat pagar..
Anak2 laki
Anak pompuan

Jumpa lagi Cik Leen

Assalamualaikum..

Dah lama umi tak bercerita pasal Cik Leen, member baik umi yg dok kat Dungun Terengganu tu. Walaupun jauh, tp tiap ari kitorang berhubung..melalui sms atau whatsap. Pendek kata mmg sentiasa tau perkembangan masing2 la. Dua2 sama2 tak keje lak..surirumah sepenuh masa dok jaga rumahtangga je..faham sgt la peel masing2 banding ngan kawan yg keje kan.

Umi tak ingat dah bila last kitorang berjumpa..sebab lama sekali baru nak jumpa kan. Jumpa pun sekejap je. Jadi, Alhamdulillah kali ni kami berpeluang berjumpa sekali lagi sebab family Cik Leen turun KL bercuti sempena cuti sekolah. Umi sekeluarga lak, time cuti sekolah seminggu ni mmg tak ke mana pun..ada la anta Luqman Jannah lepak umah Atuk Keramat 2 malam aritu. Nak balik kampung pun tak leh gak, org kampung pun sekarang baru berkumpul bercuti di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu..umah Pakngah Nizam.

Kitorang tak dapat join sbb kena save bajet..kitorang pun akan bercuti tp salah booking tarikh ni..hehe. Sepatutnya bercuti time budak2 cuti sekolah..tp kitorang nak bercuti time budak dah sekolah. Kena la ponteng nnt. Cite pasal tu kemudian la umi update ye. Mudah2an elok semuanya..Allah permudahkan sebagaimana yg kami telah rancang. InsyaAllah..Aminn..

Balik kepada citer Cik Leen, diorang sekeluarga ditemani adik2 dan ipar juga anak2 buah Cik Leen datang bertandang ke umah kitorang, semalam. Dapat lah juga tgk bb baru Cik Leen, Nur Dhofwatul'Aisy yg sekarang dah berumur 5 bulan. Sebelum ni, kitorang sama2 ada 3 anak boy-girl-boy, nampaknya sekarang Cik Leen mendahului umi..Allah murahkan rezki diorang dengan kehadiran bb girl pada ujung tahun lepas. Rezki dapat anak selang bunga lak tu..cantik je selang boy-girl-boy-girl..anak2 Cik Leen sumenya jarak umur selang 2 tahun. Rapat la adik badik ni.. Membesar sama2 kan.

Masa diorang datang tu, umi tak sempat nak snap gambar sgt..just amek gambar last masa nak balik tu je. Tahun bila yg g berkunjung ke umah diorang di Dungun tu, lagi la tak snap sekeping pun gambar. Bila dah lama tak jumpa, leka berborak tak ingat dah nak amek gambar kenangan. Tp takpe, kali ni adik Cik Leen ada bawa kamera dan rajin snap gak aritu. Umi cuba minta kat die utk diupload kat blog ni nnt. Kenangan tu..tak tau lagi lepas ni bila lagi leh jumpa.

My best friend, Cik Leen
Nur Dhofwatul'Aisy..suka pandang orang ni..tak berkelip2 tgk muka umi n Jannah.hehe.

Sunat

Assalamualaikum..

Ok tak umi bg tajuk kat atas utk entri ni?hehe..
Sebenarnya, arini umi nak citer pasal peristiwa yg berlaku lama dah. Bulan 11 yg lepas..mak aii..lamanya. Tu la, dok simpan je gambar tapi entri yg ditunggu2 tak muncul gak.

Sesuai la dengan tajuk di atas, umi nak habaq pasal anak sulung umi, Muhd Luqman bersunat/berkhatan. Alhamdulillah dah selesai, dah berlalu sume tu pada 16 November 2013..lagi 2 ari besday Luqman yg ke 7 tahun.

Umi abah dah lama plan nak bg Luqman bersunat ni bila umur dia 7 tahun la. Walaupun orang kampung cakap masih terlalu awal kalo sunat umur ni, tp umi abah ada sebab lain yg tersendiri. Tp masa ari bersunat tu, ramai budak 5, 6 tahun pun dah bersunat. Sekarang dah tak macam dolu2 la rasanya. Dulu abg n adik laki kita kena tunggu 9 tahun ke atas kot baru bersunat kan.

Kitorang amek program bersunat beramai2 anjuran Masjid Tuanku Mizan atau Masjid Besi la. Nak elakkan rasa takut pd Luqman kalo bersunat ramai2, maybe. Tp, kitorang tak tau pun, sunat ramai2 ni dibuat oleh doktor pelatih dari sebuah Pusat Pengajian bidang medikal ni. Dok ingat mmg dilakukan sepenuhnya oleh doktor pakar. Kalo tau doktor pelatih, rasanya tak akan join kot program camni.huhu. Umi citer betul2 apa yg umi rasa ye kat sini. Kalo orang lain punya pemikiran berbeza, terpulang lah.

Sebabnya, dari pengalaman kitorang sendiri selepas Luqman bersunat ni, doktor pelatih 2 orang yg handle Luqman tersalah inject ubat bius kat urat pada bird Luqman. Kesannya, Luqman sakit yg teramat sangat banding sepatutnya. Sampaikan doktor pakar terpaksa inject sekali lagi dos yg lebih kuat utk hilangkan sakit tu. Sian sgt kat Luqman..ibaratkan dia jadi bahan ujikaji oleh doktor pelatih. Bird dia sampai bengkak besar, makan masa jugak la nak bg surut n ilangkan sakit tu. Sian sgt. Dah la, die nak sambut besday die 2 ari pastu.

Sebelum lupa, program sunat ramai2 ni menggunakan kaedah laser. Umi pun dah lupa nak cerita detail psl ni, sebab benda dah berlalu lama kan.. Alhamdulillah..walaupun ada masalah sket masa tu, tp takde la sampai ada masalah besar cam yg penah umi dgr sebelum ni, ada yg tersalah potong la hape. Nauzubillah..minta dijauhkan la, Ya Allah.. Rasanya lepas ni utk anak laki yg lain, kitorang akan ke klinik saja la. Tak nak la berlaku lagi peristiwa camni.

Taklimat oleh doktor pakar..umi lupa la nama dia. Ada 3 je doktor pakar, yg lain sebanyak 20 katil kalo tak silap (1 katil ada 2 doktor), semuanya doktor pelatih. Tugas doktor pakar hanya potong guna laser..tugas lain sume diserahkan kepada doktor pelatih.
Ramai peserta yg join..lebih 100 orang la

Luqman..masa ni tak pakai baju melayu lagi
Dah berbaju melayu. Nak berjalan beramai2 sambil berselawat ke tepi masjid untuk dimandikan oleh pihak Bomba
Bermula acara mandi budak2
Seronok main air ye. Selagi tak abis air dari paip bomba tu, selagi tu la korang mandi ye.. Ada 2 buah kereta bomba yg datang
Luqman
Dah salin baju. Tunggu giliran masuk ke dalam dewan tempat bersunat
Suasana dalam dewan. Umi ada amek gambar lagi, tp cam tak sesuai tunjuk gambar budak2 tgh bersunat. Luqman nak umi yg temankan dia, jadi umi dapat tgk kesakitan Luqman mcm mana.huhu. Kesian sgt2.. Dalam dewan, memang kecoh dengan jerit pekik budak2 la. Umi tak tau la kot ada budak lain pun ada masalah. Tak nak la umi tinjau..yg penting jaga anak sendiri.
Menunggu doktor pelatih setelkan proses terakhir. Masa ni dah tak sakit selepas doktor pakar bius dos kuat. Lepas pada tu la, bird bengkak n sakit sangat2.. Semoga Luqman membesar sihat sempurna ye..semoga dewasa nnt dapat memberikan zuriat keturunan yg soleh pada keluarga. Amin..

Majlis Perkahwinan Latif dan Zaeimah Part 2

Assalamualaikum..

Ni pulak antara gambar2 kenangan sewaktu majlis resepsi sebelah pengantin lelaki..sebelah kitorang la. Kat Dewan Risda, Jalan Ampang..16 Februari 2014. Majlis kat sini, family Kulim pun pakat turun join termasuk Tok n Tokwan datang dari Kulim.

Kenduri kali ni, kami sekeluarga Keramat menetapkan memakai baju sedondon berwarna purple. Baju umi n Jannah, tempah je kat kampung. Sesekali nak gak pakai baju kurung moden, kan. Mana la umi reti jahit.hehe. Baju melayu budak2 ngan baju kurung Jannah umi jahitkan la. Wat leher bulat, senang sket..walaupun agak stress gak la nak menyiapkan. Ada sebab yg stress tu. Lain kali entri tu akan menyusul, InsyaAllah..

Sebenarnya ada lagi gambar yg snap masa kenduri, tp yg ni je abah dapat dari Maklong Shikin, so umi masuk yg ni je la. Jom layan..

Budak Afiq ni tgh wat peel bad mood masa ni. Dia takmo kat umi, mmg nak kat abah je.Abah pun bz nak melayan die kan. Die panjat meja sorang2 dok je perati orang sekeliling. Wat peel, umi bawa songkok n sampin pun takmo pakai. Afiq...Afiq..
Cam abah jadi pengacara majlis je..sebenarnya tak pun, abah panggil member die yg jadi pengacara aritu. Afiq setia ngan abah dia. Letih gak abah dok usung Afiq je
Ni apahal makcik tu.. Tak aci, kandid..hehe
Luqman Jannah sempat posing ngan Achik Murni yg dtg dr Kelate
Maklong n Jannah bergambar dengan pengantin
Kami pun nak gak
Family Keramat
Kami



Followers

Sponsor

Jom Borak


Mari Beli Buku

 

Putra Putri Yang Ku Sayang | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform